Biasiswa

Permohonan Bantuan Kewangan KPM 2020 Golongan Berpendapatan Rendah & OKU

Berita baik buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dan yang setaraf dengannya. Adakah anda memerlukan bantuan kewangan pendidikan bagi menampung perbelanjaan sepanjang melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi ? Jika ya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan beberapa bantuan kewangan untuk pelajar yang berkelayakan dari Kluster B40 & M40. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan Kewangan KPM 2020 untuk rujukan semua.

Inisiatif yang mulia daripada KPM ini sewajarnya dimanfaatkan oleh golongan yang terlibat. Antara golongan yang menjadi sasaran bantuan ini adalah golongan pelajar yang berasal daripada keluarga B40, M40 dan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU). Selain itu, matlamat KPM adalah untuk membantu pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di peringkat separa professional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka. Seterusnya memberi peluang kepada mereka menceburi bidang ekonomi dengan lebih berkesan dan mampu menyara hidup diri dan keluarga.

Baca juga: Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat

Permohonan Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia KPM Tahun 2020

Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan jenis-jenis bantuan kewangan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia:

i) Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Untuk makluman semua, bantuan kewangan ini dikhaskan kepada pelajar Kolej Komuniti di peringkat sijil dan diploma jangka panjang. pelajar juga merupakan daripada golongan yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isi rumah tidak melibihi RM3000 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isi rumah.

Permohonan dibuka kepada pelajar baru dan yang sedia ada melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Kadar Bantuan BKPKK

 

RM 300 sebulan @ RM1800 satu semester

Syarat Kelayakan BKPKK

 

1) Warganegara Malaysia
2) Pelajar Kolej Komuniti sepenuh masa (tempoh pengajian 16 hingga 24 bulan)
3) Pelajar yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibu bapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
4) Menandatangani dua Salinan perjanjian
5) Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga
6) Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program
7) Hanya pelajar semester 1 dan 2 sahaja yang layak memohon bantuan
8) Bagi permohonan kali pertama pelajar Semester 2, syarat pendapatan keluarga dan pencapaian CGPA semester 1 adalah diambil kira

ii) Bantuan Kewangan KPM Asasi IPTA

KPM juga memperkenalkan bantuan kewangan bagi golongan sasaran iaitu B40 dan M40. Pelajar yang tergolong dalam kumpulan sasaran dan mendapat tawaran program bertaraf asasi dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM10,000 sebulan layak untuk memohon.

Kadar Bantuan Kewangan Asasi IPTA

 

1) Elaun wang saku berjumlah RM 2500 setahun pengajian
2) Yuran pengajian dan penginapan berjumlah RM1420 setahun pengajian
1) Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya)

Syarat Kelayakan Bantuan Kewangan Asasi IPTA

 

1) Warganegara Malaysia
2) Pelajar hendaklah mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam (UA)
3) Pelajar hendaklah bersetuju untuk menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Malaysia dan mengikuti program pengajian seperti di dalam surat tawaran
4) Golongan sasaran ialah untuk golongan B40 dan M40 dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM10,000.00

Tempat Pengajian

 

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

iii) Bantuan Kewangan OKU (BKOKU)

Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mempunyai kad OKU mendapat keistimewaan menerusi bantuan ini.

Bantuan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan tetapi  Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan KPM iaitu IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.

Kadar Bantuan BKOKU

 

1) Pelajar Sepenuh Masa – Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang kedua-duanya tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian. Penerima Biasiswa hanya layak wang saku sahaja. Kadar bantuan wang saku RM300/sebulan dan bakinya adalah bantuan yuran tertakluk pada RM5,000 setahun bagi kedua-dua elemen tersebut.
2) Pelajar Separuh Masa – Bantuan yuran pengajian sahaja tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian

Syarat Kelayakan BKOKU

 

1) Warganegara Malaysia
2) Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mempunyai kad OKU
3) Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
4) Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wang saku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja
5) Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini
6) Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/ sebahagian)

iv) Program Khas Pendidikan (PPK)

Program ini adalah bantuan kewangan kepada pelajar OKU bagi kategori masalah pendengaran yang mengikuti pengajian sepenuh masa di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja.

Kadar Bantuan PPK

 

1) RM3,660.00 untuk semester pertama
2) RM3,360.00 untuk semester 2 sehingga semester 4

Syarat Kelayakan BKOKU

 

1) Warganegara Malaysia
2) Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mempunyai kad OKU
3) Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
4) Pelajar OKU tidak boleh menerima penajaan lain
5) Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut:

  • No. Tel : 03-8321 7080/ 03-8321 7085
  • Alamat : Cawangan Pra Perkhidmatan 2
    Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 1, Blok 2251,
    Jalan Usahawan 1,
    6300 Cyberjaya
  • Portal Rasmi KPM Bantuan Kewangan

Semoga perkongsian mengenai permohonan Bantuan Kewangan KPM 2020 ini dapat memberikan maklumat yang berguna kepada semua. Diharapkan permohonan yang anda buat layak dan diterima.