Sekolah

Senarai Aliran SBP Dan Mata Pelajaran Tingkatan 1 & 4

Tidak dapat disanggah lagi bahawa Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan antara sekolah yang terbaik di Malaysia. Oleh yang demikian, memasuki sekolah ini merupakan impian buat para pelajar. Buat mereka yang berminat untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP), pasti anda tertanya-tanya apakah Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran SBP Tingkatan 1 Dan 4 Tahun 2020 yang ditawarkan di sekolah ini?

Buat pengetahuan anda, terdapat satu alternatif lain selain SBP bagi pelajar lepasan UPSR dan PT3. Dengan penubuhan MRSM, lepasan UPSR dan PT3 tahun semasa juga mempunyai pilihan untuk menyambung pelajaran untuk kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Pelajar yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan kemasukan sekitar bulan Oktober dan November setiap tahun.

Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran SBP Yang Ditawarkan Untuk Tingkatan 1 Dan 4

Berikut merupakan Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran SBP yang ada ditawarkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi Tingkatan 1 Dan 4. Senarai ini dibahagikan kepada jenis aliran dan senarai mata pelajaran yang ditawarkan mengikut tingkatan.

Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran SBP 

Terdapat tiga aliran yang ditawarkan buat Tingkatan Satu SBP seperti Sains, Agama dan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Berikut merupakan mata pelajaran yang ditawarkan mengikut aliran :-

A. Tingkatan 1

1. SAINS

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik
  • Sains
  • Geografi
  • Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
  • Bahasa Antarabangsa: (*Pilihan: Bahasa Arab Komunikasi / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi / Bahasa Korea)

2. AGAMA

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • B. Arab
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Geografi
  • Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
  • Bahasa Antarabangsa: (*Pilihan: Bahasa Jepun/ Bahasa Perancis /Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi)

3. Ulul Albab (TMUA)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • B. Arab
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Geografi
  • Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
  • Hifz Al-Quran
  • Maharat Al-Quran
  • Bahasa Antarabangsa: (*Pilihan: Bahasa Jepun/ Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi)

Senarai aliran dan pilihan pakej mata pelajaran SBP Tingkatan 1 boleh dirujuk di :-

B. Tingkatan 4 (Empat)

Terdapat empat aliran yang ditawarkan buat Tingkatan Empat SBP seperti Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama Ikhtisas dan Tahfiz-Sains (TMUA). Berikut merupakan mata pelajaran yang ditawarkan mengikut aliran :-

1. SAINS TULEN

  • B. Melayu
  • B. Inggeris
  • Sejarah
  • Pend. Islam / Pend. Moral
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi dan/atau
  • Mata pelajaran elektif seperti B. Arab, Pend. Seni Visual dan Prinsip Perakaunan

2. SAINS TULEN AGAMA

  • B. Melayu
  • B. Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • B. Arab
  • Pend. AlQuran dan Sunnah
  • Pend. Syariah Islamiah
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi

3. AGAMA IKHTISAS

  • B. Melayu
  • B. Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • Sains
  • B. Arab
  • Pend. AlQuran dan Sunnah
  • Pend. Syariah Islamiah
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Matematik Tambahan

4. Tahfiz-Sains (TMUA)

  • B. Melayu
  • B. Inggeris
  • Sejarah
  • Pend. Islam
  • B. Arab
  • Matematik
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik Tambahan
  • Hifz AlQuran
  • Maharat AlQuran

Senarai pilihan aliran SBP Tingkatan 4 beserta lokasi SBP mulai tahun 2021 boleh dirujuk di SST4.

Diharap Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran SBP bagi Tingkatan 1 Dan 4 dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat bagi perjalanan seterusnya dalam sesi pembelajaran pelajar. Semoga permohonan anda untuk memasuki SBP diterima agar impian anda untuk menjalani pembelajaran yang tersusun dan terancang tercapai. Selamat berjaya buat para-para pemohon.