Jadual

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2020 Murid Tahun 6

Anda sedang mencari bilakah tarikh peperiksaan UPSR 2020 akan diadakan? Bagi pelajar Darjah 6 yang masih belum mengetahui tarikh peperiksaan UPSR 2020,  berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2020 untuk panduan anda. Jadual Peperiksaan Rasmi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2020 akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Tarikh Peperiksaan UPSR 2020 ini mengandungi maklumat lengkap seperti tarikh, hari, masa, kod / nama kertas serta jenis kertas dan arahan buat calon.

  • Sila klik UPKK untuk tarikh peperiksaan UPKK

Baca Juga : Doa Penerang Hati dan Doa Menghadapi Peperiksaan

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2020 (Tarikh Peperiksaan)

Berikut merupakan maklumat terkini dan Jadual Peperiksaan UPSR 2020 yang akan diadakan selama 5 hari. Ujian Penilaian Sekolah Rendah adalah merupakan peperiksaan yang dikhususkan dan diambil oleh pelajar Tahun Enam pendidikan sekolah rendah.

NOTA : Berikutan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2020.

Tarikh Peperiksaan

  • Ujian bertulis UPSR 2020 telah dibatalkan

Jadual Waktu UPSR 2020

Berikut merupakan jadual penuh/ lengkap peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2020 yang memaparkan tarikh peperiksaan / masa, kod kertas dan tempoh masa peperiksaan dijalankan sebagai rujukan.

  • Jadual lengkap UPSR 2020 akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh Portal Lembaga Peperiksaan Malaysia.
    • Pautan Muat Turun Jadual Peperiksaan UPSR 2020 (Akan dikemaskini)
  • Sila klik SAPS untuk semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Online

Arahan AM Kepada Calon UPSR 2020

1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Bagi calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan subjektif akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Buat calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan UPSR 2020.

2. Para calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Peperiksaan menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.

3. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2020 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon

Amaran Di Dewan/ Bilik Peperiksaan

Calon tidak dibenarkan:

  1. melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan
  2. keluar dari dewan/ bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas Peperiksaan
  3. membawa keluar dari dewan/ bilik peperiksaan kertas peperiksaan sebelum peperiksaan tamat
  4. mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/ bilik peperiksaan semasa peperiksaan berlangsung
  5. memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata
  6. merokok di dalam dewan/ bilik peperiksaan

Semoga perkongsian ini dapat membantu adik-adik merancang waktu mengulangkaji pelajaran dengan bijak. Selamat Maju Jaya.