Informasi

Syarat Kemasukan JMTI & Kursus Institut Teknikal Jepun Malaysia

Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Tahukah anda syarat-syarat kemasukan JMTI iaitu Institut Teknikal Jepun-Malaysia? Sekiranya tidak, di bawah dikongsikan syarat-syarat am dan khas kemasukan sesi Januari 2023 JMTI Institut Teknikal Jepun Malaysia sebagai rujukan buat semua.

Untuk makluman anda, JMTI menawarkan program-program kejuruteraan yang bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja separa professional di Malaysia. Pemohon yang berminat akan menjalani program selama 12 hingga 30 bulan termasuk 6 bulan Latihan Sambil Bekerja bergantung kepada kursus-kursus yang dipohon. Maka, jika anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dalam bidang kemahiran, JMTI merupakan salah satu institusi yang sesuai dan menawarkan kursus terbaik.

Syarat Kemasukan JMTI Dan Senarai Kursus Pengajian

Berikut adalah maklumat terperinci seperti senarai program serta kursus yang ditawarkan dan syarat kemasukan JMTI Institut Teknikal Jepun Malaysia untuk panduan umum.

Syarat Am Kemasukan JMTI

Berikut adalah syarat-syarat am yang ditetapkan kepada pemohon untuk memohon kemasukan ke Institut Teknikal Kepun Malaysia JMTI:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 17 hingga 35 tahun
  • Pemohon boleh membaca, menulis dan mengira
  • Pemohon tidak buta/ buta warna/ rabun/ pekak(tanpa alat bantuan)/ bisu atau cacat fizikal yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran

Syarat Khas Mengikut Peringkat Program JMTI

Berikut pula adalah syarat-syarat khas mengikut peringkat program yang ditawarkan oleh JMTI panduan buat pelajar:

Diploma Teknologi Kejuruteraan (DTK) JMTI

  1. Mempunyai SPM/ SPMV dengan kepujian dalam subjek:
    • Bahasa Melayu
    • Matematik/ Matematik Tambahan
    • Sains/ Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik/ Kimia/ Subjek yang berkaitan teknikal
    • Lulus Bahasa Inggeris dan Sejarah

 Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan (DLTK) JMTI

  1. Mempunyai SPM/ SPMV dengan lulus Bahasa Melayu DTK/ DKM Tahap 4 dalam bidang yang berkaitan
  2. Lulus temuduga yang dijalankan

Senarai Kursus Pengajian Yang Ditawarkan JMTI (Program)

Institut Teknikal Jepun Malaysia menawarkan dua peringkat pengajian kepada para pelajar iaitu:

  1. Bagi lepasan SPM/ SPMV dan setaraf : peringkat pengajian Diploma Teknologi Kejuruteraan (Tahap 4)
  2. Bagi lepasan DTK/ DKM dan setaraf : Melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan (Tahap 5)

Di bawah adalah senarai program yang ditawarkan:

Setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, pemohon boleh melihat senarai kursus yang ditawarkan mengikut Jabatan Pengajian di JMTI sebagai rujukan permohonan kemasukan:

Program Diploma Teknologi (Ambilan SPM)

Diploma Teknologi Mekatronik
Diploma Teknologi Komputer Sistem
Diploma Teknologi Elektronik
Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan)

Program Diploma Teknologi/ DKM Tahap 4 (Ambilan SKM Tahap 3)

Diploma Teknologi Mekatronik/ DKM Tahap 4
Diploma Teknologi Komputer Sistem/ DKM Tahap 4
Diploma Teknologi Elektronik/ DKM Tahap 4
Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) DKM Tahap 4

*Calon mesti memiliki SKM Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan

Program Diploma Lanjutan Teknologi/ DKM Tahap 5 (Ambilan DKM Tahap 4)

Diploma Lanjutan Teknologi Mekatronik / DLKM Tahap 5
Diploma Lanjutan Teknologi Komputer Sistem / DLKM Tahap 5
Diploma Lanjutan Teknologi Elektronik Industri / DLKM Tahap 5
Diploma Lanjutan Teknologi Pembuatan / DLKM Tahap 5

*Calon mesti memiliki DKM / Tahap 4 dalam bidang berkaitan

Penganugerahan Diploma 

Jika pelajar berjaya menamatkan program di JMTI, anda akan menerima anugerah mengikut peringkat masing-masing seperti berikut:

Peringkat Diploma

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Agensi Akreditasi Malaysia (MQA)
  • Diploma Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia berdasarkan bidang yang berkaitan

Peringkat Diploma Lanjutan

  • Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan (DLTK) yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Am (General Degree) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat-syarat kemasukan ke Institut Teknikal Jepun Malaysia, sila hubungi:

  • No. Tel: 04-5087800
  • No. Faks: 04-5087809
  • Emel: adminjmti@jtm.gov.my

Diharapkan perkongsian berkaitan syarat-syarat kemasukan JMTI Institut Teknikal Jepun Malaysia memberikan manfaat kepada semua. Semoga panduan ini membantu anda untuk membuat permohonan secara online di laman web institusi berikut.