BPKP

Contoh Soalan Ujian MEdSI Dan Tips Untuk Menjawab

Perhatian kepada calon-calon yang akan menduduki Ujian Malaysia Educators Selection Inventory (MEdSI). Ia adalah salah satu saringan yang dilaksanakan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan bagi lepasan STPM dan setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Adakah anda sudah bersedia untuk mengambil ujian MEdSI? Sekiranya tidak, berikut dikongsikan Contoh Soalan Ujian MEdSI Dan Tips Menjawab Soalan MEdSI sebagai panduan untuk semua.

Untuk makluman calon-calon, ujian MEdSI adalah ujian personaliti yang menguji minat calon terhadap profession keguruan, integriti, kecerdasan emosi dan personaliti guru. Ia telah digubal oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI yang terdiri daripada wakil dan pakar di IPTA bagi memilih calon guru yang sesuai serta berkelayakan untuk ditawarkan program pendidikan.

Baca juga: Semakan Panggilan Temuduga UPU Online Lepasan SPM/ STPM & Setaraf

Contoh Soalan Ujian MEdSI (Malaysia Educators Selection Inventory)

Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan format, contoh soalan Ujian MEdSI dan tips menjawab soalan MEdSI untuk panduan semua. Calon-calon yang berminat untuk memohon ujian MEdSI perlu mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Lepasan STPM dan setaraf dengannya untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Pendidikan
  2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di IPTA

Maklumat tambahan berkaitan Ujian MEdSI:

  • Apabila pengambilan pelajar dibuka, secara automatik ujian MEdSI akan ditawarkan kepada calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.
  • Calon hanya layak dan sah untuk menduduki ujian sekali sahaja
  • Ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke program pendidikan seperti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

Format

Ujian MEdSI mengandungi 300 jumlah soalan dan calon-calon diperuntukkan masa untuk menjawab selama satu (1) jam sahaja. Jawapan perlu diberi dalam bentuk Ya atau Tidak sahaja.

Terdapat 4 Bahagian yang akan diuji dalam ujian MEdSI iaitu:

  1. Bahagian Personaliti: 110 item
  2. Bahagian Minat Kerjaya: 60 item
  3. Bahagian Nilai Intergriti: 70 item
  4. Bahagian Kecerdasan Emosi: 60 item

Tips Untuk Menjawab Ujian MEdSI

Berikut adalah tips-tips yang bermanfaat untuk calon-calon membuat persiapan sebelum menduduki ujian MEdSI:

tips ujian medsi Contoh Soalan Ujian MEdSI Dan Tips Untuk Menjawab

Contoh Soalan MEdSI

Di bawah pula adalah contoh-contoh soalan yang digunakan dalam ujian MEdSI untuk rujukan calon-calon:

i) Bahagian Personaliti

  1. Saya sedia menerima cabaran
  2. Saya kurang senang mengikut perintah orang lain
  3. Saya boleh sesuaikan diri di mana-mana tempat
  4. Saya bukan autokratik, malah melayan pandangan dengan respons positif
  5. Saya jarang memberitahu apayang saya fikir sebenar kepada mana-mana pihak
  6. Tiada orang yang memahami kehendak saya
  7. Dalam mesyuarat, saya banyak mendengar dan jarang ambil inisiatif berucap
  8. Saya sentiasa mencari peluang untuk membina hubungan interpersonal dengan orang.
  9. Saya akan mengundur diri jika melaksanakan sesuatu yang kurang manis
  10. Saya akan menjauhi kawan yang mengkritik saya
  11. Saya sentiasa optimistik dalam apa-apa situasi
  12. Sebelum mengemukakan pendapat saya akan berfikir baik-baik
  13. Saya bersikap proaktif dan tidak teragak-agak mencelah ketika dalam perbincangan.
  14. Saya akan cuba membaiki kelemahan pada bila-bila masa
  15. Jika saya tidak berpuas hati, saya akan memberi teguran tanpa mengira kedudukan orang.
  16. Saya tidak takut menghadapi risiko gagal
  17. Saya berhati terbuka menerima teguran
  18. Jika kawan tidak membalas budi, saya tentunya tidak akan menolongnya lagi.
  19. Orang yang memuji saya biasanya mempunyai niat jahat
  20. Saya suka memberi arahan dan benci dibimbing

ii) Bahagian Minat Kerjaya

  1. Cuba perkara baru
  2. Belajar daripada kesilapan
  3. Orang lain menjadi ketua
  4. Berusaha melakukan kerja yang orang lain tidak mampu laksanakan
  5. Suka kehidupan yang ada persaingan
  6. Sekiranya tidak ada kerja, tidur sepuas-puasnya
  7. Jika kerja dilakukan salah, cuba mencari alasannya
  8. Menyumbang idea dalam perbincangan
  9. Menjadi guru yang cekap dan efektif
  10. menjadi ahli kesatuan guru
  11. Sedia menolong murid di mana sahaja tanpa bayaran
  12. Menjalin hubungan kerjasama dengan ibu bapa pelajar
  13. Menasihat ibu bapa supaya bertanggungjawab dengan kelakuan anak mereka
  14. Menceburi aktiviti Kokurikulum
  15. Ambil inisiatif berbincang kesilapan rakan sejawat secara terus terang
  16. Menggunakan daya kreatif untuk mengajar
  17. Menghukum murid yang tidak menumpukan perhatian
  18. Bergaya autokratik
  19. Masalah disiplin yang ditimbulkan dalam kelas dirujuk kepada guru disiplin
  20. Rajin bekerja dengan harapan majikan akan sayangi saya lebih

iii) Bahagian Nilai Intergriti

  1. Tindakan saya berdasarkan prinsip keutuhan
  2. Berani kerana salah
  3. Saya hanya membaca untuk menyeronokkan hati sahaja
  4. Saya tidak memberi simpati kepada orang yang gagal
  5. Masa adalah emas, jadi saya sentiasa cuba belajar dua atau lebih mata pelajaran serentak
  6. Jika tersilap, mesti membetulkannya serta-merta.
  7. Memberi sumbangan kerana harap dapat balasan yang diidamkan
  8. Jika ada idea yang berkonflik, saya akan membuat perbandingan
  9. Sungguhpun saya tidak setuju, saya masih berpura-pura setuju
  10. Kepentingan diri harus diutamakan
  11. Saya benci orang yang ditimpa kemalangan meminta derma
  12. Oleh sebab ada risiko, saya tidak ingin menjadi pemimpin
  13. Tanpa nasib baik, ada kebolehan pun tidak jadi
  14. Jika peserta gunakan taktik kotor sewaktu bertanding, saya pun gunakan taktik kotor
  15. Tugas guru ialah mengajar sahaja
  16. Tanggungjawab guru adalah mengajar murid berilmu sahaja
  17. Murid yang malas belajar harus dihukum
  18. Selama saya telah berusaha, sama ada murid boleh mengikuti pelajaran atau tidak adalah bukan tanggungjawab saya lagi
  19. Jika murid tidak mampu mengikuti pelajaran dalam bilik darjah, saya akan nasihatnya belajar di pusat tuisyen
  20. Keberkesanan penyampaian pelajaran bergantung kepada kemahiran komunikasi guru

iv) Bahagian Kecerdasan Emosi

  1. Jika saya dikritik, saya akan sangat marah
  2. Apabila sesuatu tidak dapat dilakukan, saya akan menangis
  3. Jika ada orang lemas, saya akan kelam kabut kerana rasa takut
  4. Jika kemalangan berlaku, saya rela korban diri untuk menyelamatkan nyawa kawan
  5. Jika suasana kerja tertekan, saya akan usaha membaikinya dengan serta merta
  6. Saya berasa tertekan jika ada penyelia datang menilai kerja saya
  7. Tunjuk marah sekiranya boleh menghalang perbuatan salah
  8. Saya tidak menghukum murid kerana bimbang murid membalas dendam
  9. Saya berhibur untuk menghilangkan bosan kerja
  10. Saya tidak berasa gembira jika dikongkong dengan peraturan tetap

Diharapkan perkongsian berkaitan Contoh Soalan Ujian MEdSI Dan Tips Menjawab Soalan MEdSI dapat memberikan manfaat kepada semua. Semoga berjaya dalam menduduki ujian MEdSI dan lulus dengan jayanya.

Related : program ijazah sarjana muda, masa 1 jam, pendidikan lepasan stpm setaraf, malaysian educators selection inventory medsi, berbentuk psikometrik, sekumpulan pakar, personaliti minat kerjaya nilai integriti,