Tips
Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Sakit & Alasan Lain)
Perhatian kepada ibu, bapa dan penjaga yang mempunyai anak bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah. Adakah anda tahu bagaimana cara atau format yang digunakan untuk menulis surat kepada guru sekolah kerana anak jagaan anda tidak dapat hadir ke sekolah? Sekiranya tidak, berikut dikongsikan contoh surat tidak hadir ke sekolah atas pelbagai alasan seperti sakit (surat cuti), kerana demam dan pelbagai alasan lain yang munasabah untuk panduan semua.
Untuk makluman, contoh di bawah boleh digunakan untuk sebagai satu surat rasmi kepada pihak sekolah sekiranya pelajar atau anak anda tidak hadir ke sekolah tanpa sijil sakit ataupun atas alasan lain yang kukuh dan munasabah. Surat rasmi tidak hadir ini adalah mustahak bagi memastikan rekod berhenti sekolah pelajar dalam keadaan baik. Sekiranya tiada surat rasmi, pelajar akan dianggap ponteng dan ia akan direkod sebagai satu kesalahan disiplin dan boleh diberi surat tunjuk sebab.
Baca juga: SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan SK/ SMK
Isi Kandungan
Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana (Cuti Sakit & Alasan Yang Munasabah)
Contoh surat tidak hadir ke sekolah mesti ditulis kerana pelbagai alasan. Di antara alasan ketidakhadiran ke sekolah yang selalu diberikan oleh pelajar atau ibu bapa/ penjaga adalah seperti berikut :-
- Demam/ sakit
- Melawat orang sakit
- Kematian keluarga terdekat
- Masalah pengangkutan ke sekolah
- Hal berkaitan urusan keluarga – bercuti, menghadiri majlis perkahwinan
- Faktor persekitaran seperti banjir/ hujan lebat
Dibawah adalah empat contoh format surat yang boleh digunakan ibu, bapa atau penjaga sebagai surat rasmi permohonan ketidak hadiran pelajar atau anak-anak ke sekolah.
Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Bimbang Penularan COVID-19
Fatimah Binti Ali
No. 10, Jalan Daim 2/1, Kota Damansara,
47900, Damansara
Selangor.
_______________________________________________________________________________
Tuan Guru Besar 5 Oktober 2020
Sekolah Kebangsaan Seri Damansara,
Jalan Persiaran Damansara,
479000 Damansara,
Selangor.
(up: Guru Kelas 5 Musytari)
Tuan/Puan,
MEMOHON KEBENARAN MENGECUALIKAN KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH ATAS SEBAB BIMBANG PENULARAN COVID-19
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
2. Saya Fatimah Binti Ali nombor Kad Pengenalan 801001145555 adalah ibu kepada Syahirah Binti Musa yang merupakan pelajar Tahun 5 Musytari di Sekolah Kebangsaan Seri Damansara.
3. Dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak memberi kebenaran kepada anak saya untuk ke sekolah kerana bimbang dengan penularan wabak COVID-19 yang meningkat khususnya di kawasan Damansara.
4. Saya berharap pihak tuan/puan juga memahami bahawa kesihatan anak-anak adalah perkara yang lebih mustahak dan saya akan memastikan tugasan sekolah anak disiapkan pada tempoh yang diberikan.
5. Segala perhatian dan kerjasama dari pihak tuan/ puan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang Benar,
……………………………
(Fatimah Binti Ali)
No. Tel: ……………….
Contoh Surat Rasmi 1 – Cuti Sakit
Ali Bin Abu
No. 9, Jalan Belibis 2,
Taman Rinting, 81000 Johor Bahru,
Tuan,
Guru Tingkatan 5 Indah
SMK Taman Rinting,
Jalan Persiaran Rinting 1,
81000, Johor,
PERKARA: TIDAK HADIR KE SEKOLAH
Merujuk perkara di atas, saya adalah bapa kepada Ali Bin Abu. Untuk makluman pihak tuan, anak saya tidak
dapat hadir ke sekolah disebabkan sakit perut pada ……………… bersamaan hari Isnin.
2. Justeru itu, saya memohon maaf di atas ketidakhadiran pelajar berkenaan. Anak saya akan hadir ke sekolah seperti biasa apabila pulih daripada sakitnya nanti.
3. Sekiranya pihak tuan ada sebarang kemusykilan di atas ketidakhadiran anak saya, bolehlah pihak sekolah menghubungi saya di talian …………. untuk mendapatkan kepastian.
4. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan saya amat hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,
………………………..
(Ali Bin Abu)
0111111111/0122222222 (Abu Bin Bakar)
Contoh 2 – Masalah Keluarga
Nama Pelajar
Alamat
_________________________
_________________________ _________________________
Tarikh: _____/_______/__________
PENGETUA SMK SERI KAYANGAN
PER : SURAT RASMI TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN ANAK/ JAGAAN KE SEKOLAH
Adalah saya merujuk kepada perkara diatas.
2. Saya ________________________________________ ibu/bapa/penjaga kepada murid bernama _________________________________________________ dari kelas ____________________ ingin memberikan sebab anak/ jagaan saya tidak hadir ke sekolah pada tarikh ________________________.
3. Anak/jagaan saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh tersebut kerana: ——————-
Antara alasan yang munasabah :-
- Anak/ jagaan saya sakit/tidak sihat untuk hadir ke sekolah tanpa Sijil Cuti Sakit daripada doktor;
Anak/ jagaan saya menghadapi masalah pengangkutan ke sekolah;
Anak/ jagaan saya perlu menghadiri majlis _______________________________________ bersama keluarga;
4. Sehubungan dengan itu, saya memohon agar anak saya tidak dikategorikan sebagai melakukan kesalahan ponteng sekolah pada tarikh tersebut.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………………..
( )
Contoh 3 – Balik Kampung/ Kematian Saudara Terdekat
No. 11, Kampung Dalam, ______________________,
Melaka. _______________________,
Guru Kelas ______________,
Sekolah ______________________________,
______________
Jasin, Melaka.
26 Januari 2020
Tuan,
PER : Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya _________________________ bapa kepada ________________________ ingin menyatakan anak saya tidak dapat hadir ke sekolah selama ________ hari mulai ____________hingga __________ 2020.
3. Ketidakhadirannya adalah disebabkan balik kampung untuk menghadiri pengembumian datuk _________________________________________ _____________________________. Saya berjanji bahawa anak saya akan kembali semula ke sekolah pada _____________ 2020.
4. Adalah diharapkan pihak tuan dapat menyimpan segala nota dan lembaran kerja bagi pihak anak saya.
5. Pertimbangan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,terima kasih.
Yang Benar
………………………….
(____________________)
Contoh 4 – Hal Keluarga
Tingkat 2-2, Blok A,
Flat Seri Permai,
Nilai, Negeri Sembilan. _______________________________________________________________________________
Guru Kelas ………
SK Seri Permai,
Nilai, Negeri Sembilan.
21 MAC 2020
Tuan/Puan,
Ketidakhadiran ke sekolah
Berhubung dengan perkara seperti di atas saya selaku ibu kepada pelajar ……………… dari kelas 5 Bestari
2. Ingin memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa anak saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada …………………….
3. Hal ini disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan di mana beliau perlu mengikuti saya untuk melawat saudara yang sedang sakit di hospital .
4. Dengan itu,saya mengharapkan pihak sekolah dapat memberikan kerjasama dan perhatian sewajarnya kepada ketidakhadiran anak saya ke sekolah.Saya memohon maaf atas kelewatan menghantar surat oleh sebab kekurangan masa lapang.segala jasa baik pihak sekolah amat saya hargai.
Yang benar,
……….
…………………
Format Surat
Berikut adalah format surat rasmi yang lazimnya digunakan untuk urusan di sekolah:
Nota Peringatan
- Pastikan surat mengikut format surat rasmi seperti di atas
- Alasan hendaklah munasabah dan diterima oleh pihak sekolah
- Pastikan surat ditulis secara ringkas serta memberikan informasi yang tepat dan perlu sahaja.
- Lampirkan surat sokongan seperti surat MC, surat kematian dan sebagainya jika ada.
Semoga perkongsian contoh di atas dapat membantu anda terutamanya ibu bapa dan penjaga pelajar di sekolah.
Rel : sekolah surat, sekolah kerana sakit, sesi persekolahan, nama anak, kerana sakit perut, atas urusan kematian, sakit tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh, 3 anak jagaan saya tidak hadir ke sekolah sakit, surat cuti sakit, no 70 jalan,