Nota

Senarai Kesalahan Ejaan Dan Imbuhan Bahasa Melayu (BM)

Sebagai pelajar, anda tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Oleh sebab itu, guru-guru memberikan peluang kepada pelajar dengan melakukan pembetulan pada tugasan-tugasan yang diberikan. Anda pula perlu peka dan memahami intipati pelajaran tersebut supaya tidak mengulangi kesilapan atau kesalahan yang telah dilakukan. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, pelbagai kesalahan yang selalu dilakukan oleh para pelajar seperti kesalahan tatabahasa dan penggunaan kata-kata yang tepat. Sebagai rujukan kepada pelajar, berikut dikongsikan kesalahan ejaan dan imbuhan Bahasa Melayu yang sering berlaku.

Penggunaan imbuhan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu adalah penting dalam memberikan struktur ayat yang tepat dan difahami oleh pembaca. Justeru, pelajar digalakkan untuk meluaskan skop pembacaan dan melakukan latihan tambahan supaya dapat mendedahkan diri kepada setiap penggunaan imbuhan dan ejaan yang tepat dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Kesalahan ejaan dan imbuhan juga merupakan elemen yang dilihat dalam pemarkahan peperiksaan mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, pelajar seharusnya mengelakkan daripada melakukan kesalahan ejaan dan imbuhan terutamanya dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.

Koleksi Kesalahan Ejaan Dan Imbuhan Bahasa Melayu

Berikut adalah koleksi kesalahan ejaan dan imbuhan Bahasa Melayu yang lazim dilakukan oleh para pelajar. Anda digalakkan untuk merujuk contoh-contoh di bawah sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan.

Kesalahan Ejaan (Kata)

Bagi penggunaan perkataan dalam penulisan Bahasa Melayu, contoh ejaan yang salah dan ejaan yang betul adalah seperti berikut:

SalahBetul
  • mengalakkan
  • menyakinkan
  • mengenegahkan
  • kebaikkan
  • kenaikkan
  • resepi
  • tanggung jawab
  • mustika
  • kebanyakkan
  • kerosakkan
  • dakyah
  • zohor
  • taksub
  • lagenda
  • catit
  • karisme
  • kolestrol
  • efisyen
  • mahsyur
  • rambut kerinting
  • tuhan
  • auto matif
  • audien
  • agreget
  • arithmetik
  • agen (wakil)
  • ampangan
  • analisa
  • atlit
  • baucer
  • bharu/bahru
  • bistari
  • bowling
  • buffet
  • bumiputra
  • buroh
  • calun
  • cocok (tusuk)
  • cucuk (sesuai)
  • cendiawan
  • cop
  • dasyhat
  • definasi
  • deligasi
  • durhaka
  • ehsan
  • ekslusif
  • ekspot
  • ekspress
  • emel
  • engkar
  • fadhilat
  • fax
  • faksimili
  • gembeling / gembeleng
  • menggalakkan
  • meyakinkan
  • mengetengahkan
  • kebaikan
  • kenaikan
  • resipi
  • tanggungjawab
  • mestika
  • kebanyakan
  • kerosakan
  • diayah
  • zuhur
  • taasub
  • legenda
  • catat
  • karisma
  • kolesterol
  • efisien
  • masyhur
  • rambut keriting
  • Tuhan
  • automotif
  • audiens
  • agregat
  • aritmetik
  • ejen (wakil)
  • empangan
  • analisis
  • atlet
  • baucar
  • baharu/baru
  • bestari
  • boling
  • bufet
  • bumiputera
  • buruh
  • calon
  • cucuk (tusuk)
  • cocok (sesuai)
  • cendekiawan
  • cap (cetak)
  • dahsyat
  • definisi
  • delegasi
  • derhaka
  • ihsan
  • eksklusif
  • eksport
  • ekspres
  • e-mel
  • ingkar
  • fadilat
  • faks
  • faksimile
  • gembleng

Baca juga: Contoh-Contoh Karangan SPM Bahasa Melayu Terbaik

SalahBetul
  • geharu
  • hajjah
  • impot
  • injin
  • inspekter
  • insuran
  • istihar
  • isya
  • kampong
  • kapitalisma
  • kefeteria
  • komidi
  • komisyen
  • kondaktor
  • konsotium
  • kontrek
  • korum
  • kobis
  • kaptain
  • karenah (ragam)
  • kelender
  • keredhaan
  • ko-kurikulum
  • komersil
  • komplek
  • kontingen
  • lakun
  • lapuran
  • lebel
  • lencungan
  • leukimia
  • gaharu
  • hajah
  • import
  • enjin
  • inspektor
  • insurans
  • isytihar
  • isyak
  • kampung
  • kapitalisme
  • kafeteria
  • komedi
  • komisen
  • konduktor
  • konsortium
  • kontrak
  • kuorum
  • kubis
  • kapten
  • kerenah
  • kalendar
  • keredaan
  • kokurikulum
  • komersial
  • kompleks
  • kontinjen
  • lakon
  • laporan
  • label
  • lencongan
  • leukemia

Baca juga: Senarai Novel KOMSAS Bahasa Melayu

SalahBetul
  • lojik
  • lojistik
  • maksima
  • manafaat
  • masaalah
  • mee
  • mekanisma
  • mengenengahkan
  • megenepikan
  • mengujudkan
  • mengwujudkan
  • mentera
  • merbahaya
  • minima
  • munshi
  • nasionalisma
  • optima
  • organisme
  • otomatik
  • otomobil
  • paspot
  • patriotisma
  • pengembala
  • pensil
  • perabut
  • perihatin
  • perlaburan
  • perlancaran
  • perletakan
  • pertunjukkan
  • persona
  • pesaraan
  • pesiaran
  • plan
  • profession
  • prosidur
  • logik
  • logistik
  • maksimum
  • manfaat
  • masalah
  • mi
  • mekanisme
  • mengetengahkan
  • megetepikan
  • mewujudkan
  • mewujudkan
  • mantera
  • berbahaya
  • minimum
  • munsyi
  • nasionalisme
  • optimum
  • organisma
  • automatik
  • automobil
  • pasport
  • patriotisme
  • penggembala
  • pensel
  • perabot
  • prihatin
  • pelaburan
  • pelancaran
  • peletakan
  • pertunjukan
  • pesona
  • persaraan
  • persiaran
  • pelan
  • profesion
  • prosedur
SalahBetul
  • protin
  • pekej
  • pesonal (kakitangan)
  • petrolium
  • platfom
  • profail
  • profesyenal
  • raksaksa
  • sekala
  • sekelian
  • setor
  • siksa
  • snooker
  • stesyen
  • stokin
  • sunnah
  • sabsidi
  • sanwic
  • selinder
  • skima
  • spesis
  • stem
  • talipon
  • taugeh (sayuran)
  • trampil
  • tulin
  • ugama
  • usek
  • warong
  • vokasyenal
  • protein
  • pakej
  • personel
  • petroleum
  • platform
  • profil
  • profesional
  • raksasa
  • skala
  • sekalian
  • stor
  • seksa
  • snuker
  • stesen
  • stoking
  • sunah
  • subsidi
  • sandwic
  • silinder
  • skema
  • spesies
  • setem
  • telefon
  • tauge
  • terampil
  • tulen
  • agama
  • usik
  • warung
  • vokasional

Kesalahan Ejaan (Kata Majmuk)

Bagi penggunaan kata majmuk, contoh ejaan yang salah dan ejaan yang betul adalah seperti berikut:

SalahBetul
  • di tubuhkan
  • disana
  • beristirehat
  • rumahtangga
  • was-was
  • seringkali
  • acapkali
  • barang kali
  • ulangkaji
  • penguatkuasa
  • sekaligus
  • kadang kala
  • disamping
  • motorsikal
  • tengahari
  • aturcara
  • anti-dadah
  • pra bayar
  • pasaraya
  • silaturrahim
  • sanak-saudara
  • dikenalpasti
  • ditubuhkan
  • di sana
  • beristirahat
  • rumah tangga
  • waswas
  • sering kali
  • acap kali
  • barangkali
  • ulang kaji
  • penguat kuasa
  • sekali gus
  • kadangkala
  • di samping
  • motosikal
  • tengah hari
  • atur cara
  • antidadah
  • prabayar
  • pasar raya
  • silaturahim
  • sanak saudara
  • dikenal pasti

 

SalahBetul
  • ada pun
  • adakala
  • andai pun
  • andaikata
  • apa kala
  • apa tah
  • atau pun
  • Aidil-fitri
  • ambilalih
  • begitupun
  • belumpun
  • biar pun
  • baikpulih
  • bandaraya
  • cendera mata
  • cahayamata
  • campurtangan
  • empatbelas
  • gambarajah
  • gantirugi
  • garispanduan
  • hakmilik
  • hapuskira
  • ibubapa
  • ibupejabat
  • ibusawat
  • isipadu
  • janakuasa
  • jasabaik
  • jawatan kuasa
  • jualbeli
  • kawalselia
  • kadang kala
  • kemaskini
  • kerapkali
  • keretapi
  • kerja sama
  • kertaskerja
  • kuatkuasa
  • adapun
  • ada kala
  • andaipun
  • andai kata
  • apakala
  • apatah
  • ataupun
  • Aidilfitri
  • ambil alih
  • begitu pun
  • belum pun
  • biarpun
  • baik pulih
  • bandar raya
  • cenderamata
  • cahaya mata
  • campur tangan
  • empat belas
  • gambar rajah
  • ganti rugi
  • garis panduan
  • hak milik
  • hapus kira
  • ibu bapa
  • ibu pejabat
  • ibu sawat
  • isi padu
  • jana kuasa
  • jasa baik
  • jawatankuasa
  • jual beli
  • kawal selia
  • kadangkala
  • kemas kini
  • kerap kali
  • kereta api
  • kerjasama
  • kertas kerja
  • kuat kuasa

 

SalahBetul
  • lalulintas
  • latarbelakang
  • lebuhraya
  • lagi pun
  • mana pun
  • mana kala
  • meski pun
  • olah raga
  • papantanda
  • pilihanraya
  • samada
  • sebutharga
  • sediada
  • segitiga
  • sekaligus
  • susunatur
  • selangseli
  • sudahpun
  • sungguh pun
  • temubual
  • temuduga
  • ulangtahun
  • urusetia
  • usahasama
  • walau pun
  • walaubagaimanapun
  • lalu lintas
  • latar belakang
  • lebuh raya
  • lagipun
  • manapun
  • manakala
  • meskipun
  • olahraga
  • papan tanda
  • pilihan raya
  • sama ada
  • sebut harga
  • sedia ada
  • segi tiga
  • sekali gus
  • susun atur
  • selang seli
  • sudah pun
  • sungguhpun
  • temu bual
  • temu duga
  • ulang tahun
  • urus setia
  • usaha sama
  • walaupun
  • walau bagaimanapun

Kesalahan Ejaan (Kata Ganda)

SalahBetul
  • saudara mara
  • bergotong royong
  • tolong menolong
  • memporakperandakan
  • mengasihi-mengasihi
  • saudara-mara
  • bergotong-royong
  • tolong-menolong
  • memporak-perandakan
  • kasih-mengasihi

Kesalahan Ejaan (Kata Sendi Nama ‘di’ dan ‘ke’) 

SalahBetul
  • ditepi
  • keatas
  • disekolah
  • kepasar
  • di tepi
  • ke atas
  • di sekolah
  • ke pasar

Kesalahan Ejaan (Kata Ganti Nama)

SalahBetul
  • kasut ini mahal kerana ia diimport dari England
  • jika tidak dirawat dengan segera, ianya akan lumpuh
  • Perdana Menteri tiba pada jam 10.00 pagi. Dia terus merasmikan bangunan itu
  • kasut ini mahal kerana kasut ini diimport dari England
  • jika tidak dirawat dengan segera, ia akan lumpuh
  • Perdana Menteri tiba pada jam 10.00 pagi. Beliau terus merasmikan bangunan itu.

Kesalahan Ejaan (Kata Pemeri) 

SalahBetul
  • bapanya adalah guru
  • hadiah itu ialah untuk ibu
  • pelajar adalah digalakkan untuk menyertai aktiviti kokurikulum
  • bapanya ialah guru
  • hadiah itu adalah untuk ibu
  • pelajar digalakkan untuk menyertai aktiviti kokurikulum

Kesalahan Ejaan (Kata Nafi) 

SalahBetul
  • kenyataan ini bukan benar
  • makanan itu tidak untuk dia
  • kenyataan itu tidak benar
  • makanan itu bukan untuk dia

Kesalahan Ejaan (Kata Penguat) 

SalahBetul
  • dia amat menentang fahaman tersebut
  • dia amat kuat menentang fahaman komunis

Kesalahan Ejaan (Kata Hubung) 

SalahBetul
  • dia terkejut bila melihat kejadian
  • harga saham di BSKL merosot akibat aktiviti jualan
  • abangnya berperangai baik malahan adiknya berperangai buruk
  • dia menyatakan yang dia sakit
  • dia terkejut apabila melihat kejadian itu
  • harga saham di BSKL merosot sebagai akibat aktiviti jualan
  • abangnya berperangai baik tetapi adiknya berperangai buruk
  • dia mengatakan bahawa dia sakit

Kesalahan Ejaan (Penulisan Partikel (kah, lah, pun))

SalahBetul
  • siapa kah
  • tolong lah
  • bagaimana pun
  • siapakah
  • tolonglah
  • bagaimanapun

Kesalahan Ejaan (Penggunaan Penjodoh Bilangan)

SalahBetul
  • sebahagian orang penduduk
  • perpaduan perlu dipupuk dalam sebuah masyarakat
  • setiap orang warganegara
  • sebahagian penduduk
  • perpaduan perlu dipupuk dalam masyarakat
  • setiap warganegara

Kesalahan Ejaan (Penggunaan Tanda Noktah)

SalahBetul
  • Allahyarham P Ramlee
  • En Kassim
  • Dr Hassan
  • Allahyarham P. Ramlee
  • En. Kassim
  • Dr. Hassan

Kesalahan Ejaan (Penggunaan Tanda Sempang)

SalahBetul
  • dwi-bahasa
  • seMalaysia
  • anti Amerika
  • kurniaNya
  • dwibahasa
  • Se-Malaysia
  • anti-Amerika
  • kurnia-Nya

Kesalahan Ejaan (Penggunaan Tanda Koma) 

SalahBetul
  • dia pelajar di USM bukan di UKM
  • sekiranya saya lapang saya akan datang ke rumah awak
  • emak membeli sayur ikan dan buah-buahan
  • dia pelajar di USM, bukan di UKM
  • sekiranya saya lapang, saya akan datang ke rumah awak
  • emak membeli sayur, ikan, dan buah-buahan

Jenis-Jenis Imbuhan Bahasa Melayu

Dibawah adalah jenis-jenis imbuhan Bahasa Melayu untuk rujukan anda:

Imbuhan Inggeris (Awalan) 

ImbuhanMaknaContoh
antimenentang/benciantidadah
antikomunis
anti-Amerika
autodengan sendiriautomatik
autonomi
automobil
polibanyakpoligami
poliklinik
politeknik
promenyokongprokerajaan
probarat
pro-Malaysia
subsebahagian daripadasubtajuk
subbidang
subsistem
supramelebihi/merentasisupranasional
suprakelas
pascaselepaspascakemerdekaan
pascakolonial
pascasiswazah

Imbuhan Inggeris (Akhiran)

ImbuhanMaknaContoh
-isorang yang melakukancerpenis
kartunis
ekonomis
-ismekepercayaan/ajaran/ fahaman seseorangautomatik
autonomi
automobil
-logibidang ilmupoligami
poliklinik
politeknik
-grafibatang ilmu dan /bidang senigeografi
kaligari
biografi

Imbuhan Sankrit (Awalan)

ImbuhanMaknaContoh
dasasepuluhdasawarsa
dwiduadwibahasa
dwimusim
dwicara
ekasatuekabahasa
ekafungsi
ekatujuan
juruorang yang pakar / mahir dalam sesuatu bidangjuruhebah
jurubahasa
juruterbang
ekasatuekabahasa
ekafungsi
ekatujuan
juruorang yang pakar / mahir dalam sesuatu bidangjuruhebah
jurubahasa
juruterbang
mahaagung / besarmahaguru
maharaja
mahasiswa
pancalimapancaragam
pancawarna
pancaindera
prasebelumprakata
prasangka
prasyarat
tataperaturan / sistemtatabahasa
tatatertib
tatadunia

Imbuhan Sanskrit (Akhiran)

ImbuhanMaknaContoh
-itawanita / perempuancerpenis
kartunis
ekonomis
-manorang yang memiliki sifat / kepakaran dalam sesuatu bidangautomatik
autonomi
automobil
-wanorang yang
– pakar dalam sesuatu bidang
– melakukan sesuatu perbuatan
– memiliki sesuatu sifat
– memiliki sesuatu
jutawan
wartawan
jelitawan
ilmuwan
angkasawan
-watiwanita yang mahir dalam sesuatu bidang pekerjaanperagawati
seniwati
angkasawati

Imbuhan Arab-Parsi (Awalan)

ImbuhanMaknaContoh
bi-tidakbiadab
bilazim
binormal

Imbuhan Arab-Parsi (Akhiran)

ImbuhanMaknaContoh
-ahwanita / perempuanustazah
qariah
-atwanita / perempuanmuslimat
hadirat
-iahhal yang ada perkaitan dengan sifatilmiah
jasmaniah
alamiah
-inorang lelakihadirin
muslimin
musyrikin

Frasa Kerja

SalahBetul
  • ayah sudah pergi pejabat
  • dia belum mengetahui tentang hal itu
  • meja itu beralaskan dengan sehelai kain
  • ayah sudah pergi ke pejabat
  • dia belum mengetahui hal itu
  • meja itu beralaskan sehelai kain

Frasa Adjektif 

SalahBetul
  • paling terbesar
  • paling besar sekali
  • terlalu besar sekali
  • amat tercantik
  • paling besar/ terbesar
  • paling besar
  • terlalu besar
  • tercantik

Klausa/ Ayat

Struktur Binaan Ayat

KesalahanSebab kesalahanPembetulan
Malaysia ialah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa di mana rakyatnya hidup saling membantuPenggunaan ‘di mana’ dalam struktur ayat bahasa Melayu yang terpengaruh oleh struktur ayat dalam bahasa Inggeris, iaitu ‘where’ tidak boleh digunakan.Malaysia ialah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa yang rakyatnya hidup saling membantu
Mengetahui hal itu, saya membatalkan rancanganUnsur keterangan waktu dalam ayat ini harus didahului dengan kata hubung pancangan keteranganSetelah mengetahui hal itu, saya membatalkan rancangan
Mereka dikehendaki dalam masa seminggu menyiapkan kerja ituAyat tersebut kabur dan sukar difahami kerana susunan perkataan dalam ayat itu tidak tepat.Mereka dikehendaki menyiapkan kerja itu dalam masa seminggu

Ayat Tergantung

KesalahanSebab kesalahanPembetulan
Untuk mendapat keputusan yang cemerlang mesti berusahaAyat ini tergantung kerana tidak ada subjekUntuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, pelajar-pelajar mesti berusaha
Dengan kehadiran pihak tuan akan menyerikan majlis kamiAyat ini tergantung kerana frasa sendi nama tidak boleh menjadi subjek ayatKehadiran tuan akan menyerikan majlis kami
Perindustrian Malaysia yang amat pesatAyat ini tergantung kerana tidak ada predikat dengan kehadiran kata hubung ‘yang’Perindustrian Malaysia berkembang pesat.

Ayat Pasif

KesalahanSebab kesalahanPembetulan
meja itu mereka susunkata kerja berimbuhan ‘di-’ perlu digunakan bagi ayat pasif yang mempunyai frasa nama objek kata ganti nama diri orang ketiga.meja itu disusun oleh mereka
meja itu disusun oleh awakKata kerja berimbuhan ‘di-’ perlu digunakan bagi ayat pasif yang mempunyai frasa nama objek kata ganti nama diri orang
kedua.
meja itu awak susun
Tempat itu saya belum kunjungiBagi frasa kerja pasif kata ganti nama diri orang pertama, kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri tersebut dengan kata kerja pasif.Tempat itu saya belum kunjungi

Ayat Gabungan 

KesalahanSebab kesalahanPembetulan
Zeki mewakili USM, manakal UKM diwakili oleh JusuhAyat ini tidak gramatis kerana ayat-ayat yang digabungkan dengan kata hubung ‘manakala’ adalah tidak sama jenis, iaitu ayat aktif dan ayat pasif.Zeki mewakili USM, manakala Jusuh mewakili UKM
Hadiah untuk pemenang pertama bernili RM1,000 manakal RM500 untuk pemenang hadiah keduaAyat ini tidak gramatis kerana ayat-ayat yang digabungkan dengan kata hubung ‘manakala’ adalah tidak setara.Hadiah untuk pemenang pertama bernilai RM1,000 manakal hadiah untuk pemenang kedua bernilai RM500

 

Berikut adalah contoh pengimbuhan awalan men-pada kata Bahasa Melayu asli:

kng
  • kerja
  • ke tengah
  • kalung
  • kusut
  • kagum
  • kecewa
  • kalah
  • karang
  • kilang
  • kotor
  • kecuali
  • kerat
  • kaya
  • keluar
  • mengerjakan
  • mengetengahkan
  • mengalungkan
  • mengusutkan
  • mengagumkan
  • mengecewakan
  • mengalahkan
  • mengarang
  • mengilang
  • mengotorkan
  • mengecualikan
  • mengerat
  • mengaya
  • mengeluarkan
PM
  • pandang
  • pandu
  • panjang
  • pasang
  • pasti
  • patuh
  • pendek
  • peras
  • perlu
  • pintas
  • potong
  • puji
  • pulau
  • pusat
  • memandang
  • memandu
  • memanjang
  • memasang
  • memastikan
  • mematuhi
  • memendekkan
  • memeras
  • memerlukan
  • memintas
  • memotong
  • memuji
  • memulaukan
  • memusatkan
sny
  • sakit
  • sambung
  • sampai
  • satu
  • sayang
  • sedia
  • selimut
  • sembah
  • sembunyi
  • sembur
  • senang
  • senduk
  • serta
  • sidai
  • sumbang
  • menyakitkan
  • menyambung
  • menyampaikan
  • menyatukan
  • menyayangi
  • menyediakan
  • menyelimutkan
  • menyembah
  • menyembunyikan
  • menyembur
  • menyenangkan
  • menyenduk
  • menyertai
  • menyidai
  • menyumbang
tn
  • teliti
  • tusuk
  • tunda
  • tentang
  • tempa
  • tampi
  • tambah
  • tolak
  • tampil
  • tonton
  • terbit
  • tanam
  • tentu
  • tempuk
  • meneliti
  • menusuk
  • menuda
  • menentang
  • menempa
  • menampi
  • menambah
  • menolak
  • menampilkan
  • menonton
  • menerbitkan
  • menanam
  • menentukan
  • menepuk

Di bawah pula adalah imbuhan awalan men-pada kata pinjam:

kmen
  • komersial
  • komunikasi
  • kafir
  • konsepsi
  • kategori
  • korporat
  • kritik
  • koordinasi
  • kuantifikasi
  • komputer
  • kredit
  • klasifikasi
  • kristal
  • kuantiti
  • mengkomersialkan
  • mengkomunikasikan
  • mengkafirkan
  • mengkonsepkan
  • mengkategorikan
  • mengkorporatkan
  • mengkritik
  • mengkoordinasikan
  • mengkuantifikasikan
  • mengkomputerkan
  • mengkreditkan
  • mengklasifikasikan
  • mengkristalkan
  • mengkuantitikan
pmen
  • pamer
  • personifikasi
  • plaster
  • polemik
  • politik
  • popular
  • potret
  • praktik
  • program
  • promosi
  • propaganda
  • proses
  • protes
  • puisi
  • mempamerkan
  • mempersonifikasikan
  • memplaster
  • mempolemikkan
  • mempolitikkan
  • mempopularkan
  • mempotretkan
  • mempraktikkan
  • memprogramkan
  • mempromosikan
  • mempropagandakan
  • memproses
  • memprotes
  • mempuisikan
smen
  • servis
  • simulasi
  • stabil
  • standard
  • steril
  • swasta
  • syampu
  • syariat
  • syelek
  • syarat
  • sabotaj
  • syukur
  • syarikat
  • struktur
  • skru
  • syirik
  • menservis
  • mensimulasikan
  • menstabilkan
  • menstandardkan
  • mensteril
  • menswastakan
  • mensyampu
  • mensyariatkan
  • mensyelek
  • mensyaratkan
  • mensabotajkan
  • mensyukuri
  • mensyarikatkan
  • menstrukturkan
  • menskru
  • mensyirikkan
tmen
  • tabligh
  • tadbir
  • tafsir
  • takdir
  • taksir
  • takrif
  • takwil
  • talkin
  • takbir
  • tauhid
  • tauliah
  • terjemah
  • tradisi
  • transformasi
  • transkripsi
  • transliterasi
  • mentablighkan
  • mentadbir
  • mentafsirkan
  • mentakdirkan
  • mentaksirkan (melalaikan)
  • mentakrifkan (mendefinisikan)
  • mentakwilkan
  • mentalkinkan
  • mentakbirkan (mimpi)
  • mentauhidkan
  • mentauliahkan
  • menterjemahkan
  • mentradisikan
  • mentransformasikan
  • mentranskripsikan
  • mentransliterasikan

Berikut adalah contoh penggunaan awalan pinjam yang salah dan yang betul:

SalahBetul
  • anti agama
  • anti dadah
  • anti sosial
  • anti Israel
  • dwi bahasa
  • dwi budaya
  • dwi fungsi
  • dwi tahunan
  • dwi-arah
  • dwi-bentuk
  • eka atom
  • eka bahasa
  • eka fungsi
  • eka-warna
  • pasca ijazah
  • pasca merdeka
  • pasca penerbitan
  • pra kata
  • pra Olimpik
  • pra sejarah
  • pra-moden
  • pra-sekolah
  • pra-siswazah
  • pra-syarat
  • pro aktif
  • pro Barat
  • pro kemerdekaan
  • pro Malaysia
  • pro-kerajaan
  • pro-pembangkang
  • sosio budaya
  • sosio ekonomi
  • sub tajuk
  • sub-kontraktor
  • sub-kumpulan
  • sub-seksyen
  • sub-sistem
  • tata nama
  • tata rias
  • tata susila
  • tata-tertib
  • antiagama
  • antidadah
  • antisosial
  • anti-Israel
  • dwibahasa
  • dwibudaya
  • dwifungsi
  • dwitahunan
  • dwiarah
  • dwibentuk
  • ekaatom
  • ekabahasa
  • ekafungsi
  • ekawarna
  • pascaijazah
  • pascamerdeka
  • pasca penerbitan
  • prakata
  • pra-Olimpik
  • prasejarah
  • pramoden
  • prasekolah
  • prasiswazah
  • prasyarat
  • proaktif
  • pro-Barat
  • prokemerdekaan
  • pro-Malaysia
  • prokerajaan
  • propembangkang
  • sosiobudaya
  • sosioekonomi
  • subtajuk
  • subkontraktor
  • subkumpulan
  • subseksyen
  • subsistem
  • tatanama
  • tatarias
  • tatasusila
  • tatatertib

Seterusnya adalah penggunan tanda sempang dalam penulisan Bahasa Melayu:

SalahBetul
  • 1800an
  • 50 an
  • adik beradik
  • anak beranak
  • bantu membantu
  • bertungkus lumus
  • gilang gemilang
  • gotong royong
  • hambaMu
  • ipar duai
  • ke 12
  • memporakperandakan
  • mengkucarkacirkan
  • mundar mandir
  • semalaysia
  • serta merta
  • tali temali
  • ulang alik
  • Yang Dipertuan Agong
  • 1800-an
  • 50-an
  • adik-beradik
  • anak-beranak
  • bantu-membantu
  • bertungkus-lumus
  • gilang-gemilang
  • gotong-royong
  • hamba-Mu
  • ipar-duai
  • ke-12
  • memporak-perandakan
  • mengucar-ngacirkan
  • mundar-mandir
  • se-Malaysia
  • serta-merta
  • tali-temali
  • ulang-alik
  • Yang di-Pertuan Agong

Akhir sekali, di bawah adalah masalah umum tatabahasa yang sering dilakukan oleh pelajar sebagai rujukan:

SalahBetul
  • 75% dari kadar sebenar
  • banyak premis-premis
  • berbanyak terima kasih
  • dalam kawasan
  • demi untuk negara
  • di beri
  • di masa-masa
  • diatas kejayaan
  • diubah suai
  • kearah
  • lain-lain cadangan
  • lain-lain hal
  • oleh kerana
  • segala butir-butir
  • semua kerja-kerja
  • sepertimana
  • tertumpu kepada
  • 75% daripada kadar sebenar
  • banyak premis
  • berbanyak-banyak terima kasih
  • di dalam kawasan
  • demi negara
  • diberi
  • pada masa-masa
  • atas kejayaan
  • diubahsuai
  • ke arah
  • cadangan-cadangan lain
  • hal-hal lain
  • oleh sebab
  • segala butir
  • semua kerja
  • seperti/yang
  • tertumpu pada

Semoga perkongsian kesalahan ejaan dan imbuhan Bahasa Melayu memberikan manfaat kepada semua terutamanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan berkaitan mata pelajaran Bahasa Melayu.