Jadual

Jadual Waktu Peperiksaan PT3 2021 Ujian Bertulis Dan Lisan

Buat para pelajar Tingkatan 3 yang masih tertanya-tanya bilakah tarikh peperiksaan PT3 tahun 2021. Berikut dikongsikan tarikh dan jadual waktu peperiksaan PT3 2021 yang dipetik dari makluman Lembaga Peperiksaan (LPM), Kementerian Pendidikan Malaysia untuk panduan pelajar dalam melakukan persiapan peperiksaan.

Pada tahun ini, peperiksaan bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bermula pada 28 September hingga 6 Oktober 2020. Untuk melihat tarikh peperiksaan awam yang lain bagi tahun 2021, sila rujuk pada Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran 2021.

Jadual Peperiksaan PT3 2020 Pentaksiran Tingkatan 3

TERKINI : Melalui sidang media oleh Menteri Pendidikan pada 28 April 2021, Pentaksiran Tingkatan 3 bagi tahun 2021 dibatalkan. Maklumat terperinci berkenaan pelaksanaan PT3 tahun 2021 akan dikemaskini.

Berikut merupakan jadual peperiksaan PT3 2020 sebagai panduan dan rujukan pelajar Tingkatan 3 sekolah menengah untuk membantu anda merancang ulang kaji anda. Bagi tahun 2020 akan dikemaskini setelah diumumkan. Peperiksaan PT3 akan dilaksanakan melalui 3 jenis instrumen seperti berikut:-

  1. Ujian pelbagai instrumen (Kajian kes) : Kerja Kursus Sejarah dan Geografi
  2. Ujian lisan (bertutur dan mendengar) yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  3. Peperiksaan/ Ujian bertulis yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, Pendidikan Islam, Mathematics, Science dan Kemahiran Hidup Bersepadu

NOTA : Berikutan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat keputusan yang peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 tahun 2020 adalah DIBATALKAN.

Tarikh Dan Jadual Waktu Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 Tahun 2020

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi peperiksaan PT3 2020 yang meliputi Ujian Instrumen, Ujian Bertutur, Mendengar dan Ujian Tilawah Hafazan sebagai rujukan.

Ujian Instrumen Pelbagai

  • i) Sejarah : Akan dikemaskini
    ii) Geografi : Akan dikemaskini

Ujian Bertutur

  • i)  Bahasa Melayu : 17 hingga 28 Ogos 2020
    ii) Bahasa Arab (Al-Lughah Al Arabiah Al Mu’asirah) : 17 hingga 28 Ogos 2020
    iii)  Bahasa Inggeris : 2 hingga 13 September 2020

Ujian Mendengar

  • i)  Bahasa Melayu : 21 September 2020
    ii) Bahasa Inggeris : 22 September 2020
    iii) Bahasa Arab (Al-Lughah Al Arabiah Al Mu’asirah) : 23 September 2020

Ujian Komunikasi 

  • (Berisyarat / Bertutur)
    i)  Bahasa Melayu : 17 hingga 28 Ogos 2020
    ii) Bahasa Inggeris : 1 hingga 11 September 2020

  • (Melihat/Mendengar)
    i)  Bahasa Melayu : 21 September 2020
    ii) Bahasa Inggeris : 22 September 2020

Ujian Tilawah & Ujian Hafazan

  • Maharat Al-Quran & Hifz Al-Quran (KBT) : 7 hingga 18 September 2020

Ujian Bertulis

  •   28 September hingga 6 Oktober 2020 (28 & 29 September – Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)

PT3 2020 Exam Timetable (Jadual Lengkap/ Penuh Peperiksaan Bertulis)

  • Jadual waktu PT3 tahun 2020 yang rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia adalah seperti berikut:

1) Ujian pelbagai instrumen (Kajian kes) dan Ujian Lisan Bertutur

Pt3 jadual 1 2020 Jadual Waktu Peperiksaan PT3 2021 Ujian Bertulis Dan Lisan

2 ) Ujian Lisan Mendengar

Pt3 jadual 2 2020 Jadual Waktu Peperiksaan PT3 2021 Ujian Bertulis Dan Lisan

3) Peperiksaan/ Ujian Bertulis PT3

28 September 2020 (Isnin) & 29 September 2020 (Selasa)

Pt3 jadual 3 2020 Jadual Waktu Peperiksaan PT3 2021 Ujian Bertulis Dan Lisan

Maklumat Lanjut

Jadual lengkap beserta arahan penuh/ panduan peperiksaan PT3 2020, boleh di muat turun dalam PDF di pautan berikut :-

Diharapkan perkongsian Jadual Waktu Peperiksaan PT3 2020 ini dapat membantu para pelajar merancang sesi ulang kaji. Semoga usaha anda akan menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang kelak.

Related search : permohonan kemasukan calon peperiksaan menduduki semua instrumen pentaksiran menduduki mana mana instrumen