Informasi

Format Kertas Sejarah SPM Terkini 2021 (1249)

Perhatian kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021. Tahukah anda Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan format peperiksaan SPM yang baharu? Sekiranya tidak, berikut dikongsikan Format Kertas Sejarah SPM Terkini bagi kertas 1 dan kertas 2  (Kod 1249/1 dan 1249/2) buat rujukan kepada calon dan guru-guru.

Mata pelajaran Sejarah adalah antara mata pelajaran teras dalam pakej mata pelajaran baharu yang diperkenalkan oleh KPM bermula pada tahun 2020. Maka, calon-calon perlu lulus kertas peperiksaan Sejarah untuk mendapat keputusan peperiksaan SPM yang baik. Sebelum ini, terdapat tiga kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Sejarah SPM tetapi telah dikurangkan kepada dua kertas mengikut format baharu.

Format Kertas Sejarah SPM Mulai Tahun 2021 (Sijil Pelajaran Malaysia)

Dibawah dikongsikan maklumat berkaitan format kertas Sejarah SPM Terkini bagi Kertas 1 dan Kertas 2 berdasarkan kepada KSSM (Kurikulm Standard Sekolah Menengah). Calon dan guru-guru boleh membuat persediaan yang rapi sebelum menghadapi peperiksaan dengan merujuk maklumat di bawah.

Baca juga: New Format SPM 2021 (Sijil Pelajaran Malaysia)

Format Kertas 1 Sejarah SPM

Berikut adalah jadual yang merangkumi jenis instrumen, item, bilangan soalan, markah, konstruk kertas, tempoh ujian, cakupan konteks, aras kesukaran, dan kaedah penskoran bagi Kertas 1 Sejarah SPM.

Kertas 1 (1249/1)
PerkaraNota
1. Jenis InstrumenUjian Bertulis
2. Jenis ItemObjektif Aneka Pilihan
3. Bilangan Soalan40 soalan (Jawab semua soalan)
4. Jumlah Markah40 Markah
5. Konstruk
  • mengingat
  • memahami
  • mengaplikasi
  • menganalisis
6. Tempoh Ujian1 Jam
7. Cakupan KonteksStandard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
8. Aras kesukaranRendah : Sederhana : Tinggi
5 : 3 : 2
9. Kaedah PenskoranHolistik

Format Kertas 2 Sejarah SPM

Berikut adalah jadual yang merangkumi jenis instrumen, item, bilangan soalan, markah, konstruk kertas, tempoh ujian, cakupan konteks, aras kesukaran, dan kaedah penskoran bagi Kertas 2 Sejarah SPM.

Kertas 2 (1249/2)
PerkaraNota
1. Jenis InstrumenUjian Bertulis
2. Jenis Item
  • Subjektif Respons Terhad
  • Subjektif Respons Terbuka
3. Bilangan SoalanBahagian A- Sistem dan Aplikasi Bahasa
4 Soalan Respons Terhad (40 markah)
(Jawab semua soalan)
Bahagian B- Pemahaman
5 Soalan Respons Terbuka (60 markah)
(Jawab 3 soalan)
4. Jumlah Markah100 Markah
5. Konstruk
  • mengingat
  • memahami
  • mengaplikasi
  • menganalisis
  • menilai
  • mencipta
6. Tempoh Ujian2 Jam 30 Minit
7. Cakupan KonteksStandard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
8. Aras kesukaranRendah : Sederhana : Tinggi
5 : 3 : 2
9. Kaedah Penskoran
  • Analitik
  • Holistik

Dibawah adalah jadual lengkap format baharu peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Sejarah yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan untuk rujukan semua:

format baru spm sejarah Format Kertas Sejarah SPM Terkini 2021 (1249)

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan format lengkap bagi setiap subjek/ mata pelajaran SPM, anda boleh memuat turun daripada laman web rasmi Lembaga Peperiksaan, KPM.

Sila klik pautan berikut untuk memuat turun format baharu SPM 2021 bagi setiap subjek:

Diharapkan perkongsian mengenai format kertas Sejarah SPM terkini dapat membantu pelajar dan guru-guru. Semoga calon-calon yang bakal menduduki kertas peperiksaan Sejarah SPM dapat menjawab dengan lancar dan mendapat keputusan yang cemerlang.