Jadual

Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2023 Exam Date

Jadual Peperiksaan STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia 2023. Perhatian buat calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan STAM 2023. Berikut merupakan Jadual Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM 2023 yang dijadualkan semula pada Januari 2024.

Untuk perhatian pelajar dan ibu bapa, mendapatkan result peperiksaan STAM yang cemerlang akan membolehkan pelajar untuk membuat permohonan kemasukan ke UA/ IPTA melalui permohonan UPU online.

Jadual Tarikh Peperiksaan  Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023

Berdasarkan pengumuman Lembaga Peperiksaan Malaysia, tarikh peperiksaan bertulis STAM bagi tahun 20223 telah dijadualkan semula pada tarikh yang akan dikemaskini

Jadual Peperiksaan STAM 2023

Berikut merupakan jadual waktu peperiksaan bertulis STAM 2023 yang boleh dijadikan panduan mengulang kaji buat calon-calon STAM. Maklumat-maklumat ini dikategorikan dalam bentuk tarikh, waktu, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan dijalankan.

  • Tarikh peperiksaan bertulis STAM 2023 : 2 hingga 11 Januari 2024
  • Kerja Kursus : 1 Mei hingga 31 Ogos 2023
  • Ujian Lisan : akan dikemaskini

SUMBER : LP

Nota Penting

Jadual penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3, SPM, SPMU dan PAV, boleh didownload atau dimuat turun di Takwim Peperiksaan Awam 2023.

Jadual Lengkap Peperiksaan Bertulis STAM 2023

  • Jadual waktu peperiksaan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk tahun 2023 adalah seperti berikut :-

jadual-stam-2023-peperiksaan-bertulis-1jadual-stam-2023-peperiksaan-bertulis-2

ARAHAN AM – Larangan dan Peringatan Buat Calon

1.1 Calon wajib menduduki semua Kertas Peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana Kertas Peperiksaan bertulis akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.

1.2 Calon yang tidak menduduki mana-mana Kertas Peperiksaan bertulis dikehendaki mengemukakan alasan yang kukuh beserta dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan bertulis STAM 2023.

1.3 Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Sekiranya terdapat kesilapan maklumat, calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran sebanyak RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN menggunakan Kiriman Wang/ Wang Pos atas nama Pengarah Peperiksaan.

1.4 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2023 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

Peringatan Penting

Calon-calon dibenarkan untuk menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram bagi kertas S102/11 Fiqh Kertas 1 dan S102/21 Fiqh Kertas 2. Calon adalah diingatkan untuk membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

  • Jadual lengkap beserta boleh di download atau dimuat turun di sini Jadual STAM 2023

Semoga berjaya buat calon-calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM 2023. Diharapkan dengan perkongsian Jadual Peperiksaan STAM 2023 ini dapat memudahkan calon-calon dalam proses ulangkaji mata pelajaran. Selamat maju jaya.