Biasiswa

Borang Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2020 Online

Disemak dan dikemaskini pada pukul

Makluman kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan yang setaraf dengnnya. Adakah anda berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kewangan dan ekonomi? Sekiranya ya, Yayasan Bank Rakyat menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan dan berminat dalam bidang tersebut. Berikut adalah cara membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2020 secara online untuk panduan pelajar yang berminat. Pelajar terpilih yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) cemerlang akan ditawarkan biasiswa penuh dan selebihnya, akan ditawarkan pembiayaan pendidikan boleh ubah (PPBU).

Yayasan Bank Rakyat telah ditubuhkan pada 16 Mei 2007 bagi membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dan merupakan pelanggan Bank Rakyat khususnya dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan. Permohonan bantuan kewangan ini dibuka kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat prasiswazah, pasca siswazah serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Baca juga: Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara (Jom Masuk IPT )

Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat (YBR) Tahun 2020

Maklumat di bawah adalah perkara yang berkaitan seperti tarikh permohonan, syarat-syarat kelayakan, cara memohon dan bidang pengajian yang ditawarkan oleh Yayasan Bank Rakyat.

Tarikh Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat

Makluman kepada pelajar yang berminat untuk memohon Biasisiwa yang ditawarkan oleh Yayasan Bank Rakyat, anda perlu membuat permohonan dalam tempoh tarikh yang dinyatakan di bawah:

PERMOHONAN DIBUKA & DITUTUP PADA

Tarikh Buka 24 Februari 2020
Tarikh Tutup 31 Mac 2020

Syarat Kelayakan Permohonan

Selain itu, pelajar yang ingin membuat permohonan hendaklah memenuhi syarat-syarat am yang ditetapkan oleh Yayasan Bank Rakyat seperti berikut:

 SYARAT-SYARAT AM

1) Pemohon adalah warganegara Malaysia yang berpendapatan rendah tanpa mengira kaum, agama dan etnik.
2) Pemohon mendapat tawaran pengajian sepenuh masa di IPTA, IPTS dan Institusi Latihan yang mendapat pengiktirafan daripada MQA.

Untuk makluman, Yayasan Bank Rakyat juga menetapkan syarat-syarat khusus kelayakan berdasarkan peringkat pengajian pemohon. Berikut adalah pautan kepada syarat-syarat khusus mengikut peringkat pengajian:

Cara Memohon Biasiswa Yayasan Bank Rakyat

Permohonan hendaklah dilakukan secara online. Berikut adalah pautan kepada aplikasi permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat:

APLIKASI PERMOHONAN ONLINE

Biasiswa Yayasan Bank Rakyat

Berikut adalah infografik langkah-langkah untuk membuat permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat secara online:

langkah memohon bybr

Bidang/ Program Pengajian Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai bidang pengajian yang ditawarkan untuk penerima Biasiswa Yayasan Bank Rakyat. Oleh itu, pelajar yang berminat untuk memohon perlu pastikan program pengajian yang dimohon di IPTA/IPTS adalah sama dengan apa yang disenaraikan di bawah:

Senarai Bidang Pengajian

1) Perakuanan 5) Ekonomi
2) Perbankan 6) Komunikasi Media
3) Pengurusan Perniagaan 7) Undang-undang
4) Sumber Manusia 8) Sains Aktuari

Kadar Pembayaran Balik Dan Insentif

Berikut adalah jadual kadar bayaran balik oleh penerima Biasiswa Yayasan Bank Rakyat:

Kadar Bayaran Balik

CGPA Diskaun (%) Peratusan Pembayaran Balik (%)
3.50-4.00 100 0
3.00-3.49 70 30
2.75-2.99 50 50
2.50-2.74 30 70
<2.50 0 100

Maklumat Lanjut

Jika pemohon menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan, anda boleh menghubungi pihak Yayasan Bank Rakyat di alamat berikut:

  • Yayasan Bank Rakyat,
    8th Floor, Tower 1
    Menara Kembar Bank Rakyat,
    No.33, Jalan Rakyat,
    50470, Kuala Lumpur,
    Malaysia
  • +603 2612 9600
  • yayasan@bankrakyat.com.my

Semoga perkongsian berkaitan permohonan biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2020 Online dapat membantu pelajar terutamanya yang ingin memohon kemasukan ke universiti. Selamat maju jaya dan tahniah diucapkan kepada permohonan yang berjaya.