Nota

Nota Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 & 4 (SPM)

Berikut dikongsikan koleksi nota prinsip perakaunan Tingkatan 5 & 4 (SPM) sebagai rujukan untuk semua. Ianya dapat membantu pelajar untuk mengulang kaji subjek dengan lebih baik dan bersedia sebelum menduduki peperiksaan peringkat sekolah atau peperiksaan awam.

Mata pelajaran ini berobjektif untuk mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta memasukkan kemahiran abad ke 21 dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Ia juga bermatlamat untuk memberi pendekatan pembelajaran berasaskan inkuri dan projek kepada pelajar supaya kelak membantu dalam kerjaya masing-masing.

Pengenalan Kepada Mata Pelajaran

Subjek ini adalah satu daripada mata pelajaran elektif untuk Tingkatan 4 dan 5 dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kumpulan Vokasional dan Teknologi. Mata pelajaran ini merupakan peluasan dan lanjutan kepada aspek menyimpan rekod yang dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di peringkat menengah rendah.

Isi kandungan mata pelajaran ini adalah melampaui bidang Simpan Kira yang lebih mengutamakan proses merekod urus niaga berdasarkan prosedur debit dan kredit. Melalui mata pelajaran ini, pelajar didedahkan kepada konsep, prinsip dan kaedah perakaunan yang diperkukuhkan dengan kemahiran merekodkan, mengklasifikasikan, mentafsir, menganalisis dan mengungkap data kewangan berdasarkan urus niaga atau peristiwa perniagaan.

Matlamat pengajaran subjek ini adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas perakaunan melalui proses pembelajaran yang menitikberatkan aspek pemahaman rasional sesuatu perkara yang dilakukan. Justeru itu, individu berkenaan akan dapat berfikir secara logik, berupaya mengamalkan budaya kerja yang positif berasaskan sifat teliti, teratur, tekun, menepati masa, mematuhi peraturan serta dapat bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik dalam apa juga usaha yang dijalankan. Selain dari itu individu tersebut akan berkeupayaan membuat keputusan, peka terhadap kesan-kesan keputusan itu dan bertanggungjawab serta kebertanggungjawaban.

Muat Turun Nota Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 & 5

Di bawah adalah pautan muat turun serta subtopik setiap tajuk untuk rujukan pelajar.

Baca juga : Tips Menjawab Soalan MEDSI

Nota Tingkatan 4

Tajuk 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

  1. Perakaunan, Subbidang Perakaunan, Kerjaya dan badan profesional
  2. Sejarah Perakaunan dan perkembangannya
  3. Penyata Kewangan
  4. Andaian, Prinsip dan Batasan dalam Perakaunan
  5. Entiti Perniagaan

Tajuk 2 : Klasifikasi Akaun Dan Persamaan Perakaunan

  1. Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan
  2. Item Setiap Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan
  3. Persamaan Perakaunan
  4. Catatan Kontra dan Carta Akaun

Tajuk 3 : Dokumen Perniagaan Sebagai Sumber Maklumat

  1. Dokumen Perniagaan
  2. Dokumen Sumber
  3. Dokumen Bukan Sumber

Tajuk 4 : Buku Catatan Pertama

  1. Buku Catatan Pertama
  2. Jurnal Am
  3. Jurnal Khas
  4. Buku Tunai
  5. Buku Tunai Runcit

Tajuk 5 : Lejar

  1. Lejar
  2. Sistem Vatatan Bergu
  3. Akaun Kawalan

Tajuk 6 : Imbangan Duga

  1. Imbangan Duga
  2. Hubungan antara imbangan duga, inventori akhir dan penyata kewangan

Tajuk 7 : Penyata Kewangan Milikan Tunggal Tanpa Pelarasan

  1. Akaun perdagangan dan untung rugi
  2. Penyata kedudukan kewangan
  3. Penutupan akaun hasil, akaun belanja dan akan inventori pada akhir tempoh kewangan

Tajuk 8 : Pelarasan Tarikh Imbangaan Dan Penyediaan Penyata Kewangan Milikan Tunggal

  1. Perakaunan asas tunai dan asa akruan serta jenis-jenis pelarasan
  2. Pelarasan akaun nominal
  3. Hutang lapuk, hutang lapuk terpulih dan peruntukan hutang ragu
  4. Susut nilai dan susut nilai terkumpul
  5. Pelupusan aset bukan semasa secara tunai
  6. Imbangan duga terselaras
  7. Penyata kewangan dengan pelarasan

Nota Ringkas Tingkatan 5 

Tajuk 1 : Analisis Dan Tafsiran Penyata Kewangan Untuk Membuat Keputusan

  1. Analisis penyata kewangan dan perbandingan prestasi

Tajuk 2 : Rekod Tak Lengkap

  1. Pengenalan rekod tak lengkap
  2. Kaedah perbandingan
  3. Kaedah analisis

Tajuk 3 : Perakaunan Untuk Kawalan Dalaman

  1. Kawalan tunai
  2. Penyata penyesuaian bank
  3. Belanjawan tunai

Tajuk 4 : Perakaunan Untuk Perkongsian

  1. Perniagaan perkongsian
  2. Akaun pengasingan untung rugi
  3. Ekuiti pemilik dan penyata kewangan perkongsian
  4. Pembubaran perkongsian

Tajuk 5 : Perakaunan Untuk Syarikat Berhad Menurut Syer

  1. Pengenalan kepada syarikat berhad menurut syer
  2. Jenis modal dan terbitan syer
  3. Ekuiti pemilik syarikat berhad menurut syer
  4. Dividen tunai

Tajuk 6 : Perakaunan Untuk Kelab Dan Persatuan

  1. Kelab dan persatuan
  2. Akaun penerimaan dan pembayaran
  3. Akaun yuran ahli
  4. Akaun pendapatan dan perbelanjaan
  5. Penyata Kedudukan kewangan kelab dan persatuan

Tajuk 7 : Perakaunan Kos

  1. Jenis kos dan kerja dalam proses
  2. Akaun pengeluaran
  3. Analisis titik pulang modal

Semoga perkongsian maklumat di atas memberikan manfaat kepada anda.

Related : nota padat bahan bahan