BPKP
Permohonan UPU Online 2022/2023 Kemasukan Ke UA Politeknik ILKA

Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan idaman bagi setiap pelajar dalam mencapai kemuncak perjalanan akademik masing-masing. Sebanyak 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik 103 Kolej Komuniti, dan 4 ILKA yang menawarkan peluang menyambung pengajian tinggi kepada semua warganegara Malaysia. Maka, berikut dikongsikan panduan dan maklumat berkaitan Permohonan UPU online 2022/2023 UA, Politeknik & ILKA
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan kemasukan Pelajar (BPKP) telah menyediakan satu sistem yang dikenali sebagai UPU untuk mengurus kemasukan pelajar ke IPT. BPKP bertanggungjawab menguruskan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Justeru, sebelum membuat permohonan, pelajar dinasihatkan untuk melihat senarai bidang pengajian yang ditawarkan dan memohon mengikut potensi, minat dan latar belakang masing-masing.
Baca juga Tarikh dan Lokasi Penganjuran Karnival Jom Masuk IPT
Isi Kandungan
- Permohonan UPU Online Sesi 2022/2023 Kemasukan Ke UA, Politeknik Dan ILKA/ Kolej Komuniti
- Panduan UPU Online 2022 /2023
- Tarikh Permohonan UPU Online sesi 2022/2023
- Pembukaan Semula Permohonan UPU
- Fasa Kemaskini & Permohonan Baru UPU Lepasan STPM/Setaraf
- Cara Memohon UPU 2022/2023
- Syarat Am Mohon UPU
- Semak Kelayakan Memohon UPU
- Maklumat Lanjut
Permohonan UPU Online Sesi 2022/2023 Kemasukan Ke UA, Politeknik Dan ILKA/ Kolej Komuniti
Di bawah adalah maklumat penting seperti tarikh, syarat dan cara permohonan termasuk pautan borang permohonan UPUonline bagi kemasukan sesi 2022/2023 bagi UA, Politeknik dan ILKA Kolej Komuniti.
Panduan UPU Online 2022 /2023
Bagi permohonan sesi akademik 2022/ 2023, pemohon tidak perlu membeli nombor pin unik ID UPU. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan pengecualian pembayaran proses permohonan UPU pada tahun ini. Pemohon boleh terus membuat permohonan secara atas talian.
Selepas membuat pendaftaran, pelajar yang ingin memohon kemasukan ke UPU perlu membeli nombor Pin Unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Berikut dikongsikan tarikh pembelian nombor Pin Unik ID UPU:
Untuk makluman, harga nombor Pin Unik ID UPU adalah RM15.00. Harga ini adalah sama untuk permohonan lepasan SPM, STPM dan setaraf dengannya.
Tarikh Permohonan UPU Online sesi 2022/2023
Tarikh berikut adalah tarikh rasmi yang diumumkan oleh BPKP untuk permohonan kemasukan ke UA, Politeknik dan ILKA.
TARIKH PENTING UPU 2022 | |||
Tarikh Buka | 4 Februari 2022, 12:00 tengahari | ||
Tarikh Tutup | 31 Mac 2022, 5:00 petang |
Pembukaan Semula Permohonan UPU
Berita baik kepada pelajar lepasan SPM 2021, UPUOnline akan dibuka semula untuk permohonan dan kemaskini. Calon yang tidak pernah memohon dan calon yang ingin mengemaskini boleh membuat pilihan program pengajian pada tarikh berikut:
TARIKH PENTING UPU 2022 | |||
Tarikh Buka | 1 Jun 2022 | ||
Tarikh Tutup | 28 Jun 2022 |
Kemaskini pilihan Program Pengajian berdasarkan keputusan sebenar : 5 hari selepas keputusan sebenar diumumkan.
Fasa Kemaskini & Permohonan Baru UPU Lepasan STPM/Setaraf
Berita baik kepada pelajar lepasan STPM/setaraf, permohonan baru akan dibuka bagi program pengajian yang tidak mempunyai temuduga atau ujian kelayakan. Anda boleh memohon di laman web UPU pada:
FASA KEMASKINI & PERMOHONAN BARU UPU (LEPASAN STPM/SETARAF) 2022 | |||
Tarikh Buka | 1 Jun 2022 | ||
Tarikh Tutup | 28 Jun 2022 |
Kemaskini dibuka kepada:
- Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM – kemaskini pilihan program pengajian kecuali program pengajian yang telah melaksanakan temuduga atau ujian.
- Lepasan Diploma/Setaraf – kemaskini keputusan akademik dan muat naik dokumen sahaja.
Kemaskini pilihan Program Pengajian berdasarkan keputusan sebenar : 22 hingga 26 Ogos
Cara Memohon UPU 2022/2023
Untuk makluman pemohon, terdapat dua kategori permohonan iaitu Kategori Lepasan SPM dan Kategori Lepasan STPM/Setaraf. Pemohon perlu peka dan membuat permohonan serta pembelian No. Pin UPU mengikut kategori permohonan seperti berikut:
Program Pengajian Asasi/Diploma/Sijil | |||
Kategori Lepasan SPM | |||
Semua pemohon yang berkelayakan SPM tahun 2021, 2020 dan 2019 berpeluang untuk membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) berdasarkan kelayakan serta minat pemohon bagi peringkat pengajian Asasi/Diploma/Sijil sesi akademik 2022/2023 |
Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda | |||
Kategori Lepasan STPM/Setaraf | |||
Semua pemohon yang berkelayakan STPM 2021, STAM 2021 dan 2020, Asasi / Pasum dan Diploma/Setaraf berpeluang untuk membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) berdasarkan kelayakan dan minat bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sesi akademik 2022/ 2023 |
Bedasarkan kategori di atas, anda boleh melakukan permohonan dengan melayari portal rasmi BPKP di pautan berikut:
PAUTAN BORANG | |||
Sistem UPUonline sesi 2022/2023 |
Sistem applikasi permohonan hanya akan diaktifkan pada tarikh permohonan dibuka. Untuk peringata, sila pastikan anda mencetak slip permohonan dan menyimpannya sebagai bukti yang permohonan online UPU telah dibuat. Berikut adalah carta alir permohonan melalui UPU sebagai panduan pemohon:
Syarat Am Mohon UPU
Berikut adalah syarat am yang perlu dipatuhi oleh pemohon untuk melayakkan diri dalam membuat permohonan melalui UPU mengikut kategori masing-masing:
Syarat Kemasukan Program Lepasan SPM | |||
a) Permohonan ke Universiti Awam dan Politeknik Premier | |||
i) Program Asasi | |||
1. Warganegara Malaysia | |||
2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus Sejarah mulai tahun 2013 | |||
ii) Program Diploma | |||
1. Warganegara Malaysia | |||
2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus Sejarah mulai tahun 2013 | |||
b) Permohonan ke Politeknik Konvensional, Kolej Komuniti dan ILKA | |||
i) Program Diploma | |||
1. Warganegara Malaysia | |||
2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus Sejarah mulai tahun 2013 | |||
ii) Program Sijil | |||
1. Warganegara Malaysia | |||
2. Boleh menulis, membaca dan mengira |
Syarat Permohonan Program Lepasan STPM/Setaraf | |||
SPM | |||
1. Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Atau | |||
SVM | |||
1. Kepujian Bahasa Melayu 1104 | |||
2. PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00 | |||
3. PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67 | |||
4. Kompeten semya modul vokasional | |||
5. Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013 – 2016 DAN | |||
STPM | |||
1. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am Atau | |||
Matrikulasi/Asasi | |||
1. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00. Atau | |||
STAM | |||
1. Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid Atau | |||
Diploma/Setaraf | |||
1. Mempunyai kelulusan Diploma UA/ Politeknik/ IPTS, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM) atau Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (syarat khas program mengikut jenis program yang ditawarkan di UA) | |||
2. Lulus peperiksaan STPM tahun 2021 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am | |||
3. Matrikulasi/Asasi tahun 2021 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 | |||
4. STAM tahun 2021 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid | |||
5. Lulusan Pra-U Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-Level/ International Baccalaureate Diploma/ Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA. Dan | |||
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2015 |
Jika pelajar mempunyai sebarang masalah, berikut dikongsikan manual pengguna bagi Siistem Pendaftaran UPU sesi 2022/2023.
Semak Kelayakan Memohon UPU
Pemohon yang ingin membuat permohonan melalui UPU online adalah disarankan untuk membuat semakan kelayakan UPU sebelum membuat permohonan. Maklumat yang dipaparkan termasuk senarai program pengajian yang ditawarkan, carian program serta syarat am/ khas program dan laluan kerjaya.
- Sila layari epanduan UPU
Maklumat Lanjut
Bagi memastikan pemohon mendapat maklumat terkini berkenaan UPU termasuk keputusan permohonan rayuan, anda boleh layari
- Portal Rasmi UPU BPKP (Laman Web)
- Facebook Rasmi UPU BPKA
- Soalan Lazim UPU (akan dikemaskini)
- Talian helpline UPU di 03-8870 8200 (Waktu Bekerja : jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
Semoga perkongsian panduan UPU online kemasukan ke Universiti Awam UA, Politeknik premier, politeknik konvensional metro, kolej komuniti, ILKA dan memberikan manfaat kepada semua khususnya pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM. Selamat maju jaya diucapkan dalam melakukan permohonan dan semoga berjaya.
Related search : panggilan temuduga temu duga jun 2020 kad pengenalan julai 2020, e panduan permohonan upu 2020, rayuan upu, tarikh penting permohonan hebahan keputusan, ua politeknik ilka, secara online borang permohonan sesi akademik 2021/2022, untuk mendapatkan maklumat permohonan upu 2021 tahun semasa hari hingga 31 mac, kemasukan pelajar jabatan pendidikan maklumat peribadi pelajar jabatan pendidikan tinggi, untuk kemasukan, keputusan peperiksaan, matrikulasi kpm, kemaskini upu,