Keputusan Peperiksaan

Cara Pengiraan Pointer STPM Baharu

Disemak dan dikemaskini pada pukul

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) merupakan salah satu diantara sistem pra universiti untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti selain Matrikulasi. Justeru, adalah mustahak untuk calon yang bakal menduduki peperiksaan STPM berusaha mendapatkan keputusan yang cemerlang. Maka, berikut dikongsikan cara mengira pointer STPM terkini untuk panduan semua.

Ramai di antara pelajar yang masih keliru untuk mengira Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) bagi keseluruhan STPM. Untuk makluman, STPM menggunakan sistem Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK). Terdapat 11 gred iaitu A, A-, B +, B, B-, C +, C, C-, D + dan D, manakala F sebagai gred gagal.  Mulai tahun 2012 dan seterusnya, titik PNGK bagi setiap subjek dikenali sebagai NGMP.

Cara Mengira Pointer Keputusan STPM Baharu

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan gred pemarkahan STPM dan cara mengira pointer STPM terkini untuk panduan semua khususnya calon yang menduduki peperiksaan STPM.

Gred Pemarkahan STPM

Berikut adalah ringkasan gred pemarkahan STPM untuk panduan pelajar:

Gred Kertas

Gred Matapelajaran

NGMP

Tahap Pencapaian

 A A 4.00 Lulus penuh
  A-  A- 3.67 Lulus penuh
    B+   B+ 3.33 Lulus penuh
 B B 3.00 Lulus penuh
  B-  B- 2.67 Lulus penuh
   C+   C+ 2.33 Lulus penuh
 C C 2.00 Lulus penuh
  C-  C- 1.67 Lulus sebahagian
   D+   D+ 1.33 Lulus sebahagian
 D D 1.00 Lulus sebahagian
F F 0.00 Gagal


Pointer STPM mengikut subjek

Berikut dikongsikan contoh perkiraan pointer STPM yang dilakukan mengikut subjek Pengajian Am, Bahasa Arab, Syariah dan Sejarah:

PENGAJIAN AM

  • Peperiksaan Penggal 1 A- 29%
    Peperiksaan Penggal 2 B 22%
    Peperiksaan Penggal 3 A 29%
    Kerja Kursus A 20%
  • Gred Kertas : A
    NGMP : 4.00

BAHASA ARAB

  • Peperiksaan Penggal 1 A 28%
    Peperiksaan Penggal 2 A 28%
    Peperiksaan Penggal 3 A- 20%
    Kerja Kursus C 12%
    Kerja Kursus A 12%
  • Gred Kertas : A
    NGMP : 4.00

SYARIAH

  • Peperiksaan Penggal 1 A- 26.67%
    Peperiksaan Penggal 2 A- 26.67%
    Peperiksaan Penggal 3 B+ 26.67%
    Kerja Kursus A 20.00%
  • Gred Kertas : A-
    NGMP : 3.67

SEJARAH

  • Peperiksaan Penggal 1 A- 29%
    Peperiksaan Penggal 2 B 22%
    Peperiksaan Penggal 3 A 29%
    Kerja Kursus A 20%
  • Gred Kertas : A
    NGMP : 4.00

Bagi gred mata pelajaran, gred C hingga A yang diberi nilai 2.00 hingga 4.00 ialah gred lulus penuh. Untuk gred D hingga C– adalah nilai 1.00 hingga 1.67 bagi gred lulus sebahagian. Manakala, gred F yang diberi nilai 0.00 ialah gred gagal. Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) ditentukan berasaskan wajaran setiap kertas dan jumlah markah bagi mata pelajaran berkenaan

Pengiraan Pengajian AM

Cara Kira Pengajian AM: wajaran (%) x pointer gred kertas = nilai baru

Gred

Pointer

Wajaran (%)

Nilai

A- 4.0 29 1.16
B 3.0 22 0.66
A 4.0 29 1.16
A 4.0 20 0.8

Nilai yang akan diperoleh bagi setiap peperiksaan penggal dan kerja kursus  akan dicampurkan contoh:

  • 1.16+0.66+1.16+0.8= 3.78

kemudian, rujuk kepada julat begi gred mata pelajaran. 3.78 adalah dalam linkungan 3.68 sehingga 4.00. Maka gred matapelajaran pengajian am adalah A dan NGMP: 4.00

  • Gred matapelajaran Pengajian Am : A
    NGMP : 4.00

Pengiraan Bahasa Arab

Cara Kira Bahasa Arab: wajaran (%) x pointer gred kertas = nilai baru

Gred

Pointer

Wajaran (%)

Nilai

A 4.0 28 1.12
A 4.0 28 1.12
A- 3.67 20 0.73
C 2.0 12 0.24
A 4.0 12 0.48

Ulang perkiraan di atas. Kemudian tambah nilai

  • 1.12 + 1.12 + 0.73 + 0.24 + 0.48 = 3.69

3.69 dalam lingkungan 3.68 sehingga 4.00.

  • Gred matapelajaran Bahasa Arab : A
    NGMP : 4.00

Pengiraan Syariah 

Cara Kira Syariah: wajaran (%) x pointer gred kertas = nilai baru

Gred

Pointer

Wajaran (%)

Nilai

A- 3.67 26.67 0.98
A- 3.67 26.67 0.98
B+ 3.33 26.67 0.89
A 4.0 20 0.8

Ulang perkiraan di atas. Kemudian tambah nilai

  • 0.98 + 0.98 + 0.89 + 0.80 = 3.65

3.65 dalam lingkungan 3.34 sehingga 3.67.

  • Gred matapelajaran Syariah : A-
    NGMP : 3.67

Pengiraan Sejarah

Cara Kira Sejarah: wajaran (%) x pointer gred kertas = nilai baru

Gred

Pointer

Wajaran (%)

Nilai

A- 3.67 29 1.06
B 3.00 22 0.66
A 4.00 29 1.16
A 4.00 20 0.8

Ulang perkiraan di atas. Kemudian tambah nilai

  • 1.06 + 0.66 + 1.66 + 0.8 = 3.68

3.68 dalam lingkungan 3.68 sehingga 4.00.

  • Gred matapelajaran Sejarah : A
    NGMP : 4.00

Kiraan Jumlah Keseluruhan Pointer STPM

Jumlah NGMP ÷ 4 = PNGK

  • Contoh : (Pengajian Am) 4.0 + (Bahasa Arab) 4.0 + (Syariah) 3.67 + (Sejarah) 4.0 ÷ 4 = 3.92

Maka contoh keputusan peperiksaan STPM yang dikongsikan di atas adalah 3.92

Nilai Wajaran Bagi Setiap Subjek

Berikut dikongsikan nilai wajaran bagi setiap subjek untuk STPM sebagai rujukan pelajar:

nilai wajaran stpm1

nilai wajaran stpm2

nilai wajaran stpm3

nilai wajaran stpm4

nilai wajaran stpm5

nilai wajaran stpm6

nilai wajaran stpm7

nilai wajaran stpm8

Semoga perkongsian cara mengira pointer terkini STPM membantu pelajar dalam menetapkan sasaran keputusan STPM masing-masing. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon yang bakal menduduki peperiksaan STPM.