Sekolah

Permohonan SBP 2026 Tingkatan 1 & 4 Online

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2026 Tingkatan 1 & 4. Perhatian buat semua pelajar darjah 6 sekolah rendah dan pelajar Tingkatan Tiga (3) tahun 2025. Berdasarkan info yang diperoleh dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Permohonan SBP Tingkatan 1 dan 4 ambilan 2026 akan dibuka bermula 1 Ogos 2025. Berikut dikongsikan panduan kepada anda untuk membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2026 Tingkatan 1  secara online (Sekolah Berasrama Penuh). Juga dikongsikan maklumat cara mohon SBP Tingkatan 4 2026.

Pastinya peluang-peluang ini di ambil kerana SBP dan MRSM merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia. Dengan sistem pembelajaran yang tidak hanya fokus kepada akademik malahan kokurikulum. Pastinya ia menjadi pilihan buat ramai pelajar untuk memasuki Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 kerana sistemnya yang terancang dan terkawal.

Tarikh Rasmi Permohonan SBP Tingkatan 1 & 4 Dan Cara Memohon

Berikut merupakan informasi penting mengenai Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 & 4 tahun 2026. Maklumat-maklumat ini dikategorikan mengikut tarikh penting, aplikasi permohonan dan syarat permohonan.

Menurut kenyataan KPM, satu kaedah pentaksiran berpusat akan dilaksanakan bagi kemasukan ke Sekolah Khusus KPM seperti SBP, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sekolah agama bantuan kerajaan, SMT, KV dan MTD. Semua pemohon diwajibkan menduduki pentaksiran yang dibuat secara dalam talian dan secara bertulis di pusat pentaksiran di sekolah agama kerajaan atau yang ditetapkan oleh KPM. Maklumat lanjut berkenaan pentaksiran atau ujian saringan yang dilaksanakan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tarikh Penting Permohonan SBP 2026

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh penting pengambilan pelajar ke SBP mengikut tingkatan sebagai rujukan.

Perkara

Tingkatan 1

Tingkatan 4

Permohonan dalam talian1 Ogos – 7 Sep 20251 Ogos – 7 Sep 2025
Semakan Pusat PKSK12 Sep – 17 Okt 202512 Sep – 3 Okt 2025
Pelaksanaan PKSK6 – 17 Okt 202522 September – 3 Okt 2025
Keputusan Tawaran26 Disember 202526 Disember 2025
Pendaftaran13 Januari 202613 Januari 2026
Rayuan26 Disember 2025 – 13 Januari 202626 Disember 2025 – 13 Januari 2026
Keputusan Rayuan6 – 10 Februari 20266 – 10 Februari 2026

Aplikasi Permohonan Tingkatan 1 & 4 SBP 2026 Online

  1. Layari Laman Permohonan Rasmi SBP
  2. Klik bahagian Borang Permohonan
  3. Log masuk mengggunakan nombor kad pengenalan pemohon dan nombor kad pengenalan penjaga utama
  4. Isi permohonan dan pastikan medan yang wajib diisi telah diisi
  5. Pastikan maklumat yang diisi tepat
  6. Cetak borang permohonan sebagai rujukan

Maklumat Penting

Tingkatan 1

Tingkatan 4

Syarat Kelayakan Memohon

Berikut adalah syarat umum dan khusus yang perlu dipenuhi oleh pemohon sebelum membuat permohonan mengikut tahap pemilihan bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 :-

A. Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 1

Calon yang layak memohon bagi sesi kemasukan Tingkatan 1 tahun 2026 ialah

  • murid yang lahir antara 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014

Manakala bagi Tingkatan 4 tahun 2026 pula ialah

  • murid yang lahir antara 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011

i) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (PERDANA/ AKADEMIK)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

ii) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (AGAMA)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

SYARAT KHUSUS

Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

iii) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum

SYARAT KHUSUS

  • i. Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
  • ii. Cemerlang dalam temu duga khas (ujian TMUA)

**Hanya calon yang disenarai pendek (berdasarkan pencapaian PKSK) akan dipanggil untuk temu duga khas (ujian TMUA).

B. Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 4

i) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

ii) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

SYARAT KHUSUS

Pencapaian cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Arab atau Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah.

iii) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM (MATA PELAJARAN KBT)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

SYARAT KHUSUS

  • i. Murid telah mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) – Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) dari Tingkatan 1 – 3.
    *Murid mengikuti mata pelajaran Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran.
  • ii. Cemerlang dalam temu duga khas (ujian TMUA).

**Hanya calon yang disenarai pendek (berdasarkan pencapaian PKSK) akan dipanggil untuk temu duga khas (ujian TMUA).

iv) PAKEJ SASTERA & KEMANUSIAAN – ELEKTIF BAHASA, PENGAJIAN ISLAM, KEMANUSIAAN & SASTERA IKHTISAS SERTA STEM

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

SYARAT KHUSUS

Pencapaian cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Arab atau Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah.

Soalan Lazim Permohonan SBP Tingkatan 1 Dan 4 2026

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Soalan Lazim SBP 2026 untuk Tingkatan 1 dan 4 buat rujukan pemohon.

1. Bilakah permohonan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2026 dibuka dan bagaimana cara membuat permohonan?

  • Permohonan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2026 dibuka pada 1 Ogos hingga 7 September 2025, melalui pautan berikut:
    • ➔ Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
    • ➔ Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/

2. Bolehkah saya menangguhkan pendaftaran?

  • Sebarang penangguhan pendaftaran perlulah mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah SBP yang ditawarkan.

3. Bolehkah murid memakai pakaian seragam sekolah menengah harian di SBP yang ditawarkan.

  • Boleh. Murid yang melapor diri ke SBP dibenarkan memakai pakaian seragam sekolah menengah harian semasa hari pendaftaran.

4. Bolehkah murid membawa dan menggunakan buku teks, buku tulis dan peralatan pembelajaran lain yang ke SBP yang ditawarkan.

  • Boleh. Murid boleh membawa dan menggunakan buku teks, buku tulis serta peralatan pembelajaran lain yang telah dimiliki ke SBP yang ditawarkan.

5. Benarkah seorang murid hanya ditawarkan satu tempat sahaja sama ada SBP atau mana-mana sekolah khusus atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)?

  • Benar. Seorang murid hanya ditawarkan satu tempat sahaja sama ada di SBP, sekolah khusus atau MRSM.

6. Sekiranya saya telah mendapat tawaran ke mana-mana sekolah khusus atau MRSM, bolehkah saya merayu ke sekolah lain?

  • TIDAK BOLEH. Berdasarkan sistem single entry point, murid hanya akan ditawarkan satu tempat sahaja di mana-mana sekolah khusus atau MRSM yang dipilih semasa permohonan.

7. Benarkah seorang murid yang ditawarkan ke SBP tetapi didapati memalsukan apa-apa sahaja maklumat termasuk laporan perubatan, maka tawaran kemasukan akan terbatal serta merta?

  • BENAR. Sekiranya didapati bahawa seorang murid yang ditawarkan ke SBP telah memalsukan sebarang maklumat termasuk laporan perubatan, tawaran kemasukan tersebut boleh dibatalkan serta-merta.

8. Adakah murid yang tidak memohon secara dalam talian pada tarikh yang ditetapkan masih berpeluang ke SBP?

  • TIDAK. Hanya permohonan yang dikemukakan secara dalam talian dalam tempoh yang ditetapkan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP.

9. Bolehkah murid menukar pakej mata pelajaran?

  • Sebarang pertukaran pakej mata pelajaran yang ditawarkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

10. Berapakah yuran yang perlu dibayar?

  • Mohon rujuk pihak sekolah yang ditempatkan untuk maklumat lanjut berkaitan yuran dan bayaran lain yang berkaitan.

Tarikh Semakan Keputusan SBP 2026 & eRayuan

11. Bilakah keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP dapat diketahui?

  • Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke SBP akan diketahui pada 26/12/2025 melalui pautan berikut:
    • ➔ Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
    • ➔ Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/

12. Bagaimanakah pemilihan murid dibuat?

  • Pemilihan murid dibuat mengikut dasar pengambilan dan kemasukan murid yang sedang berkuatkuasa dan diputuskan oleh ahli mesyuarat pemilihan murid.

13. Apa yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tempat di SBP?

  • i. Murid yang berjaya perlu mencetak Surat Tawaran dan Buku Tawaran yang disertakan.
  • ii. Buku Tawaran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak SBP semasa hari pendaftaran.
  • iii. Sekiranya maklumat dalam Buku Tawaran tidak lengkap atau tidak benar, pihak sekolah berhak untuk TIDAK mendaftarkan murid dan menolak pendaftaran tersebut.

14. Bilakah e-Rayuan dibuka?

  • e-Rayuan mula dibuka pada 26/12/2025 sehingga 13/01/2026.

15. Berapa banyak pilihan yang boleh dibuat semasa rayuan?

  • Semasa proses e-Rayuan, pemohon dibenarkan membuat tiga pilihan sekolah.

16. Bolehkah pemohon yang TIDAK BERJAYA mendapat tempat menukar pilihan SBP apabila membuat e-Rayuan?

  • BOLEH. Walau bagaimanapun, penawaran bagi e-rayuan bergantung kepada kekosongan tempat di SBP yang dipilih.

17. Adakah saya boleh merayu ke Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)?

  • TIDAK. Penawaran ke TMUA hanya untuk murid yang berjaya dalam temu duga.

18. Adakah pertukaran tawaran antara SBP dibenarkan?

  • Tawaran ini adalah MUKTAMAD. Sebarang permohonan untuk bertukar ke SBP lain tidak akan dipertimbangkan.

19. Bilakah tarikh pendaftaran ke SBP?

  • Murid perlu mendaftar pada 13/01/2026 di SBP yang ditawarkan.

20. Saya ingin merayu ke Sekolah Seri Puteri (SSP), tetapi SSP tiada dalam senarai sekolah untuk rayuan.

  • Mesyuarat Pengurusan BPSBP telah membuat keputusan agar sekolah-sekolah berikut dikeluarkan daripada senarai rayuan:
    • Sekolah Seri Puteri
    • Kolej Tunku Kurshiah
    • Sekolah Tun Fatimah
    • Sekolah Sultan Alam Shah
    • Kolej Melayu Kuala Kangsar
    • Sekolah Tuanku Abdul Rahman
    • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (TMUA)
    • Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (TMUA)
    • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar (TMUA)
    • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (TMUA)
  • Penawaran telah dibuat secara maksimum di sekolah-sekolah tersebut. Rekod tahun-tahun sebelum ini menunjukkan bahawa semua calon yang ditawarkan pada ambilan pertama akan melapor diri. Hal ini juga memberi ruang untuk perayu memilih sekolah yang lain bagi mengelakkan pemohon merayu pada sekolah yang telah penuh. Oleh itu, semua perayu diminta untuk membuat rayuan ke sekolah-sekolah lain bagi membolehkan BPSBP mengenal pasti pemohon yang masih berminat untuk ditawarkan ke SBP.
  • Sekiranya calon memenuhi kelayakan dan terdapat kekosongan di mana-mana sekolah yang disenaraikan di atas, pertimbangan penawaran tetap akan dibuat. Walau bagaimanapun, sekiranya calon tidak mengemukakan rayuan semasa proses e-Rayuan, BPSBP akan menganggap calon tidak lagi berminat untuk ditawarkan ke mana-mana SBP.

21. Bagaimanakah semakan keputusan e-rayuan ke SBP dibuat?

  • Keputusan RAYUAN pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke SBP akan diketahui pada 06/02/2026 melalui pautan berikut:
    • ➔ Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
    • ➔ Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan berkaitan permohonan SBP boleh melalui:

  • a. e-mel – permohonan.skhusus@moe.gov.my
  • b. Talian Rasmi – 0383217400 (Isnin hingga Jumaat, 8:00 pagi hingga 5:00 petang)

Sumber FAQ SBP

Semoga para pelajar yang berminat berjaya membuat Permohonan. Diharap agar para pelajar dan ibu bapa mengambil perhatian terhadap tarikh-tarikh penting ambilan SBP Tingkatan 1 & 4 2025. Semoga panduan sistem permohonan ini dapat membantu anda mencapai impian untuk memasuki antara sekolah-sekolah terbaik di Malaysia serta murid yang berjaya.

Rel : 2021 secara online, permohonan dibuka, kerajaan atau sekolah bantuan, sbp tingkatan 1 2021, tingkatan 3 murid tahun 6 sbp 2020 keputusan upsr, untuk mendapatkan, keputusan pt3, permohonan secara, tarikh penting permohonan sbp tingkatan 4 2024 online sekolah berasrama penuh sbp 2024 tingkatan 4, ujian kemasukan ke sekolah berasrama penuh sbp 2024 tingkatan 4, bahagian pengurusan sekolah berasrama penuh dan sekolah kecemerlangan bpsbpsk,