Nota

Download Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM (PDF)

Disemak dan dikemaskini pada pukul

Berita baik kepada pelajar Tingkatan 1 yang bersekolah di sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kini, anda boleh memuat turun salinan buku teks digital bagi tujuan rujukan, bahan bantu mengajar dan aktiviti pembelajaran yang lain dengan mudah. Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan dan pautan muat turun Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM (Digital) sebagai rujukan untuk semua.

Buku yang ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini mengandungi lapan bab yang bertemakan Sejarah Kita dan Dunia. Isi kandungannya terdiri daripada Pengenalan Ilmu Sejarah, Zaman Air Batu, Zaman Prasejarah serta Tamadun Dunia dan sumbangannya. Pembelajaran sejarah dilaksanakan secara kronologi supaya murid memahami proses perkembangan masyarakat dunia.

Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM (Muat Turun Dalam PDF)

Berikut dikongsikan sukatan bab dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1 dan pautan muat turun Buku Teks Tingkatan 1 KSSM (Sejarah) Digital dalam bentuk PDF khusus untuk pelajar dan guru. Buku teks digital dapat membantu guru dan juga pelajar bagi persediaan untuk menduduki peperiksaan serta persiapan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Sukatan Bab Sejarah Tingkatan 1

Di bawah adalah bab dan subtopik yang akan dipelajari oleh pelajar Tingkatan 1 dalam mata pelajaran Sejarah berdasarkan Buku Teks digital Sejarah:

Baca juga: Koleksi Buku Teks Digital Asas BTDA Tingkatan 1 Hingga 5

Bab 1 Mengenali Sejarah

  • Pengertian Sejarah
  • Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan
  • Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah
  • Sumber Sejarah
  • Penyelidikan dalam Sejarah
  • Tafsiran dalam Sejarah
  • Kepentingan Mempelajari Sejarah

Bab 2 Zaman Air Batu

  • Dunia Kita
  • Zaman Air Batu
  • Garis Masa Zaman Air Batu
  • Ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir
  • Perubahan Zaman Air Batu
  • Kesan Perubahan Zaman Zaman Air Batu di Asia Tenggara

Bab 3 Zaman Prasejarah

  • Maksud Zaman Prasejarah
  • Lokasi Zaman Prasejarah di Dunia
  • Ciri-ciri Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah
  • Kesinambungan Sumbangan Zaman Prasejarah kepada Kemajuan Kehidupan Manusia
  • Pengenalan Zaman Prasejarah di Malaysia

Bab 4 Mengenali Tamadun

  • Maksud Tamadun
  • Konsep Tamadun
  • Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia

Bab 5 Tamadun Awal Dunia

  • Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia
  • Perbandingan Sumbangan Tamadun Awal

Bab 6 Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom

  • Tamadun Yunani
  • Peningkatan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani
  • Tamadun Rom
  • Peningkatan Seni Bina dalam Tamadun Rom

Bab 7 Peningkatan Tamadun India dan China

  • Tamadun India
  • Tamadun China

Bab 8 Tamadun Islam dan Sumbangannya 

  • Latar Belakang Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam
  • Kemunculan dan Perkembangan Tamadun Islam
  • Ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin
  • Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia
  • Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Seni Bina

Muat Turun Buku Teks Digital Form 1 Sejarah

Anda boleh memuat turun buku teks digital bagi mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1 di pautan berikut:

Semoga perkongsian buku teks dalam bentuk digital di atas dapat memberi faedah kepada orang ramai sebagai sumber rujukan soalan peperiksaan. Selamat membuat ulangkaji pelajaran dan memahami mata pelajaran Sejarah dengan baik. Ia juga dapat membolehkan murid yang tidak mampu untuk membeli buku teks.

Related : bahasa inggeris pengenalan buku teks digital mencetak buku teks teknologi dan kandungan digital digital untuk penggunaan teknologi bidang pendidikan