Informasi

Format Baharu SPM 2021 (Sijil Pelajaran Malaysia)

Perhatian kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021. Adakah anda tahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan format baru bermula pada peperiksaan SPM tahun 2021? Jika tidak, berikut dikongsikan format baharu SPM Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2021 untuk panduan semua.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim berkata format baharu telah dirangka adalah kerana pengenalan pakej mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pakej Sastera dan Kemanusiaan yang mula dilaksanakan untuk pelajar Tingkatan Empat, pada tahun 2020. Format tersebut telah lengkap dan pelajar boleh memuat turun instrumen peperiksaan SPM yang baharu di pautan yang disediakan di bawah ini.

Format Baharu Instrumen Peperiksaan SPM 2021

KPM berusaha memperkenalkan pakej mata pelajaran baharu bagi menggalakkan pelajar memilih mata pelajaran berkaitan STEM. Hal ini kerana berlaku penurunan bilangan calon SPM yang mengambil mata pelajar STEM atau sains tulen dari tahun ke tahun.

Pendekatan elemen KBAT mungkin menjadi faktor kepada corak penurunan yang berlaku. Justeru, KPM berusaha memberi fokus yang lebih tinggi kepada mana-mana elemen yang dilihat dapat membantu penguasaan pelajar membabitkan elemen KBAT dalam peperiksaan SPM.

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan format baharu SPM yang akan digunakan pakai bermula tahun 2021.

Tarikh Pelaksanaan Format Baharu SPM

Untuk makluman semua, di bawah adalah tarikh-tarikh penting berkaitan format baharu SPM yang dinyatakan oleh KPM:

Tarikh Penting Format Baharu SPM
Tarikh PelaksanaanSPM tahun 2021
Tarikh PendaftaranMac 2020

Pendaftaran pakej mata pelajaran baharu di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) boleh dilaksanakan di sekolah bermula bulan Mac 2020.

Muat Turun/ Download Format Instrumen Peperiksaan SPM 2021 Mengikut Mata Pelajaran

Berikut adalah format instrumen baharu SPM 2021 bagi mata pelajaran utama. Format dibawah merangkumi instrumen peperiksaan, bilangan soalan dan markah bagi setiap kertas peperiksaan.

1) Bahasa Melayu

format baru spm bm Format Baharu SPM 2021 (Sijil Pelajaran Malaysia)

2) Bahasa Inggeris

format baru spm 2021 bahasa inggeris Format Baharu SPM 2021 (Sijil Pelajaran Malaysia)

3) Matematik

format baru spm matematik Format Baharu SPM 2021 (Sijil Pelajaran Malaysia)

4) Sejarah

format baru spm sejarah Format Baharu SPM 2021 (Sijil Pelajaran Malaysia)

5) Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan

format baru spm fizik kimia biologi sains tambahan Format Baharu SPM 2021 (Sijil Pelajaran Malaysia)

Untuk mendapatkan format penuh bagi setiap mata pelajaran SPM, anda boleh memuat turun daripada laman web rasmi Lembaga Peperiksaan, KPM.

Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun format baharu SPM bagi setiap subjek:

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan format baharu SPM, pelajar atau guru serta ibu bapa boleh layari atau hubungi:

Semoga perkongsian berkaitan format baharu Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2021 dapat membantu semua khusunya pelajar dan guru-guru yang akan menduduki SPM pada tahun 2021.

Related : ujian lisan, pelajaran akademik kurikulum standard, mata pelajaran akademik kurikulum, akademik kurikulum standard sekolah, tingkatan 4, menduduki peperiksaan spm, bahasa arab, spm 2021 sejajar dengan pengenalan pakej mata pelajaran sains teknologi kejuruteraan dan matematik stem serta pakej sastera dan kemanusiaan yang mula dilaksanakan untuk pelajar tingkatan empat pada tahun 2020, kementerian pendidikan malaysia kpm akan memperkenalkan format baharu bagi peperiksaan,