Nota

Soal Jawab Pembentukan Malaysia Bab 6 Sejarah Tingkatan 5

Ramai pelajar mengeluh dan putus asa untuk mengulang kaji pelajaran subjek sejarah. Hal ini kerana, fakta yang terlalu banyak mungkin mengurangkan daya minat pelajar terhadap subjek tersebut. Maka, pendekatan yang boleh digunakan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran bagi subjek sejarah adalah dengan melakukan latihan soalan contoh atau tahun lepas sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Berikut dikongsikan contoh soalan pembentukan Malaysia beserta jawapan untuk panduan semua.

Corak pembelajaran pelajar adalah berbeza mengikut kemampuan masing-masing. Justeru, pelajar perlu mengetahui sendiri cara pembelajaran samada menyediakan nota atau melakukan latihan berdasarkan soalan tahun-tahun lepas. Inisiatif tersebut hendaklah dilakukan sendiri oleh pelajar dengan bimbingan guru atau ibu bapa bagi memastikan matlamat yang diinginkan pelajar tercapai.

Baca juga: Login SAPS NKRA Analisis Keputusan Peperiksaan

Pembentukan Malaysia : Contoh Soalan Dan Jawapan

Berikut dikongsikan isi-isi penting dan contoh soalan beserta jawapan yang merujuk kepada bab 6 subjek sejarah Tingkatan 5.

Langkah-Langkah Dalam Membentuk Negara Malaysia

  1. Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak, Sabah dan Brunei
  2. Menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia
  3. Rundingan telah diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura.

Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)

  • ditubuhkan pada Julai 1961
  • Pengerusi JPPK ialah Donald Stephens
  • Peranan JPPK menerangkan tentang gagasan Malaysia
  • Mengumpul pandangan penduduk
  • Menggalakkan kegiatan ke arah wujudnya Malaysia
  • Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di Jesselton, Kuching Kuala Lumpur dan Singapura
  • Brunei menghantar pemerhati menghadiri tiga mesyuarat terakhir
  • Ahli JPPK iaitu Tunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin, Khir johari, Lee Kuan Yew, Tun Datu Mustapha Datu Harun

Pembentukan Suruhanjaya Cobbold oleh British

  • Mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
  • Memberikan pertimbangan kepada pandangan dan pendapat untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan baru
  • Suruhanjaya Cobbold meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia
  • Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British
  • Menurut laporan Suruhanjaya ini, penduduk Sarawak dan Sabah satu per tiga menyokong, satu per tiga menyokong bersyarat dan satu per tiga lagi inginkan kemerdekaan terlebih dahulu
  • Cadangan Suruhanjaya ini diperincikan oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

Penubuhan Suruhanjaya Cobbold

  • Dianggotai oleh Lord Cobbold, Sir Anthony Abell, Sir David Watherton, Dato’ Wong Pow Nee, Tan Sri Ghazali Shafie
  • Tujuannya meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia
  • Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British
  • Menerima memorandom yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan
  • Mula menjalankan tugas Februari hingga April 1962
  • Jun 1962 mengemukan laporan kepada kerajaan British
  • 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong tanpa syarat
  • 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong dengan syarat
  • Iaitu kepentingan mereka harus dilindungi
  • 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak mahukan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia

Cadangan Suruhanjaya Cobbold

  • Perlembagaan Malaysia berasaskan kepada Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu 1948
  • Sarawak dan sabah diberi kuasa menentukan dasar imigresen
  • Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
  • Jaminan hak dan kedudukan bumiputera

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)

  • Ditubuhkan pada Ogos 1962
  • Diketuai oleh Lord Landsdowne dan Tun Abdul Razak
  • Mereka mengunjungi Sarawak dan Sabah menerangkan penubuhan Malysia
  • Mengadakan mesyuarat sebanyak 24 kali
  • Bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah kedalam Persekutuan Malaysia
  • Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak

Sebab tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda

  • Laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan
  • Tentangan daripada Indonesia
  • Tentangan Filipina
  • Brunei menarik diri pada saat-saat akhir
  • Tekanan komunis

Peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963

  • Diluluskan oleh Parlimen Britain
  • Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia
  • Parlimen Tanah Melayu meluluskan Perjanjian Malaysia
  • Diluluskan oleh Dewan Perhimpunan Singapura
  • Diluluskan oleh Majlis Undangan Sarawak
  • Diluluskan oleh Majlis Undangan Sabah
  • Yang Dipetuan Agong memperkenankan Akta Malaysia

Kandungan Akta Malaysia

  • Hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan
  • Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan, Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
  • Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh digunakan
  • Sarawak dan Sabah diberi kuasa mengawal imigresen dan perkhidmaatan awam
  • Sarawak memperoleh 24 kerusi , Sabah 16 kerusi Singapura 15 kerusi bagi perwakilan Parlimen
  • Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu

Soal Jawab Berkaitan Pembentukan Malaysia

Berikut dikongsikan contoh-contoh soalan beserta jawapan yang berkaitan dengan Bab 6  subjek Sejarah Tingkatan 5.

 Soalan Dan Jawapan

SoalanJawapan
1. Apakah faktor politik yang menyebabkan pembentukan Malaysia?– Ancaman komunis
– Mempercepatkan kemerdekaan
– Proses dekolonisasi kerajaan British terhadap negara kecil
2. Mengapakah idea penggabungan Singapura oleh Lee Kuan Yew pada awalnya ditolak oleh Tunku Abdul Rahman?-Akan berlaku ketidakseimbangan penduduk
3. Bagaimanakah pembentukan dapat mengukuhkan ekonomi di kalangan negara anggota?– Pasaran yang lebih luas
– Memanfaat keistimewaan sumber kekayaan bahan mentah
– Mengalakkan pelaburan
– Menggalakkan perkembangan industri
4. Apakah tujuan penubuhan Suruhanjaya Cobbold?– Meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak atas gagasan Malaysia
– Membuat penilaian mengenai pendapat penduduk
– Mengemukakan cadangan mengenai pandangan penduduk kepada pihak British
5. Nyatakan laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya tersebut.– Satu per tiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tanpa syarat
– Satu per tiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia dengan syarat kepentingan mereka dilindungi
– Satu per tiga lagi mahukan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia
6. Apakah cadangan Suruhanjaya tersebut?– Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
– Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya
– Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
– Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah
– Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk
– Penentuan tarikh penubuhan Malaysia
– Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
7. Terangkan faktor-faktor pembentukan dari segi politik dan ekonomi.Faktor dari segi politik :

-Bimbang perkembangan pengaruh Barisan Sosialis
-Barisan Sosialis memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura pada April 1961
-Pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan parti kepimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP)
-Ini mengugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura
-Barisan Sosialis dianggap oleh Lee Kuan Yew sebagai gerakan berhaluan Kiri
-Ancaman komunis menjadi faktor
-Persekutuan Tannah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membenteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM)
-Clandestint Communist Organization (CCO) bematlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
-Penyertaan Singapura, Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan menjadi benteng bagi menghadapi ancaman kominis.
-Mempercepatkan kemerdekaaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei.
-Proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.
-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 menimbulkan usul agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan.

Faktor dari segi Ekonomi:

-Mewujudkan pasaran bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian
-Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanafaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini
-Tanah Melayu, Sarawak dan Brunie kaya dengan bahan mentah, Sabah mempunyai balak
-Brunei kaya dengan sumber minyak

8. Terangkan tuntutan Sarawak dan Sabah sebagai syarat menyertai Malaysia.-Perkara 20 menyenaraikan tuntutan-tuntutan Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
-Laporan Jawatankuasa ini memuatkan tuntutan tersebut dan tuntutan ini kemudiannya menjadi asas kepada perlembagaan Malaysia yang baru
-Tuntutan tersebut dapat melindungi hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah
-Terdapat sedikit perbezaan antara pembahagian kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu
-Memasukkan hak wilayah asingan dalam pembentukan perlembagaan Malaysia
-Antara perkara penting yang disentuh dalam hak wilayah asingan termasuklah: Ketua negeri, Bahasa kebangsaan, Agama Islam, Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal ehwal imigresen, Kerakyatan, Peruntukan kewangan, Pelajaran
9. Siapakah yang mengemukakan cadangan ke arah pembentukana. Lord Brassey
b. Sir Malcolm Mac Donald
c. David Marshall
d. Lee Kuan Yew
e. Dato’ Onn Jaafar
f. Tunku Abdul Rahman (m.s. 137)
10. Dato Onn Ja afar telah mengemukakan cadangan berkaitan pembentukan. Antara cadangan beliau ialaha) Persekutuan Tanah Melayu dinamai Malaysia.
b) British akan menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. (m.s. 137)
11. Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan gagasan Malaysia.
Mengapakah beliau berbuat demikian?
a) Menjamin kedudukan politik yang kukuh dan disegani di rantau ini.
b) Mewujudkan kerjasama ekonomi dan sosial.
c) Memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan. (m.s. 138)
12. Apakah langkah yang diambil oleh Lee Kuan Yew untuk merealisasikan pembentukan  ini?a) Mendesak British berunding dengan Tunku Abdul Rahman menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu berikutan ancaman komunis.
b) Mengadakan referendum pada 1 September 1962 bagi mendapatkan pandangan terhadap penggabungan Singapura ke dalam Malaysia. (m.s. 139)
13. Nyatakan faktor sosial yang membawa kepada pembentukan?a) Untuk mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri-negeri anggota yang menyertai Malaysia.
b) Memperlihatkan kesepakatan dan semangat setia kawan antara Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah dan Singapaura untuk memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama. (m.s. 140)
14. Apakah reaksi rakyat Persekutuan Tanah Melayu terhadap pembentukan Malaysia?Reaksi Rakyat

a) Rakyat Persekutuan Tanah Melayu melihat Persekutuan Malaysia sebagai usaha murni membantu dan memimpin negeri-negeri anggota
b) Kebanyakan parti politik Persekutuan Tanah Melayu menyokong idea ini tetapi terdapat perbezaan dari segi pelaksanaannya
c) Parti Islam Se -Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta idea ini dirunding terlebih dahulu di kalangan penduduk
d) UMNO menyetujui penggabungan dengan Sarawak, Sabah dan Brunei. (m.s. 141)

15. Mengapakah Lee Kuan Yew di Singapura bersetuju dengan pembentukan ini?a) Lee Kuan Yew yang mengetuai Parti PAP bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri.
b) Lee Kuan Yew ingin mempertahankan kedudukannya. (Ms. 141)
16. Bagaimanakah reaksi penduduk Sabah dan Serawak terhadap pembentukan Malaysia.a) Kedua-dua buah negeri ini menolak cadangan pembentukan kerana belum begitu yakin untuk bekerajaan sendiri. Tambahan pula peiuang mereka dalam politik adalah terhad
b) Di Sarawak, Parti Negara Sarawak(PANAS), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA), Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) telah memberi sokongan terhadap cadangan ini
c) Di Sabah pula, lahir parti-parti politik yang menyokong pembentukan Malaysia seperti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik yang akhirnya bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah. (m.s. 142)

Sumber rujukan:

Semoga perkongsian contoh soalan beserta jawapan di atas dapat membantu pelajar khusunya pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM. Selamat mengulang kaji pelajaran serta semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalm peperiksaan akan datang.

Related : laporan suruhanjaya cobbold komanwel di malborough house untuk menyertai ditandatangani di pejabat perhubungan pejabat perhubungan komanwel perhubungan komanwel di malborough 9 julai 1963 wakil kerajaan persekutuan tanah malborough house london wakil kerajaan british persekutuan sabah sarawak dan brunei 31 ogos 1963, september 1963 bersetuju untuk, 9 ogos 1965, september 1963
tanah jajahannya
jajahan british
bersetuju untuk
wilayah wilayah