Sekolah

Contoh Soalan UKSBP (Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh)

Panduan UKSBP Format dan Contoh Soalan Ujian

Disemak dan dikemaskini pada pukul

Buat pelajar dan ibu bapa yang ingin memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh SBP 2020 apakah itu  Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP). Menurut info yang dikongsikan dari Soalan Lazim (FAQ)UKSBP merupakan ujian saringan yang baru diperkenalkan kepada murid yang terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP. Berikut merupakan panduan dan contoh soalan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh

UKSBP diperkenalkan bermula ambilan tahun 2019 di mana murid yang berjaya dalam UKSBP ini akan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh. Oleh yang demikian, para pelajar yang ingin memohon hendaklah membuat semakan keputusan kelayakan untuk menduduki UKSBP. Bagaimana bentuk soalan UKSBP dan apakah persediaan yang perlu dilakukan? Memandangkan ujian ini dilakukan menggunakan komputer, justeru calon-calon perlu membiasakan diri menggunakan komputer untuk memudahkan menduduki UKSBP.

Panduan UKSBP Format dan Contoh Soalan Ujian

Berdasarkan rujukan yang telah dibuat, berikut adalah contoh soalan UKSBP serta informasi penting lain bagi permohonan SBP termasuklah tarikh penting permohonan, syarat permohonan ke SBP dan soalan lazim mengenai UKSBP

CONTOH SOALAN UKSBP

1. Apakah unit mengukur kekuatan gempa bumi?
2. Jika kamu makan malam bersama keluarga kamu, apa kamu akan buat?
3. Bilakah tahun penubuhan Malaysia?
4. Berapakah wilayah yang ada di Malaysia?
5. Siapakah pemain squash wanita no 1 dunia?
6. Apakah senjata kebesaran diraja?
7. Labu sayong berasal dari negeri mana?
8. Siapakah penjajah pertama Malaysia?
9. Genting Highland terletak di mana?
10. Ziyad atlet sukan apa?
11. Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda?
12. Le tour de Langkawi sukan apa?
13. Apakah suku kaum terbesar di Sabah?
14. Siapakah yang mencipta kapal terbang?
15. Kalau rumah kawan terbakar, nak buat apa?
16. Siapa nama pemain bola sepak Sepanyol?
17. Model Preve itu, Proton atau Perodua?
18. Kalau bising, ketua kelas dan murid perlu buat apa?
19. Antara berikut manakah kuih tradisional Sarawak?
20. Wau dari negeri apa?
21. Apakah perkara yang perlu dilakukan sebelum mengulangkaji?
22. Muzik dan lagu untuk negeri contoh Dondang Sayang.
23. Siapakah orang yang pertama mencipta lampu?
24. Jika kamu dibuli di asrama, apa perlu kamu buat?
25. Kalau tersepak bola dan terkena tingkap, apa perlu dibuat?
26. Pulau Pangkor terletak di mana?
27. Siapakah orang pertama yang mencipta kereta?
28. Kawan-kawan sekeliling tak suka dengar ceramah, apakah tindakan anda?
29. Siapakah nama bapa pembangunan Malaysia?
30. Apa nama tasik yang terkenal di Terengganu?
31. Apakah sinonim untuk perkataan amalan?
32. Siapakah yang mencipta bendera Malaysia?
33. Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di mana?
34. Apakah tarian terkenal di Johor?
35. Apa gelaran kepada jaguh pecut basikal Negara?
36. Adat pepatih dr negeri mana
37. Ladang apakah yang tidak diusahakan di Malaysia?
38. Jika kawan yg dikenali melalui Facebook ajak berjumpa, apakah tindakan anda?
39. Apakah yg perlu dilakukan apabila jumpa pengemis di jalanan?
40. Beryl jenama apa?
41. Kalau bendera jatuh, apa nak buat?
42. Anda rosakkan kalkulator kawan, apakah tindakan anda?
43. Kalau tak sesuai tinggal di asrama, nak buat apa?
44. Anda sudah siapkan 3 muka surat kerja Matematik, tiba-tiba adik umur 8 tahun koyak kan. Apakah tindakan anda?
45. Nama nama pengasas Facebook?
46. Sungai Gombak berhubung dengan sungai apa?
47. Siapakah orang yang mencipta telefon?
48. Kalau rindu ibu bapa apa perlu dibuat?
49. Apakah nama ibu negara Malaysia?
50. Apakah tasik buatan manusia?

Tempoh Dan Format Ujian

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan dijalankan dengan ketetapan berikut:

  • Tempoh masa : 90 minit
  • Format ujian : 50 Soalan Objektif (meliputi 5 domain)

Domain Ujian

soalan uksbp1

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan merangkumi 5 domain iaitu:

  1. Kecerdasan Emosi (EQ) : 10 Soalan
  2. Kecerdasan Intelek (IQ) : 10 Soalan
  3. Kecerdasan Rohani (SQ) : 10 Soalan
  4. Kecerdasan Insaniah (SSQ) : 10 Soalan
  5. Pengetahuan Am : 10 Soalan

*Nota: Soalan akan dijana secara rawak bagi setiap calon. Ini bermaksud setiap calon akan menjawab soalan yang disusun secara berbeza dengan calon lain.

Penskoran UKSBP

soalan uksbp 2

Berdasarkan panduan yang dikeluarkan KPM seperti gambar di atas, hanya 10 soalan di bawah kategori Pengetahuan Am yang mempunyai skor 1 markah sekiranya betul dan tiada markah sekiranya salah. Justeru calon perlu menjawab dengan betul bagi mengelakkan pengurangan markah.

Bagi soalan kategori EQ, SQ dan SSQ, penskoran markah akan dikira sebanyak 4 markah bagi jawapan yang paling tepat, 3 markah bagi tepat, 2 markah bagi kurang tepat serta 1 markah bagi paling kurang tepat. Oleh itu, dinasihatkan calon memilih pilihan jawapan yang paling positif berdasarkan nilai-nilai murni kehidupan.

Soalan Lazim Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2020

Berikut merupakan antara soalan-soalan lazim mengenai UKSBP :-

1. Apakah kesan UKSBP kepada peluang murid untuk ditawarkan ke SBP?

Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP.

2. Adakah murid yang tidak berjaya/ tidak menduduki UKSBP masih berpeluang untuk ditawarkan ke SBP?

Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

3. Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan kelayakan menduduki UKSBP?

Semua murid boleh menyemak keputusan kelayakan melalui laman sesawang Portal Kementerian Pendidikan Malaysia pada 4 Oktober 2019 bagi Tingkatan Satu (1) dan 11 Oktober 2019 bagi Tingkatan Empat (4).

4. Dimanakah dan bilakah UKSBP akan dijalankan?

Bagi Tingkatan Satu (1), UKSBP akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada 14 hingga 18 Oktober 2019. Bagi Tingkatan Empat (4) akan dijalankan secara serentak di 69 pusat yang ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada 21 hingga 24 Oktober 2019.

Tarikh Penting Permohonan SBP 2020 

1.Permohonan ke Tingkatan 1 SBP : 27 Ogos 2019 hingga 27 September 2019

2.Permohonan ke Tingkatan 4 SBP : 27 Ogos 2019 hingga 27 September 2019

Syarat Permohonan Ke SBP

Berikut merupakan syarat permohonan murid ke SBP :

Pemilihan Murid Tingkatan 1

  1. Murid hendaklah warganegara Malaysia
  2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  3. Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Murid perlu cemerlang akademik
  5. Murid yang aktif dalam kokurikulum.

Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4

  1. Murid hendaklah warganegara Malaysia
  2. Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  3. Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Cemerlang akademik (minimum Gred Markah A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
  5. Murid perlu lulus saringan/ temuduga (hanya di KISAS)
  6. Murid yang aktif dalam kokurikulum

Diharap dengan penerangan dan panduan mengenai Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) beserta contoh soalan ini dapat memberi manfaat buat pelajar-pelajar yang ingin memohon SBP 2020. Perhatian buat pemohon yang layak, sila hadir ke UKSBP pada tarikh dan lokasi yang ditetapkan bagi memastikan cita-cita anda untuk memasuki sekolah-sekolah terbaik di Malaysia tercapai.

Close