Biasiswa

Permohonan Hadiah Skim Biasiswa Sukan KPM 2020

Disemak dan dikemaskini pada pukul

Berita baik kepada pelajar yang aktif dalam bidang sukan. Adakah anda berminat untuk mendapatkan tajaan biasiswa bagi persekolahan tahun 2020? Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menawarkan Hadiah Skim Biasiswa Sukan (SBS) kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang memenuhi syarat seperti di bawah. Oleh itu, berikut dikongsikan Permohonan Hadiah Skim Biasiswa Sukan KPM 2020 Online untuk panduan pelajar.

KPM melalui Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni membuka tawaran ini kepada atlet murid yang telah berusaha dalam mencapai pencapaian yang baik dalam bidang sukan. Selain itu, biasiswa ini dapat membantu mengurangkan  beban kewangan sekiranya keluarga pelajar yang mempunyai potensi dalam bidang sukan menghadapi masalah kewangan. Justeru, pelajar yang berminat digalakkan untuk memohon dengan bantuan guru dan pihak sekolah untuk proses pengesahan permohonan.

Baca juga: Senarai Barang Keperluan Asrama

Permohonan Skim Biasiswa Sukan (SBS) KPM 2020 Online

Berikut adalah info seperti tarikh, syarat-syarat dan cara membuat permohonan Skim Biasiswa Sukan (SBS) KPM 2020 Online untuk rujukan semua.

Tarikh Permohonan Biasiswa Sukan (SBS) KPM

Tarikh di bawah merupakan tarikh rasmi yang diumumkan oleh KPM melalui pekeliling yang akan disertakan di bawah.

TARIKH PENTING
Tarikh Buka 1 Mac 2020
Tarikh Tutup 31 Mac 2020

Cara Memohon Skim Biasiswa Sukan (SBS)

Borang permohonan hendaklah diisi oleh ibu, bapa atau penjaga pemohon. Borang permohonan Skim Biasiswa Sukan (SBS) boleh di muat turun dengan melayari pautan berikut:

 PAUTAN MUAT TURUN BORANG SKIM BIASISWA SUKAN
Borang Permohonan Skim Biasiswa Sukan

Pihak sekolah pemohon pula perlu membuat pengesahan permohonan secara atas talian dalam sistem SBS bermula 1 April 2020 hingga 30 April 2020.

Syarat-Syarat Permohonan Skim Biasiswa Sukan (SBS)

Berikut dikongsikan syarat-syarat yang perlu dipatuhi pemohon untuk memohon Skim Biasiswa Sukan:

Pemohon Yang Layak 
1. Warganegara Malaysia
2. Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Harian, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaaan (SABK)

Atau

Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Malaysia

Atau

Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Negeri

Atau

Pelajar Kolej Vokasional Tahun 1 dan 2 sahaja

3. Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun (insentif lain) daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan
4. Menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya telah mewakili negeri di peringkat kejohanan MSSM dan Liga Sukan KPM

Senarai Sukan Yang Diterima Dalam Permohonan Skim Biasiswa Sukan (SBS)

Untuk makluman pemohon, sebanyak 33 jenis sukan yang diterima untuk memohon Skim Biasiswa Sukan (SBS). Berikut adalah senarai sukan tersebut:

Senarai Sukan Skim Biasiswa Sukan 
1. Badminton 11. Bola Jaring 21. Tenis 31. Wushu
2. Boling Tenpin 12. Ping Pong 22. Kriket 32. Lawan Pedang
3. Skuasy 13. Lumba Basikal 23. Sofbol 33. Silat Olahraga
4. Akuatik 14. Ragbi 24. Bola Baling
5. Gimnastik 15. Gimrama 25. Judo
6. Olahraga 16. Bola Keranjang 26. Karate
7. Bola sepak 17. Golf 27. Tae Kwan Do
8. Perahu Layar 18. Memanah 28. Menembak
9. Hoki 19. Bola Tampar 29. Boling Padang
10. Sepak Takraw 20. Catur 30. Angkat Berat

Surat Pekeliling KPM Makluman Permohonan Baharu Hadiah Skim Biasiswa Sukan

Berikut adalah surat pekeliling yang diedarkan oleh Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni KPM untuk rujukan semua:

surat pekeliling skim biasiswa sukan 2020

Semoga perkongsian Permohonan Skim Biasiswa Sukan KPM 2020 Online memberi manfaat kepada semua terutamanya murid atlet yang memerlukan bantuan biasiswa. Semoga berjaya dalam membuat permohonan dan dipermudahkan urusan.