Biasiswa

Senarai Biasiswa Terkini 2021 (Lepasan SPM/ STPM)

Melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta merupakan satu langkah yang perlu diambil oleh pelajar lepasan sekolah menengah sebelum memasuki alam pekerjaan. Namun begitu, ada dalam kalangan kita yang terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana kekangan kewangan untuk membayar kos pengajian yang tinggi. Oleh itu, di bawah dikongsikan Senarai Biasiswa Terkini 2021 sebagai rujukan kepada semua yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti di dalam atau luar negara.

Biasiswa merupakan satu bentuk pinjaman kewangan yang disediakan oleh syarikat terkemuka atau agensi kerajaan bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan dan cemerlang dalam kriteria yang ditetapkan. Malahan ada di antara biasiswa yang boleh diubah menjadi penajaan sekiranya pelajar melepasi syarat-syarat yang digariskan oleh pemberi bantuan kewangan tersebut.

Senarai Tawaran Biasiswa Terkini Malaysia 2021

Berikut dikongsikan Senarai Biasiswa Terkini 2021 untuk rujukan semua. Anda boleh menyemak kelayakan anda dan membuat permohonan biasiswa yang bersesuaian dengan bidang pengajian serta pencapaian masing-masing.

Baca juga: Program Pengajian Asasi Di Universiti Awam

A. Google Generation Scholarship 2021/2022

Biasiswa ini dibuka kepada semua pelajar khususnya dari kalangan wanita yang melepasi kriteria yang ditetapkan dan berminat dalam bidang komputer sains adalah digalakkan. Pelajar yang terpilih akan menerima biasiswa berjumlah $1000 Dolar Amerika.

Tarikh tutup permohonan : 29 Mac 2021

Untuk memohon, sila buka pautan berikut:

B. Biasiswa Sarawak Energy Scholarship

Khusus buat mahasiswa-mahasiswi yang berasal dari negeri Sarawak, biasiswa ini dibuka kepada anda yang menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan, IT, undang-undang (Law), perakaunan, perdagangan dan kewangan.

Tarikh penting permohonan biasiswa adalah seperti berikut:

  • Buka : 15 Februari 2021
  • Tutup : 31 Mei 2021

Permohonan biasiswa ini boleh dibuat pada pautan di bawah:

C. Biasiswa Yayasan Sime Darby Scholarship (Pra-Universiti)

Yayasan Sime Darby menjemput lepasan SPM tahun 2020 yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi melanjutkan pelajaran Asasi di dalam negara dan seterusnya mengambil Ijazah Sarjana Muda di universiti terkemuka di United Kingdom.

Tarikh tutup permohonan : 6 April 2021

Sila mohon melalui laman rasmi Yayasan Sime Darby seperti berikut:

D. Biasiswa Yayasan Sime Darby Scholarship (Undergraduate)

Khas buat pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bermula September 2021 selepas menamatkan STPM atau Asasi/ Matrikulasi. Biasiswa ini dibuka kepada mereka yang berkelayakan dan melanjutkan elajaran dalam bidang berkaitan perniagaan, kejuruteraan dan sains.

Tarikh tutup permohonan: 14 Mac 2021

Anda boleh memohon menggunakan pautan yang disediakan di bawah:

E. Program Graduan Cemerlang (GrEP MARA 2021)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuka peluang biasiswa kepada mahasiswa yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah samada dalam atau luar negara. Pemohon diingatkan bahawa permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 3 bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Tarikh permohonan bermula 1 Mac hingga 19 Mac 2021

Aplikasi permohonan program di atas adalah :

F. Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Sesi 2021/2022

Di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, biasiswa ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran. Antara kriteria utama yang ditetapkan adalah berumur tidak melebihi 35 tahun dan mendapat tempat pengajian di Universiti Penyelidikan Tempatan/ Universiti terkemuka Dunia yang dipersetujui JPA.

Tarikh permohonan bagi tahun 2021 akan dikemaskini. (Untuk sesi pengajian 2020/ 2021: 10 Februari 2020 hingga 6 Mac 2020)

Untuk memohon, sila klik pada pautan di bawah:

G. Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) – Tajaan MARA

Program di bawah kendalian Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuka peluang kepada mereka  yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan kelayakan akademik tertentu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih

Tarikh permohonan program ini adalah seperti berikut:

  • Buka : 1 Mac 2021 
  • Tutup : 19 Mac 2021

Bagi anda yang berkelayakan, sila mohon melalaui laman rasmi MARA:

H. Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)

Biasiswa khusus kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di universiti awam sahaja yang berkelayakan.  Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua dalam bidang yang telah ditetapkan adalah digalakkan.

Tarikh penting permohonan program ini adalah:

  • Tarikh buka permohonan : 1 Mac 2021 (5 petang)
  • Tarikh tutup permohonan : 31 Mac 2021 (5 petang)

Aplikasi permohonan BISMP adalah seperti berikut:

I. Skim Bantuan Awal Pelajar IPT (Kedah)

Khusus kepada pelajar yang menetap atau bermastautin di negeri Kedah dan beragama Islam, anda berpeluang untuk memohon bantuan secara one-off yang disediakan oleh Zakat Kedah. Pelajar di peringkat Matrikulasi, Asasi, Diploma dan Sarjana Muda layak untuk memohon bermula:

  • 15 Februari 2021 hingga 31 Disember 2021

Klik pautan di bawah untuk membuat permohonan:

G. Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)

Biasiswa ini bertujuan membantu pelajar yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran di universiti. Pelajar yang berkelayakan akan mendapat manfaat seperti elaun, program kepimpinan dan mentorship bagi membantu pelajar membina masa hadapan yang terbaik.

Tarikh tutup permohonan: 12 April 2021

Anda yang berminat boleh membuat permohonan melalui pautan berikut:

Nota: Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat pembukaan biasiswa yang baharu kepada mahasiswa dan mahasiswi.

Semoga perkongsian berkenaan Senarai Biasiswa di Malaysia dapat membantu anda mencari bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Related : pelajar lepasan spm, lepasan matrikulasi, spm 2020, biasiswa lepasan spm, program ijazah, bantuan kerajaan, bawah program, biasiswa khazanah, scholarship award, the star, malaysia scholarships 2021 tawaran biasiswa 2021 borang permohonan biasiswa 2021 jpa mara petronas kpm maybank bank negara bank rakyat shell sime darby spm stpm postgraduate undergraduate pre university studies, between star, group with some of the, fund scholarship is, khazanah watan, biasiswa 2021 untuk, ijazah sarjana muda master ph.d biasiswa jpa, malaysian students, for scholarship, in malaysia, tawaran biasiswa 2021 untuk, spm stpm diploma ijazah, lepasan spm stpm diploma, untuk permohonan pelajar lepasan, permohonan pelajar lepasan spm