Sekolah

Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2024

Berikut merupakan panduan untuk membuat Permohonan Rayuan Tingkatan  6 Sesi 2023 /2024. Secara umum, pelajar seharusnya sedia maklum yang nama yang layak mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 untuk sesi 2023-2024 akan diumumkan pada sekitar bulan Julai 2023. Bagi tahun 2024 akan dikemaskini setelah diumumkan.

Bagi pelajar yang telah gagal mendapat tawaran ini. Anda seharusnya tidak perlu risau kerana anda boleh membuat rayuan dengan menggunakan borang permohonan rayuan Tingkatan 6 seperti yang ada dikongsikan di bawah ini.

Untuk membuat permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan 6. Anda perlu lakukan dengan mengikuti panduan serta langkah-langkah yang telah ditetapkan di dalam borang serta perlu dipohon dalam tempoh tarikh rayuan.

Cara Membuat Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan 6

Seperti yang telah dimaklumkan berkenaan kemasukan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6 tahun 2023. Kerana ianya adalah berbentuk secara tawaran daripada KPM. Diingatkan bahawa, pelajar tidak perlu membuat permohonan untuk ini kerana pelajar yang berkelayakan sahaja yang akan ditawarkan secara automatik.

Ini adalah syarat-syarat am untuk kemasukan ke Tingkatan 6 bagi sekolah bantuan kerajaan seperti berikut:

  1. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2022
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

Kepada pelajar yang ingin mengetahui samada mereka layak atau tidak untuk diterima masuk ke Tingkatan 6. Mereka boleh membuat demikian dengan membuat semakan secara online di laman sesawang untuk semakan T6 dijangka bermula pada bulan Julai 2023.

Tambahan pula, untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran untuk ini. Mereka boleh membuat permohonan rayuan. Berikut adalah merupakan tarikh rayuan tersebut:

Tarikh Rayuan : 3 Julai 2023 hingga 17 Julai 2023 (Tahun lepas pada 7 Julai 2022 hingga 24 Julai 2022)

Borang Dan Panduan Permohonan Rayuan Tingkatan 6

Harap maklum, terdapat tiga kategori borang rayuan Tingkatan 6 dan perlu download/memuat turun borang tersebut dan seterusnya dengan mengisi borang rayuan selengkapnya.

Tahun 2017 : Borang Rayuan Tingkatan 6 lampiran dalam bentuk PDF

Tahun 2018 : Rayuan Tingkatan 6 untuk Tahun 2018 – Borang T6BRU

Tahun 2019 : Borang Rayuan Tingkatan 6 untuk Tahun 2019

Tahun 2020 : Borang Rayuan Tingkatan 6 untuk Tahun 2020

Tahun 2021 : Aplikasi Rayuan Tingkatan 6 Tahun 2021

Tahun 2022 : Aplikasi Rayuan Tingkatan 6 Tahun 2022

Tahun 2023 : Aplikasi Rayuan Tingkatan 6 Tahun 2023

Senarai Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6

Berikut adalah jenis rayuan kemasukan Tingkatan 6 mengikut kategori calon pada tahun 2023 sebagai rujukan.

1. Borang T6BRU

Untuk Borang rayuan umum kepada Murid yang membuat rayuan memasuki Tingkatan 6 Tahun 2023 adalah dikenali sebagai Borang T6BRU.

Borang ini dikecualikan untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Ianya hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

1. Kad pengenalan/ pasport;
2. Sijil Berhenti Sekolah;
3. Keputusan peperiksaan SPM semasa;
4. Sijil kelahiran; dan
5. Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.

Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Pengetua sekolah asal. Tanggungjawab Pengetua sekolah adalah untuk mengemukakan semua borang rayuan murid kepada Bahagian yang berkenaan kecuali untuk Sekolah Menengah Harian/Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.

Berkenaan tarikh tutup permohonan ini, Tarikh tutup permohonan tahun ini pada 17 Julai 2023. Perlu diingatkan kepada permohonan yang lewat, permohonan tersebut tidak akan dipertimbangkan. Untuk permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut sahaja yang akan diberikan pertimbangan seperti:

1. Lulus dalam peperiksaan SPM dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;
2. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain;
3. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am;
4. Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua sekolah dan perakuan rekod disiplin yang baik;
5. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar;
6. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada semua calon mulai 24 Julai 2023;
7. Murid hendaklah melapor diri mulai 25 Julai 2023 dan selewat-lewatnya dalam tempoh 7 hari bekerja. Sekiranya calon tidak melapor diri dalam tempoh yang ditetapkan, calon dianggap sebagai menolak tawaran; dan
8. Diingatkan untuk permohonan yang tidak lengkap, bahawa permohonan mereka tidak akan dipertimbangkan.

2. Borang T6BKK

Borang rayuan untuk Murid Sekolah Bantuan Kerajaan yang hendak membuat rayuan memasuki Tingkatan 6 bagi Tahun 2023 adalah dikenali sebagai Borang T6BRU. Ianya berlandaskan kepada pencapaian kokurikulum untuk tahun 2022 kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK).

3. Borang T6BCP

Kepada Sekolah Swasta, Sekolah Menengah Agama Negeri dan Calon Persendirian yang ingin memohon untuk kemasukan Tingkatan 6 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan, mereka perlu menggunakan Borang T6BCP.

Borang T6BCP perlu disertakan bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
1. Kad pengenalan/ pasport;
2. Keputusan peperiksaan SPM;
3. Sijil kelahiran;
4. Sijil-sijil persekolahan menengah; dan
5. Sijil Berhenti Sekolah.

Borang ini hendaklah dikembalikan ke Bahagian kecuali Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah yang berkenaan/Sekolah Menengah Harian. Harap maklum, untuk sebarang pertimbangan yang hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut. Seperti:
1. Lulus dalam peperiksaan SPM dengan memperoleh pencapaian akademik yang
telah ditetapkan;
2. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam manamana
mata pelajaran lain; dan
3. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am.

Untuk menerima kelulusan bagi permohonan ini, ianya bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar dan rekod disiplin yang baik. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Bahagian yang berkenaan kecuali Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah/ Sekolah Menengah Harian yang disediakan kepada semua calon. Peringatan bahawa untuk Borang permohonan yang tidak lengkap. Ianya akan ditolak serta merta.

4. Borang T6BRTJ

Kepada Murid Sekolah Bantuan Kerajaan yang hendak membuat rayuan tukar jurusan Tingkatan 6. Mereka dikehendaki menggunakan Borang T6BRTJ. Harap maklum, Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
1. Inventori Minat Kerjaya
2. Keputusan Peperiksaan SPM dan
3. Dokumen yang berkaitan

Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah dengan mendapat perakuan Pengetua sekolah di mana murid berkenaan belajar.

Kelulusan permohonan ini bergantung kepada kekosongan tempat belajar. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri kepada semua calon melalui Sekolah Pusat Tingkatan 6 masing-masing.

Maklumat Selanjutnya

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan borang permohonan rayuan Tingkatan 6 2023 ini. Pelajar tersebut boleh menyemak sendiri di dalam laman sesawang seperti Soalan Lazim dan Panduan Rayuan untuk Kemasukan Tingkatan 6 seperti berikut:

Keputusan rayuan Tingkatan 6 tahun 2023 boleh disemak pada 24 Julai 2023. Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada yang berjaya mendapat tawaran untuk kemasukan ke Tingkatan 6 2023. Diharapkan kepada mereka yang gagal hendaklah jangan berputus asa

Anda dinasihatkan supaya membuat rayuan dengan menggunakan borang permohonan rayuan Tingkatan 6 2023 ini. Dengan harapan, semoga anda juga berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 seperti yang diinginkan.