Nota

Faktor Yang Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi Di Malaysia

Panduan buat pelajar Tingkatan 5 yang mengambil subjek Geografi. Adakah anda menghadapi sebarang masalah dalam mengulangkaji unit-unit pembelajaran dalam subjek geografi? Sekiranya begitu, berikut dikongsikan ringkasan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Malaysia untuk rujukan dan panduan semua.

Untuk makluman pelajar, objektif Unit 12 dalam subjek Geografi Tingkatan 5 adalah berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi utama negara Malaysia. Selain itu, pelajar juga perlu mencapai objektif menerangkan dengan contoh dan faktor-faktor pengaruhi dari segi faktor fizikal dan faktor kemanusiaan.

Baca juga: Nota Geografi Tingkatan 1 (Bab 1 Hingga Bab 16)

Faktor Yang Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi (Faktor Fizikal Dan Kemanusiaan)

Dibawah adalah penerangan ringkas bagi unit 12 subjek geografi Tingkatan 5. Pelajar boleh mengulangkaji pelajaran berdasarkan nota berikut:

Pengenalan

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi iaitu faktor fizikal dan faktor kemanusiaan. Setiap faktor ini dipengaruhi oleh:

 Faktor-Faktor Pengaruhi Kegiatan Ekonomi

Faktor FizikalFaktor Kemanusiaan
1. Bentuk muka bumi1. Teknologi
2.Tanih2. Dasar Kerajaan
3. Iklim3. Pasaran
4. Bahan Mentah4. Modal
5. Infrastruktur
6. Buruh

Faktor Fizikal

Faktor fizikal berkaitan dengan faktor alam semula jadi yang telah sedia ada seperti:

  1. Bentuk Muka Bumi
    • Tanah pamah sesuai ditanami padi, memudahkan pembinaan kilang, jalan raya, jalan keretapi, kapal terbang.
    • Kawasan beralun sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit di Tenggara Pahang.
    • Kawasan pinggir laut juga sesuai ditanami pokok kelapa seperti di Bagan Datoh, Kudat, dan Sipitang.
    • Aktiviti perikanan air tawar dan akuakultur dijalankan di Tasik Cenderoh dan Bukit Merah di Perak.
  2. Tanih
    • Tanih alivium sesuai ditanam padi sawah seperti di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Dataran Kerian dan Tanjung Karang.
    • Tanih laterik yang bersaliran baik sesuai ditanami getah seperti di Segi Tiga Jengka dan kelapa sawit di Labis.
    • Tanih gambut sesuai ditanami nanas seperti di Renggit, Pontian, dan Labis Johor.
    • Tanih beris (campuran tanah liat dengan pasir) sesuai ditanami tembakau di Bacok, kelapa di Bagan Datoh dan gajus di Pantai Kelantan dan Terengganu.
  3. Iklim
    • Malaysia mengalami iklim khatulistiwa dengan purata suhu tahunan, 27 Darjah Celcius dan jumlah hujan tahunan kira-kira 2600ml.
    • Jenis tanaman yang sesuai adalah seperti padi, getah, kelapa sawit, koko, nanas, kopi dan lada hitam.
    • Cuaca sejuk dengan suhu yang sederhana, iaitu kira-kira 18 Darjah Celcius di kawasan tanah tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron, Pahang dan Kundasang, Sabah sesuai bagi penanaman teh, sayur sayuran, dan bunga-bungaan
    • Suhu sederhana juga menggalakkan pelancong di kawasan tanah tinggi seperti di Tanah Tinggi Genting, Tanah Tinggi Cameron, Bukit Tingggi, dan Bukit Fraser.
    • Iklim yang panas sepanjang tahun menggalakkan akitiviti penangkapan ikan
  4. Bahan Mentah
    • Petroleum – industri membersihkan petroleum, bahan bakar kenderaan, polimer, cat dan minyak pelincir
    • Gas asli – industri membuat bahan bakar kenderaan dan baja urea
    • Kaolin -industri barangan tembikar, jubin, dan pinggan
    • Kayu balak – industri venir dan perabot
    • Kelapa sawit – industri memproses minyak sawit untuk membuat majerin dengan sabun
    • Getah – industri memproses susu getah, membuat sarung tangan, kasut dan tilam.
    • Batu Kapur – industri membuat tembikar dan jubin.
    • Perikanan – industri membuat keropok dan ikan masin.

Faktor Kemanusiaan

Faktor kemanusiaan pula adalah faktor yang bukan semula jadi yang dikawal oleh manusia seperti:

  1. Teknologi
    • Teknologi melibatkan penggunaan peralatan canggih dengan teknik pengurusan yang cekap dan maju dalam sektor perindustrian, pertanian, perdagangan dan sebagainya.
    • Penggunaan jentera telah mencepatkan kerja, meningkatkan daya pengeluaran, menghasilkan produk berkualiti, mengurangkan pencemaran dan meningkatkan keselamatan. (Jentera pembajak untuk penanaman padi).
    • Teknologi dalam pembiakan baka telah menghasilkan klon dalam bidang pertanian, perhutanan dan perikanan. (Klon getah RRIM600 menghasilakn banyak susu getah)
    • Kegunaan ICT dalam pelbagai kegiatan ekonomi telah mencepatkan kerja, meningkatkan daya pengeluaran dan menjimatkan kos. (Perbankan Internet)
  2. Dasar Kerajaan
    • Kerajaan telah mewujudkan beberapa zon perdagangan bebas seperti di Bayan lepas, Petaling Jaya, Sungai Way dan Selangor.
    • Kilang bercirikan industri ringan atau elektronik yang terletak di zon perdagangan bebas diberi tahap perintis, iaitu pengecualian cukai selama 5-10 tahun.
    • Beberapa agensi telah ditubuhkan untuk membantu mengembangkan ekonomi negara seperti MARA
    • Kerajaan juga menubuhkan FELDA dan FELCRA untuk membangunkan tanah bagi memajukan tanaman jualan.
    • FAMA, MARDI, LKIM, dan Bank Pertanian Malaysia telah menyediakan pelbagai kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit, & khidmat sokongan bagi memajukan sektor pertanian
    • Kerajaan juga menggalakan pembanguanan dalam industri tinggi.
    • Rombongan perdagangan juga dihantar ke Jepun,Jerman, & Amerika untuk memasarkan barangan Malaysia dan menarik pelabur asing
    • Penubuhan agensi seperti perbadanan produktiviti negara (NPC) dan SIRIM Berhad oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti produk keluaran Malaysia.
  3. Pasaran
    • Pasaran terdiri daripada pasaran tempatan yang merangkumi kawasan dalam negara dan pasaran antarabangsa yang meliputi pasaran di luar negara
    • Barangan yang mendapat permintaan yang tinggi daripada luar negara ialah hasil pertanian seperti kelapa sawit dan nanas, hasil kayu balak, barangan kilang dan petroleum.
    • Agensi kerajaan yang membantu memasarkan keluaran negara adalah seperti FAMA untuk pasaran tempatan dan MATRADE untuk pasaran antarabangsa.
  4. Modal
    • Terdapat dua sumber utama modal, iaitu modal domestik dan modal pelaburan asing.
    • Modal domestik diperoleh daripada simpanan individu , institusi kewangan seperti Bank Pertanian , Permodalan Nasional Berhad (PNB) , dan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    • Modal pelabuhan asing diperoleh daripada pelabur-pelabur negara asing yang datang ke Malaysia untuk membuka perniagaan dan membuka ladang.
  5. Infrasturktur
    • Kerajaan telah memajukan infrastruktur dalam negara supaya aktiviti ekonomi dijalankan dengan lancar
    • Pembinaan lebuhraya membantu pergerakan industri tempatan
    • Pembinaan pelabuhan seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pasir Gudang merancakkan komponen import dan eksport negara.
    • Kemudahan LRT, Komuter dan KLIA Ekspress membantu mengatasi kesesakan jalanraya di kawasan bandar.
  6. Buruh
    • Buruh merupakan tenaga penggerak dalam proses perancangan, pengeluaran, pengurusan dan pemasaran.
    • Bekalan tenaga buruh di Malaysia terdiri daripada buruh tempatan dan buruh asing.
    • Buruh boleh dikelaskan kepada tiga tahap iaitu buruh mahir, buruh separuh mahir dan buruh separuh tidak mahir.
    • Buruh tidak mahir dan separa mahir kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian , pembalakan , perindustrian dan pembinaan.
    • Buruh mahir bekerja dalam sektor perkhidmatan seperti pendidikan, pengangkutan, perubatan dan sektor perlombongan sebagai jurutera.
    • Agensi kerajaan dan swasta mengadakan kursus kemahiran dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja.

Rumusannya, kegiatan ekonomi dipengaruhi oleh gabungan faktor fizikal dan faktor kemanusiaan seperti di atas. Walaubagaimanapun, terdapat juga kegiatan ekonomi yang hanya dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu.

Sumber Rujukan

Berikut adalah sumber rujukan yang digunakan bagi nota ringkas:

Semoga perkongsian faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi dapat membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dan bersedia menghadapi peperiksaan. Selamat maju jaya diucapkan kepada pelajar khusunya yang bakal menduduki peperiksaan SPM.