Sekolah
Permohonan Tadika Islam MAIWP 2022 Online (Borang Pendaftaran)

Perhatian kepada ibu dan bapa yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan. Tahukah anda bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuka tawaran persekolahan kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun di Tadika Islam kelolaannya? Jika anda berminat, berikut dikongsikan Permohonan Tadika Islam MAIWP 2022 Online untuk panduan semua.
Tadika Islam ini melaksanakan program persekolahan berdasarkan Kurikulum Standard Persekolahan Kebangsaan (KSPK) yang memupuk kanak-kanak dalam bidang komunikasi, kerohanian, ketrampilan diri serta pengajian Al-Quran. Murid-murid akan mengikuti kelas Fardhu Ain, Bahasa Inggeris dan juga kelas muzik Islam sebagai aktiviti mingguan tambahan. Justeru, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak berumur 5 hingga 6 tahun, Tadika Islam MAIWP wajar dipertimbangkan sebagai salah satu prasekolah pilihan untuk anak-anak.
Isi Kandungan
Permohonan Kemasukan Ke Tadika Islam MAIWP 2022 Online
Di bawah adalah maklumat berkaitan Permohonan yang merangkumi tarikh permohonan, syarat-syarat, cara memohon, dokumen sokongan dan keputusan permohonan.
Tarikh Permohonan Tadika Islam MAIWP
Ibu, bapa atau penjaga yang berminat untuk membuat permohonan bagi sesi 2022, tarikh penting permohonan secara online adalah:
- Tarikh Buka : 16 Ogos 2021
- Tarikh Tutup : 30 Ogos 2021
Syarat-Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan oleh MAIWP untuk permohonan kemasukan tahun 2022:
- Murid adalah warganegara Malaysia
- Keutamaanakan diberikan kepada ibu dan bapa atau penjaga yang bekerja dan menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
- Murid Prasekolah 5 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari hingga 31 Disember 2017
- Murid Prasekolah 6 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari hingga 31 Disember 2016
- Murid sihat dan tidak mengalami penyakit kronik/ kritikal
- Permohonan hanya dibuka secara dalam talian (Online)
- Ibu, bapa atau penjaga diwajibkan mengisi borang permohonan kemasukan dengan lengkap secara online
Di bawah adalah syarat tambahan untuk Tadika Islam MAIWP, Presint 18, Putrajaya:
- Pendapatan isi rumah ibu/bapa/penjaga yang tidak melebihi RM8,000.00 akan diutamakan
- Lulus ujian penilaian kendiri yang akan dilaksanakan oleh MAIWP Cawangan Putrajaya (Tarikh ujian akan dimaklumkan)
Cara Mohon Kemasukan Ke Tadika Islam MAIWP
Untuk membuat permohonan, ikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Layari Laman Web Rasmi
- Isi borang permohonan secara online dengan maklumat yang betul dan lengkap
- Pastikan semua dokumen sokongan dimuat naik dengan jelas
Dokumen Sokongan
Berikut pula adalah senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa permohonan dibuat:
- Salinan sijil kelahiran murid dan MyKid
- Salinan Kad Pengenalan/ Passport Ibu, bapa atau penjaga
- Satu salinan Penyata Gaji/ Pencen Ibu, bapa atau penjaga yang terkini
- Surat akuan sumpah pendapatan terkini yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah sekiranya tiada slip gaji, bekerja sendiri atau tidak bekerja
- Satu salinan cukai pintu atau bil utiliti kediaman semasa
- Salinan rekod kesihatan – Rekod imunisasi murid
Semakan Keputusan Tadika Islam MAIWP
Tawaran permohonan akan dimaklumkan di laman web rasmi MAIWP mulai:
- 24 September 2021
Ibu, bapa atau penjaga diingatkan untuk membuat pengesahan terima tawaran selewat-lewatnya pada 1 Oktober 2021.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut Permohonan Tadika Islam MAIWP 2022 Online, sila hubungi:
- Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tingkat 8 Banguan PERKIM, No.150 Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 KUALA LUMPUR
Telefon :03 – 4047 9444 samb 518 / 536
Email : En. Mohd Nur Azam bin Abdul Jalil (azam@maiwp.gov.my), En. Yuskhairi bin Yahsan (yuskhairi@maiwp.gov.my), En. Suhaimi bin Ahmad Bintang (suhaimi@maiwp.gov.my), Pn. Nur Aqilah binti Abdul Malek (nuraqilah@maiwp.gov.my), Pn. Norreha binti Abu Said (norreha@maiwp.gov.my) - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Putrajaya)
Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No.3 Jalan Tun Razak, 62100 PUTRAJAYA
No. Tel : 03 – 8871 50000
Email : Pn. Azilawati binti Baharim (azilawati@maiwp.gov.my), Pn. Suzila binti Zanal Abidin (suzila@maiwp.gov.my) - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Labuan)
Blok 4, Tingkat 13, Kompleks Ujana Kewangan, peti Surat 80960, 87019 LABUAN
No. Tel : 087 – 418 5515 / 512
Email : Pn. Nur Atillah binti Jasnih (atillahjasnih@maiwp.gov.my), Pn. Azlynne binti Mohd Shairun (azlynne@maiwp.gov.my)