Nota

Buku Teks Sains Tingkatan 1 KSSM (Digital Download)

Lazimnya, pelajar akan diberikan tugasan atau kerja rumah berdasarkan soalan daripada buku teks. Oleh itu, pelajar perlu merujuk buku teks apabila ingin mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan atau menyiapkan tugasan. Kini, anda boleh mendapatkan salinan buku teks secara digital bagi memudahkan pelajar dan juga guru-guru. Sebagai rujukan untuk semua, berikut dikongsikan Buku Teks Sains Tingkatan 1 KSSM versi digital yang boleh dimuat turun dalam PDF.

Bagi menjayakan pelaksanaan KSSM, penulisan buku ini lebih memberikan penekanan kepada kemahiran berfikir, kemahiran maklumat & komunikasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Untuk mencapai objektif tersebut, buku ini dilengkapkan dengan ciri-ciri seperti imbasan ‘QR code’, info ‘kerjaya sains’ dan formula ‘Saya Boleh Ingat!’ sebagai ciri interaktif dan bantuan kepada pelajar.

Buku Teks Sains Tingkatan 1 KSSM Versi Digital (Download Dalam PDF)

Terdapat 5 tema yang diketengahkan kepada pelajar untuk mata pelajaran Sains Tingkatan 1 iaitu kaedah saintifik, penyenggaraan dan kesinambungan hidup, penerokaan unsur dan alam, tenaga dan kelestarian hidup, penerokaan bumi dan angkasa lepas.

Di bawah dikongsikan maklumat seperti perincian bab dan cara muat turun Buku Teks untuk rujukan semua

Bab Mata Pelajaran Sains Tingkatan 1

Perincian bab di bawah disusun mengikut isi kandungan buku teks Sains Form 1 untuk rujukan anda:

Baca juga: Koleksi Buku Teks Digital Asas BTDA Tingkatan 1 Hingga 5

Bab I Pengenalan Kepada Penyiasatan Saintifik

  1. Sains adalah sebahagian daripada kehidupan
  2. Makmal sains anda
  3. Kuantiti fizik dan unitnya
  4. Penggunaan alat pengukur, kejituan, kepersisan, kepekaan dan ralat
  5. Ketumpatan
  6. Langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik
  7. Sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan penyiasatan saintifik

Bab II  Sel Sebagai Unit Asas Hidupan

  1. Sel- Struktur, fungsi dan organisasi
  2. Respirasi sel dan fotosintesis

Bab III Koordinasi dan Gerak Balas

  1. Homeostasis dalam benda hidup

Bab IV Pembiakan

  1. Pembiakan seks dan aseks
  2. Sistem pembiakan manusia
  3. Kitar haid
  4. Persenyawaan dan kehamilan
  5. Faktor yang mempengaruhi perkembangan fetus dan bayi
  6. Kemandulan dan pencegahan kehamilan
  7. Pembiakan tumbuhan

Bab V Jirim

  1. Jirim dalam alam
  2. Tiga keadaan jirim

Bab VI Jadual Berkala

  1. Pengenalan unsur
  2. Campuran
  3. Sebatian

Bab VII Udara 

  1. Komposisi udara
  2. Pembakaran
  3. Pencemaran udara

Bab VIII Cahaya dan Optik

  1. Penggunaan cermin
  2. Sifat cahaya
  3. Pantulan cahaya
  4. Pembiasan cahaya
  5. Penyebaran cahaya
  6. Penyerakan cahaya
  7. Penambahan dan penolakan cahaya

Bab VIV Bumi

  1. Sistem dan struktur bumi
  2. Bahan bumi
  3. Proses utama bumi
  4. Fenomena geobencana
  5. Usia bumi
  6. Sumber bumi dan geologi gunaan

Muat Turun Buku Teks Digital

Kepada pelajar Tingkatan satu dan guru yang mengajar subjek Sains Tingkatan 1, anda boleh memuat turun salinan digital buku teks subjek tersebut pada pautan berikut:

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu pelajar dan juga guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.