Informasi
Jadual Pencen ATM 2025 Pesara Tentera (Tarikh & Hari)
Bilakah tarikh bayaran pencen bulanan untuk pesara Angkatan Tentera tahun 2025 atau jadual pencen ATM 2025? Menerusi pengumuman Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), berikut dikongsikan Jadual Pencen ATM 2025 Pesara Tentera yang memaparkan bulan dan tarikh bayaran. Pencen Perkhidmatan atau PP adalah sejenis pencen yang dibayar secara bulanan kepada anggota tentera yang berkelayakan apabila tamat perkhidmatan.
Untuk makluman, bayaran pencen bulanan akan terhenti apabila pesara meninggal dunia. Waris gemulah hendaklah melaporkan ke JHEV untuk membuat permohonan proses pindah bayar kepada waris yang layak. Jadual bayaran pencen pesara tentera adalah sama tarikh dengan bayaran pencen untuk pesara kerajaan.
Isi Kandungan
Tarikh Pembayaran Pencen ATM Tahun 2025 (Jadual Pencen ATM)
Berikut adalah jadual pembayaran pencen bulanan kepada pesara tentera untuk tahun 2025. Maklumat yang dipaparkan adalah bulan, catatan bayaran dan tarikh pembayaran pencen dibayar.
Pencen perkhidmatan boleh dibayar kepada pegawai dan anggota LLP yang mempunyai tempoh perkhidmatan diakui melebihi 20 tahun (pegawai) dan 21 tahun (LLP). Ianya terkecuali atas faktor pemberhentian/ persaraan atas alasan kesihatan.
Jadual Pencen ATM 2025 (Bulan, Tarikh & Hari)
Terdapat beberapa bulan dimana pembayaran diawalkan disebabkan jatuhnya perayaan utama di Malaysia.
- Januari : 17 Januari 2025 (Jumaat)
- Februari : 19 Januari 2025 (Rabu)
- Mac : 21 Mac 2025 (Jumaat)
- April : 18 April 2025 (Jumaat)
- Mei : 21 Mei 2025 (Rabu)
- Jun : 20 Jun 2025 (Jumaat)
- Julai : 18 Julai 2025 (Jumaat)
- Ogos : 20 Ogos 2025 (Rabu)
- September : 19 September 2025 (Jumaat)
- Oktober : 15 Oktober 2025 (Rabu)
- November : 19 November 2025 (Rabu)
- Disember : 17 Disember 2025 (Rabu)
Apa Itu Veteran ATM?
Terdapat anggaran seramai 450,000 veteran ATM di Malaysia. Mereka yanng dikategorikan sebagai Veteran ATM adalah Warganegara Malaysia yang telah memberikan perkhidmatan sepenuh masa di dalam angkatan keselamatan yang terdiri dari bekas anggota-anggota seperti berikut :-
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa
- Pasukan Force 136
- Sarawak Rangers
- Tentera British yang berkhidmat di Malaya/ Singapura (British Army)
Selain pencen perkhidmatan dan skim-skim bantuan oleh JHEV, semua kategori Veteran ATM layak mendapat rawatan perubatan percuma di hospital / klinik kerajaan. Rawatan adalah mengikut kriteria yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM,Facebook Rasmi JHEV ATM
Semoga perkongsian Jadual Pencen ATM 2025 untuk Pesara Tentera/ Veteran ATM boleh dijadikan panduan dalam membuat perancangan kewangan selepas tamat perkhidmatan. Gunakan wang pencen yang diterima dengan berhemah untuk masa depan yang terjamin.
Rel : untuk veteran, mengurangkan beban kewangan, kad veteran, atm hat, meringankan beban, atm soal selidik,