Sekolah

Tarikh Buka Sekolah 2024 KPM (Kumpulan A & B)

Sesi persekolahan sesi 2024 di seluruh Malaysia bakal bermula dan pastinya ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh rasmi mula persekolahan sesi 2024 Malaysia. Selepas bercuti panjang sempena tamatnya sesi persekolahan 2023 yang bermula pada 9 dan 10 Februari 2023, murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah akan kembali ke sekolah bagi meneruskan pembelajaran di sekolah-sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).  Kepada pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, pelajar perlu kembali ke sekolah sehari lebih awal daripada tarikh pembukaan sekolah yang ditetapkan.

Makluman ini penting bagi ibu bapa, penjaga, pelajar dan juga guru sebagai peringatan tentang tarikh rasmi pembukaan sekolah sesi 2024 seluruh negeri di Malaysia. Pelbagai persediaan perlu dilakukan oleh semua pihak terutamanya ibu bapa dalam memastikan anak-anak menghadiri persekolahan dalam keadaan yang lengkap dan teratur. Pembelian pakaian sekolah dan alat tulis hendaklah dibeli dan disiapkan pada cuti sekolah kerana banyak jualan akhir tahun yang menawarkan harga yang lebih murah berbanding jualan ketika hari biasa.

Makluman ini juga dapat membantu pelajar, guru dan ibu bapa dalam merancang rutin harian kerana kebanyakan diantara ibu bapa hari ini bekerja dan menggunakan khidmat van atau bas sekolah sebagai kenderaan yang membawa anak-anak ke sekolah. Justeru, segala urusan berkaitan persekolahan anak-anak perlu diselesaikan sebelum hari persekolahan bermula supaya tiada masalah yang akan merunsing ibu bapa pada hari persekolahan dibuka.

Maklumat takwim persekolahan 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Di bawah akan dikongsikan juga maklumat tahun 2023 sebagai rujukan.

TERKINI : 24 Mei 2023 – Kementerian Pendidikan mengumumkan kalendar akademik persekolahan sesi 2026 bermula pada bulan Januari 2026

KPM telah meniti cadangan dan membuat pertimbangan untuk memulakan kalendar akademik sekolah seperti sebelum pandemik COVID-19. Permulaan sesi persekolahan pada tahun 2025 akan bermula pada Februari 2025 dan sesi persekolahan 2026 akan bermula pada Januari 2026.

Untuk maklumat lebih lanjut, rujuk : Kenyataan Media KPM

Isi Kandungan

Tarikh Rasmi Buka Sekolah Sesi 2024 Kumpulan A Dan Kumpulan B

Berikut akan dikongsikan tarikh rasmi pembukaan sekolah-sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi 2024 seluruh negeri di Malaysia.

Sebelum ini, KPM telah membahagikan takwim persekolahan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B di mana kalendar persekolahan disusun mengikut cuti am rasmi negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Tarikh Penting

Bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Mula Persekolahan
Kumpulan A10 Mac 2024, Ahad
Kumpulan B11 Mac 2024, Isnin

Bagi memudahkan perancangan ibu bapa dan penjaga dalam merancang perjalanan kehidupan bagi tahun 2024, anda boleh merujuk ke Takwim Persekolahan KPM dan Takwim Peperiksaan yang memperincikan jumlah hari persekolahan, cuti penggal dan lain-lain lagi.

Sesi persekolahan bagi sesi lepas iaitu sesi akademik 2023/2024 bermula pada 19 Mac 2023, Ahad bagi kumpulan A dan 20 Mac 2023, Isnin bagi Kumpulan B.

Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar, ibu bapa atau penjaga dan juga guru-guru dalam merancang aktiviti atau perkara berkaitan sebelum persekolahan dibuka secara rasmi bagi sesi 2024.

Related : 22 julai murid tahun 1 persekolahan tahun 2021 15 julai sidang media hari rabu kelas peperiksaan awam pihak sekolah, selepas cuti, sesi persekolahan 2021, sembilan perak pahang perlis, kpm 2022, sesi persekolahan tahun, negeri sembilan perak, pahang perak pahang perlis pulau, negeri kumpulan a johor,