BPKP

Semakan Keputusan IPG 2024 Online Calon Guru PISMP Lulusan SPM

Perhatian kepada calon-calon yang telah membuat permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ke Institut Pendidikan Guru (IPG) ambilan tahun 2024. Bilakah tarikh bagi membuat semakan keputusan tawaran kemasukan ke IPG? Berikut dikongsikan maklumat berkenaan Semakan IPG 2024 Keputusan Tawaran Kemasukan ke Program PISMP buat panduan untuk semua.

Sebagai makluman, pemohon perlu melalui beberapa peringkat ujian sebelum melayakkan diri untuk kemasukan ke IPG. Antaranya adalah Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) yang dibuat secara online dan rakaman video demonstrasi pengajaran untuk dihantar ke portal PISMP. Keputusan tawaran boleh disemak sekitar Jun ini di laman sesawang PISMP.

Semakan IPG 2024 Semak Tawaran Kemasukan Ke IPG (PISMP)

Di bawah adalah perkongsian berkaitan tarikh dan cara melakukan Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan PISMP melalui aplikasi UPUOnline untuk rujukan semua.

Tarikh Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan IPG

Berikut adalah tarikh rasmi seperti yang dinyatakan dalam kalendar aktiviti rasmi PISMP:

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PISMP  

Tarikh Buka24 Julai 2024
Tarikh Tutupakan dikemaskini

 TARIKH-TARIKH PENTING PISMP

Di bawah dikongsikan tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan kemasukan ke IPG:
AktivitiTarikh
1. Permohonan secara atas talian dibuka dan ditutup14 Mac hingga 15 April 2024
2. Pelaksanaa e-UKCG15 – 19 April 2024/ 22 – 26 April 2024
3. Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP3 – 9 Jun 2024
4. Permohonan baru ambilan kedua
5. e-UKCG ambilan kedua
6. Keputusan kelayakan eUKCG, Semakan calon layak temu duga serta Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)13 Jun 2024
7. Temuduga secara bersemuka dan Pelaksanaan Ujian Kecergasan Fizikal (VKF)1 – 5 Julai 2024

8 – 12 Julai 2024

8. Keputusan tawaran pengajian ke IPG24 Julai 2024
9. Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru (IPG)

Aplikasi Semakan Keputusan IPG

Untuk melakukan semakan keputusan tawaran PISMP dan kemasukan ke IPG, ia boleh dibuat melalui aplikasi PISMP seperti di bawah:

 Pautan Aplikasi Semakan Ke IPG

Portal PISMP

Nota: Bagi calon yang telah menduduki UKCG dan menghantar video pengajaran tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Pihak IPG dan KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon.

Pertanyaan Lanjut

Jika anda menghadapi masalah atau pertanyaan lanjut berkenaan semakan tawaran kemasukan ke IPG, sila hubungi:

  • (u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    ARAS 1 – 3, BLOK 2 500, JALAN USAHAWAN 1
    63000 CYBERJAYA, SELANGOR
  • No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/ 6760/ 6758/ 6769
  • emel : uppp.ipgm@gmail.com/ uppp@ipgm.edu.my

Diharapkan perkongsian berkaitan Semakan IPG 2024 Keputusan Tawaran Kemasukan PISMP dapat membantu pemohon-pemohon. Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya mendapatkan tempat dan menjadi calon guru di IPG.

Related : semakan panggilan temuduga, rasmi boleh didapati selepas, surat tawaran rasmi, ditetapkan oleh kementerian pendidikan, tawaran rasmi boleh didapati, calon perlu, peringkat tapisan, layak untuk, maktab perguruan, semakan ukcg, secara atas talian online, didapati selepas melapor, no kad pengenalan,