BPKP
Permohonan Program Asasi Kolej MARA 2022 Online

Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yang setaraf dengannya. Adakah anda berminat untuk menyambung pengajian anda ke peringkat asasi sebelum memasuki program ijazah di universiti dalam mahupun luar negara? Sekiranya ya, Kolej MARA telah membuka tawaran kepada program-program asasi untuk pelajar yang berkelayakan. Berikut dikongsikan maklumat permohonan Program Asasi Kolej MARA 2022 Online untuk panduan semua.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menubuhkan Kolej MARA bagi menjalankan program asasi untuk universiti tempatan dan juga luar negara. Oleh itu, jika pelajar mendapat keputusan asasi yang cemerlang, pelajar berpeluang untuk melanjutkan pelajaran pra siswazah di luar negara. Selain itu, pelajar berpotensi untuk menerima pembiayaan biasiswa daripada pihak MARA bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pra siswazah dan pasca siswazah.
Baca juga: Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara (Jom Masuk IPT )
Isi Kandungan
- Permohonan Program Asasi Kolej MARA (KM) 2022 Online
- Tarikh Permohonan Program Asasi Kolej MARA Ambilan Julai 2022
- Senarai Program Asasi Kolej MARA
- Syarat-Syarat Program Asasi Kolej MARA
- Cara Memohon
- Semakan Keputusan Permohonan Dan Rayuan Kolej MARA (Program Asasi)
- Maklumat Lanjut Program Asasi Kolej MARA
Permohonan Program Asasi Kolej MARA (KM) 2022 Online
Berikut adalah maklumat seperti tarikh permohonan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon Program Asasi Kolej MARA bagi ambilan tahun 2022.
Tarikh Permohonan Program Asasi Kolej MARA Ambilan Julai 2022
Perhatian kepada pelajar yang berminat untuk memohon, berikut adalah tarikh yang ditetapkan oleh pihak MARA bagi tempoh permohonan ke Program Asasi Kolej MARA:
PERMOHONAN DIBUKA & DITUTUP PADA | |||
Tarikh Buka | 22 Februari 2022 | ||
Tarikh Tutup | 30 Jun 2022 |
Senarai Program Asasi Kolej MARA
Untuk makluman pemohon, Program Asasi Kolej MARA yang ditawarkan adalah seperti di bawah:
PROGRAM PENGAJIAN | |||
Program yang ditawarkan | |||
1) Asasi Sains | |||
2) Asasi Kejuruteraan & Teknologi | |||
3) Asasi Perniagaan |
Syarat-Syarat Program Asasi Kolej MARA
Sebelum membuat permohonan, pelajar perlu menyemak dan memastikan syarat-syarat di bawah dipatuhi dengan tepat:
SYARAT-SYARAT AM | |||
1) Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia. | |||
2) Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama | |||
3) Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah | |||
4) Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah | |||
5) MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad | |||
SYARAT-SYARAT KHUSUS | |||
1) Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama pada tahun 2021 | |||
2) Memenuhi syarat kelayakan Program Asasi Kolej Mara seperti berikut: |
Cara Memohon
Setelah meneliti syarat-syarat dan program yang ditawarkan, pemohon hendaklah membuat permohonan secara online pada pautan berikut:
APLIKASI PERMOHONAN ONLINE | |||
Unit Pusat Institusi MARA |
Semakan Keputusan Permohonan Dan Rayuan Kolej MARA (Program Asasi)
Untuk melakukan semakan keputusan permohonan, pemohon boleh menyemak menggunakan aplikasi yang sama untuk membuat permohonan. Rayuan permohonan akan dibuka sepanjang tempoh semakan keputusan dibuka. Berikut adalah tarikh semakan keputusan permohonan dan tempoh rayuan:
SEMAKAN KEPUTUSAN DIBUKA & DITUTUP PADA | |||
Tarikh Buka | 1 Julai 2022 | ||
Tarikh Tutup | – |
Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dalam permohonan Program Asasi Kolej Mara. Bagi kemasukan tahun 2020, pendaftaran pelajar adalah pada 9 Jun 2020. Maklumat kemasukan bagi tahun 2022 akan dikemaskini
Maklumat Lanjut Program Asasi Kolej MARA
Kepada pemohon atau ibu bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-
- Soalan Lazim Program Asasi KM
- Laluan Pengajian Pelajar KM
- Unit Pengambilan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA - Telefon: 03-261 34074 / 34075 / 34076 / 34077 / 34081
- Emel: upim.bpt@mara.gov.my
- FACEBOOK: Hi-Edu MARA – Kolej Profesional MARA
- Whatsapp: +6011-58521184
- Aplikasi telefon pintar (melalui aplikasi “Google Play Store”): Kolej MARA
Diharapkan perkongsian berkenaan permohonan Program Asasi Kolej MARA 2022 Online dapat memberikan info yang berguna kepada anda. Semoga permohonan anda diterima dan selamat maju jaya.