Informasi

Format Kertas Bahasa Melayu SPM Terkini 2021 (1103)

Makluman kepada semua pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan format baharu bagi setiap mata pelajaran bermula pada peperiksaan SPM tahun 2021. Berikut adalah format kertas Bahasa Melayu SPM Terkini bagi kertas 1, 2, 3 dan 4 dengan kod mata pelajaran 1103 untuk panduan semua.

Mata Pelajaran Bahasa Melayu merupakan subjek teras dalam peperiksaan SPM. Calon perlu sekurang-kurangnya lulus subjek ini bagi melepasi syarat untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Format baharu ini diperkenalkan selaras dengan pengenalan pakej mata pelajaran baru yang diaplikasikan kepada pelajar Tingkatan Empat pada tahun 2020.

Format Kertas Bahasa Melayu SPM Bermula Tahun 2021 (Sijil Pelajaran Malaysia)

Dibawah dikongsikan maklumat penting berkaitan format baharu SPM 2021 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu mengikut kertas sebagai panduan calon dan guru-guru.

Baca juga: New Format SPM 2021 (Sijil Pelajaran Malaysia)

Format Kertas 1 Bahasa Melayu SPM (1103/1)

Berikut adalah jadual yang merangkumi jenis instrumen, item, bilangan soalan, markah, konstruk kertas, tempoh ujian, cakupan konteks, aras kesukaran, dan kaedah penskoran bagi Kertas 1 Bahasa Melayu SPM.

Kertas 1 (1103/1)
PerkaraNota
1. Jenis InstrumenUjian Bertulis
2. Jenis Item
  • Subjektif Respons Terhad
  • Subjektif Respons Terbuka
3. Bilangan Soalan
  • Bahagian A
    • 1 soalan – kombinasi kepelbagaian bahan ransangan (30 markah)
  • Bahagian B
    • 4 soalan (Jawab 1 soalan) (70 markah)
4. Jumlah Markah100 Markah
5. KonstrukKemahiran menulis:

  • mengaplikasi
  • menganalisis
  • menilai
  • mencipta

*Pengetahuan sistem bahasa

*Nilai

6. Tempoh Ujian2 Jam
7. Cakupan KonteksStandard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
8. Aras kesukaranRendah : Sederhana : Tinggi
5 : 3 : 2
9. Kaedah PenskoranHolistik

Format Kertas 2 Bahasa Melayu SPM (1103/2)

Berikut adalah jadual yang merangkumi jenis instrumen, item, bilangan soalan, markah, konstruk kertas, tempoh ujian, cakupan konteks, aras kesukaran, dan kaedah penskoran bagi Kertas 2 Bahasa Melayu SPM.

Kertas 2 (1103/2)
PerkaraNota
1. Jenis InstrumenUjian Bertulis
2. Jenis Item
  • Subjektif Respons Terhad
  • Subjektif Respons Terbuka
3. Bilangan Soalan
  • Bahagian A- Sistem dan Aplikasi Bahasa
    • 5 soalan (35 markah)
  • Bahagian B- Pemahaman
    • 3 soalan (35 markah)
  • Bahagian C- Rumusan
    • 1 soalan (30 markah)Jumlah: 9 soalan (Jawab semua soalan)
4. Jumlah Markah100 Markah
5. KonstrukKemahiran membaca:

  • memahami
  • mengaplikasi
  • menganalisis
  • menilai
  • mencipta

*Pengetahuan sistem bahasa

*Nilai

6. Tempoh Ujian2 Jam 30 Minit
7. Cakupan KonteksStandard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
8. Aras kesukaranRendah : Sederhana : Tinggi
5 : 3 : 2
9. Kaedah Penskoran
  • Analitik
  • Holistik

Format Kertas 3 Bahasa Melayu SPM (1103/3)

Berikut adalah jadual yang merangkumi jenis instrumen, item, bilangan soalan, markah, konstruk kertas, tempoh ujian, cakupan konteks, aras kesukaran, dan kaedah penskoran bagi Kertas 3 Bahasa Melayu SPM.

Baca Juga : Contoh Karangan SPM Bahasa Melayu Pelbagai Tema

Kertas 3 (1103/3)
PerkaraNota
1. Jenis InstrumenUjian Bertutur
2. Jenis Item
  • Subjektif Respons Terhad
  • Subjektif Respons Terbuka
3. Bilangan SoalanBahagian A- Individu

  • 1 petikan/bahan ransangan
  • bersoal jawab dengan pentaksir (40 markah)

Bahagian B- Kumpulan

  • 1 tajuk daripada 8 tema umum untuk perbincangan
  • perbincangan dalam kumpulan 4-5 orang calon (30 markah)
4. Jumlah Markah70 Markah
5. KonstrukKemahiran Bertutur:

  • memahami
  • mengaplikasi
  • menganalisis
  • menilai

*Pengetahuan sistem bahasa

*Nilai

6. Tempoh Ujian
  • Individu: 3 hingga 5 minit
  • Kumpulan: 12 hingga 15 minit
7. Cakupan KonteksStandard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
8. Aras kesukaranRendah : Sederhana : Tinggi
5 : 3 : 2
9. Kaedah Penskoran
  • Analitik
  • Holistik

Format Kertas 4 Bahasa Melayu SPM (1103/4)

Berikut adalah jadual yang merangkumi jenis instrumen, item, bilangan soalan, markah, konstruk kertas, tempoh ujian, cakupan konteks, aras kesukaran, dan kaedah penskoran bagi Kertas 4 Bahasa Melayu SPM.

Kertas 4 (1103/4)
PerkaraNota
1. Jenis InstrumenUjian Mendengar (Pentaksiran Pusat)
2. Jenis Item
  • Objektif Aneka Pilihan
  • Objektif Pelbagai Bentuk
  • Subjektif Respons Terhad
3. Bilangan Soalan
  • 4-6 petikan
  • mengandungi 20 hingga 25 soalan

(Jawab semua soalan)

4. Jumlah Markah30 Markah
5. KonstrukKemahiran mendengar:

  • memahami
  • mengaplikasi
6. Tempoh Ujian30 minit
7. Cakupan KonteksStandard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
8. Aras kesukaranRendah : Sederhana : Tinggi
5 : 3 : 2
9. Kaedah Penskoran
  • Dikotomus
  • Analitik

Format Pentaksiran Bahasa Melayu (Kod 1103) Sijil Pelajaran Malaysia Mulai 2021

Jadual Lengkap Format Instrumen Peperiksaan SPM 2021 Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Berikut adalah jadual lengkap format baharu SPM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan:

format baru spm bm Format Kertas Bahasa Melayu SPM Terkini 2021 (1103)

Untuk mendapatkan format lengkap bagi setiap subjek/ mata pelajaran SPM, anda boleh memuat turun daripada laman web rasmi Lembaga Peperiksaan, KPM.

Sila klik pautan berikut untuk download format baharu SPM 2021 bagi setiap subjek:

Semoga perkongsian berkenaan format kertas Bahasa Melayu SPM terkini dapat membantu pelajar dan guru dalam membuat persediaan sewajarnya sebelum peperiksaan Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM yang akan datang.

Related : gambar rajah kesalahan ejaan dan imbuhan bahan rangsangan cakap pindah maksud rangkai kata ayat aktif ayat cakap ajuk spm 2019 45 minit ayat pasif, buku format spm mulai mengumumkan format mulai tahun 2021 contoh soalan sekolah menengah kssm pentaksiran bahasa melayu spm