Sekolah
Permohonan KV 2026 Kolej Vokasional & SMT Online

Permohonan Kemasukan KV 2026 Dan SMT Online. Perhatian kepada pelajar lepasan Tingkatan 3, adakah anda berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam Bidang Vokasional, Aliran Teknikal dan Program Kemahiran? Di sini ada berita baik buat Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2025. Berikut dikongsikan maklumat Permohonan kemasukan KV 2026 Kolej Vokasional Dan SMT secara Online.
Pelajar yang berminat dan berkelayakan adalah dijemput untuk memohon mana-mana program Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik yang ditawarkan bagi Ambilan tahun 2026 seperti makluman Applikasi Permohonan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPSKT4).
Isi Kandungan
Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik Ambilan 2026 Online
Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan kolej vokasional kv & SMT 2026 secara Online seperti tarikh penting dan cara untuk membuat permohonan.
Untuk makluman, Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2025 digalakkan untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan 2026 mengikut ketetapan tarikh berikut :-
- Tarikh Buka : 1 Ogos 2025
- Tarikh Tutup : 7 September 2025
Cara Membuat Permohonan KV dan SMT 2026 Secara Online
Jika ada pemohon yang berminat dan berkelayakan perlu mengaksesborang permohonan online melalui Applikasi Permohonan KV Dan SMT 2026 :
Klik sistem permohonan di pautan : https://spskt4.moe.gov.my/
Selepas membuat permohonan, calon-calon dikehendaki menduduki pentaksiran berpusat bagi kemasukan ke sekolah bantuan kerajaan, KV dan SMT. Pentaksiran merangkumi ujian kecerdasan insaniah dan kecerdasan intelektual secara dalam talian serta ujian artikulasi penulisan secara bertulis di pusat pentaksiran. Berikut adalah tarikh berkaitan pentaksiran yang akan dilaksanakan:
- Check Pusat Pentaksiran: 12 September – 3 Oktober 2025
- Pelaksanaan Pentaksiran: 22 September – 3 Oktober 2025
Permohonan KV & SMT hendaklah dibuat berdasarkan kepada program pendidikan beserta syarat kemasukan seperti berikut:-
A) Program Ditawarkan & Syarat Kemasukan KV
i) PROGRAM SIJIL
Matlamat program Technical Vocational Education Training (TVET) yang ditawarkan di kolej vokasional untuk melahirkan murid yang berkemahiran, profesional dan bersedia ke alam pekerjaan.
Program ini ditawarkan di 86 buah kolej vokasional merangkumi 35 program.
Sistem pengajian di kolej vokasional adalah berdasarkan sistem semester. Murid program sijil akan mengikuti tempoh pengajian selama 2 tahun (4 semester).
Pembelajaran di kolej vokasional menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang dibangunkan oleh panel akademik dan industri. KSKV dilaksanakan berdasarkan pendidikan berasaskan keberhasilan Outcome Based Education (OBE) yang menitikberatkan kepada pencapaian keberhasilan murid selepas tamat pengajian.
Murid yang lulus pengajian di peringkat sijil akan dianugerahkan dwi persijilan iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang dianugerahkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Murid yang lulus peringkat sijil dan memenuhi syarat kemasukan, layak menyambung pengajian diploma di dalam program yang sama di kolej vokasional.
ii) PROGRAM KEMAHIRAN
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran serta memiliki persijilan kemahiran yang diiktiraf mengikut keperluan industri.
Program ini hanya ditawarkan di beberapa buah kolej vokasional terpilih sahaja.
Tempoh pengajian program ini adalah selama 2 tahun.
Murid yang tamat dan lulus pengajian program ini akan dianugerahkan SKM mengikut tahap ditawarkan yang diiktiraf oleh JPK, Kementerian Sumber Manusia.
Program kemahiran yang ditawarkan di kolej vokasional dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:
- PROGRAM KEMAHIRAN PENUH
- PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)
Syarat untuk memohon ke KVĀ adalah seperti berikut:-
a) Syarat ke Program Sijil
SYARAT UMUM
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi/ Asas Sains Komputer
b) Syarat ke Program Kemahiran
SYARAT UMUM
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
- Murid menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)
B) Kursus Ditawarkan & Syarat Kemasukan SMT
Kursus Teknikal yang ditawarkan di sembilan (9) buah Sekolah Menengah Teknik memberi fokus kepada pengajian seperti berikut:
- i. Pengajian Kejuruteraan Awam
- ii. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- iii. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
- iv. Perdagangan
- v. Sains Pertanian
Murid berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Kolej Tingkatan 6, Kolej Matrikulasi, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pendidikan Guru (IPG) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) setelah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Matlamat kursus teknikal adalah untuk melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:
- i. Tingkatan 4
- ii. Tingkatan 5
dan seterusnya murid akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Untuk memohon masuk ke Sekolah Menengah Teknik (SMT), sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut :-
SYARAT KEMASUKAN SMT (UMUM)
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/ buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi/Asas Sains Komputer
Soalan Lazim Permohonan KV Dan SMT 2026
Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya untuk berkaitan sesi pengambilan permohonan Kolej Vokasional & SM Teknik tahun 2026.
1.Bilakah tarikh check penawaran ke KV/SMT?
- Check penawaran ke KV/SMT mulai 26 Disember 2025.
2. Apakah yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tawaran ke KV/SMT?
- a) Murid hendaklah mencetak surat tawaran dan buku tawaran kemasukan yang disertakan.
- b) Murid hendaklah melengkapkan buku tawaran sebelum hari pendaftaran dan diserahkan ke KV/SMT semasa hari pendaftaran.
3. Sekiranya murid tidak berjaya mendapat tawaran, bagaimanakah cara membuat rayuan?
- Murid yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat di e – rayuan.
4. Bolehkah membuat rayuan secara walk-in?
- Tidak boleh. Tiada lagi rayuan secara walk-in.
5. Bilakah tarikh pendaftaran ke KV/SMT?
- Murid perlu mendaftar pada 13 Januari 2026 di KV/SMT yang ditawarkan. Tawaran adalah muktamad dan berkuatkuasa pada tarikh pendaftaran sahaja. Murid dianggap menolak tawaran jika tidak mendaftar pada tarikh pendaftaran. (*tertakluk kepada perubahan)
6. Adakah murid boleh bertukar KV/SMT yang lain selepas berjaya ditawarkan?
- Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad.
7. Adakah murid boleh bertukar program/kursus yang lain selepas berjaya ditawarkan?
- Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad.
8. Adakah murid yang didapati memberi maklumat salah/memalsukan maklumat, maka tawaran kemasukan akan terbatal serta merta?
- Ya. Murid yang memberi maklumat salah/ memalsukan maklumat akan diambil tindakan dengan menarik balik tawaran.
9. Adakah semua KV/SMT menyediakan kemudahan asrama?
- Ya, kecuali KV Sultan Abdul Samad dan KV Kuching.
10. Bagaimanakah cara membuat rayuan penempatan asrama sekiranya murid yang berjaya ditawarkan tetapi tidak mendapat penempatan asrama?
- Rayuan penempatan asrama hendaklah dibuat di KV/SMT yang memberi tawaran kepada murid tersebut bergantung kepada kekosongan asrama di KV/SMT.
11. Apakah program yang ditawarkan di KV?
- Rujuk pada Info di laman sesawang: LOKASI
12. Apakah kursus yang ditawarkan di SMT?
Rujuk pada Info di laman sesawang KURSUS
Sumber Soalan Lazim FAQ SMT & KV
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV) di :
- Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya - Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094
Selamat maju jaya kepada pemohon KV Kolej Vokasional 2026 Dan SMT Online. Diharapkan permohonan anda berjaya seterusnya anda mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang dihajati.
Ref : disediakan berdasarkan program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama di setiap institusi, merangkumi pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum pajsk pentaksiran psikometrik ppsi serta pentaksiran tingkatan tiga pt3, disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang kpm bagi mendapatkan info terkini, umum permohonan kv dan smt 2024 secara online, borang permohonan online tingkatan 3 tahun 2020, laman sesawang kpm, kemaskini aplikasi pangkalan data murid apdm, umum permohonan kemasukan ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik smt ambilan, menduduki pentaksiran berasaskan sekolah, disediakan berdasarkan program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama, untuk memohon mana mana program vokasional dan sekolah menengah teknik smt ambilan, senarai smt dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali, berikut merupakan program yang ditawarkan, artikulasi penulisan 10 secara bertulis, membuat permohonan kemasukan ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik smt ambilan
hadir terus atau penyakit penyakit yang mengehadkan membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali, pelajar tingkatan tiga 3 tahun 2023