Sekolah

Permohonan Pendaftaran PraSekolah 2025 & Semakan ePrasekolah

Perhatian buat ibu bapa yang ingin membuat pendaftaran PraSekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tahun 2024, sistem pendaftaran ePraSekolah 2025 secara atas talian (online) dan borang manual dibuka pada tarikh yang dikongsikan di bawah.

Sejajar dengan perkembangan teknologi, KPM telah membangunkan aplikasi pendaftaran dalam talian/ online sebagai pilihan utama selain borang pendaftaran secara manual yang boleh didapati dari sekolah/ institusi yang ingin dipohon.

Login ePrasekolah Cara Buat Permohonan Kemasukan Murid Ke Pra Sekolah KPM

Berikut merupakan dua cara untuk membuat pendaftaran pra sekolah:-

  1. Secara dalam talian (secara online). Sebagai rujukan manual pengguna juga disediakan
  2. Permohonan secara manual iaitu melalui sekolah ingin dimohon

Tarikh Penting Untuk Permohonan PraSekolah 2025

Perlu diingatkan kepada ibu bapa, anda diberi satu tempoh tetap untuk pendaftaran murid mengikut cara yang telah anda lakukan:

  1. Tarikh permohonan untuk ibu bapa untuk mendaftar secara online adalah dari tarikh 1 Mac 2024 sehingga 30 April 2024
  2. Tempoh untuk ibu bapa membuat pendaftaran secara manual adalah dari tarikh 1 Mac 2024 hingga 31 Mei 2024

Syarat Kelayakan Permohonan PraSekolah 2025

Hanya 2 syarat-syarat ini perlu diberi perhatian buat ibu bapa penjaga yang dibenarkan sahaja untuk mendaftarkan anak anda ke pra sekolah pada tahun 2025 iaitu:

  1. Anak yang mempunyai taraf warganegara Malaysia sahaja
  2. Untuk kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja

Proses Untuk Pendaftaran Prasekolah 2025 Secara Atas Talian

Disediakan tatacara ringkas untuk melakukan permohonan seperti berikut:

  1. Ibu bapa/ penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar murid/ anak dengan melayari laman Web
  2. Lengkapkan pendaftaran sebagai pengguna terlebih dahulu dan pastikan maklumat adalah tepat
  3. Tekan Log Masuk (No. Mykad & kata laluan) selepas selesai membuat pendaftaran sebagai pengguna tadi
  4. Tekan butang Borang Permohonan Prasekolah (untuk kemasukan pada tahun 2024) bersama Mykid anak
  5. Lengkapkan segala maklumat anak yang ingin didaftarkan serta maklumat-maklumat yang berkaitan
  6. Lengkapkan serta pilih hanya satu sekolah yang ingin dipohon
  7. Ibu Bapa/Penjaga yang dibenarkan sahaja perlu membuat pengesahan permohonan selepas selesai mengisi maklumat semua
  8. Tekan Hantar Permohonan di atas talian supaya permohonan dapat diproses
  9. Anda perlu mencetak permohonan untuk melakukan proses yang seterusnya
  10. Perlu diingatkan juga, cetakan untuk borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu di hantar ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya pada
    • 31 Mei 2024
  11. Akhir sekali, anda boleh membuat semakan keputusan secara atas talian mulai tarikh yang akan dikemaskini dan tertakluk kepada pindaan

Proses Pendaftaran PraSekolah Secara Online

prasekolah online Permohonan Pendaftaran PraSekolah 2025 & Semakan ePrasekolah

Proses Untuk Memohon Secara Manual

Disediakan tatacara secara ringkas dalam melakukan permohonan seperti berikut:

  1. Ibu bapa dikehendaki untuk mengambil borang permohonan serta dapatkan maklumat terperinci di tempat sekolah ingin dimohon terlebih dahulu
  2. Anda perlu melengkapkan borang permohonan secara terperinci dan tepat
  3. Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  4. Perlu diingatkan juga, anda dikehendaki menghantar borang permohonan berserta dokumen berkaitan ke sekolah ingin dipohon tersebut selewat-lewatnya pada
    • 31 Mei 2024
  5. Akhir sekali, semakan keputusan permohonan anda boleh dilakukan melalui sekolah yang telah dimohon tersebut mulai tarikh yang akan dikemaskini serta tertakluk kepada pindaan

Proses Permohonan PraSekolah Secara Manual

prasekolah manual Permohonan Pendaftaran PraSekolah 2025 & Semakan ePrasekolah

Semakan Keputusan PraSekolah 2025 Online

Khusus untuk para ibu/bapa serta penjaga yang telahpun membuat pendaftaran anak anda bagi permohonan kemasukan murid ke PraSekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2025 secara online atau secara manual. Anda kini boleh mula membuat semakan keputusan permohonan tersebut. Sekali lagi diingatkan bahawa maklumat semakan berkenaan adalah di dalam manual permohonan e-Prasekolah dan Semakan Keputusan PraSekolah KPM 2025 boleh disemak secara dalam talian/online dan manual.

Untuk panduan kepada para ibu bapa serta penjaga dan juga pelajar, berikut diberitahu berkenaan maklumat yang berkaitan mengenai tarikh penting semakan keputusan dan rayuan permohonan PraSekolah KPM 2025. Diucapkan tahniah buat mereka terhadap permohonan anda telah berjaya diterima.

Mengikut manual permohonan pemohon e-Prasekolah yang telah dinyatakan sebelum ini, para ibu/bapa serta penjaga boleh mengetahui status permohonan ke PraSekolah KPM 2025 anak/murid anda melalui 2 kaedah mudah untuk membuat semakan seperti:

1. Maklumat Berkenaan Semakan Keputusan PraSekolah 2025 Online

Untuk menyemak keputusan ini, anda boleh melayari laman sesawang e-Prasekolah bermula pada 5 Ogos sehingga 20 Ogos 2024 seperti berikut:

Untuk makluman, tarikh yang dinyatakan berkenaan adalah tertakluk kepada sebarang pindaan.

2. Maklumat Berkenaan Semakan Secara Manual Melalui Sekolah Yang Telah Dimohon

Bagi keputusan tawaran ini, anda boleh membuat semakan melalui sekolah yang telah dimohon sebelum ini bermula pada 5 hingga 20 Ogos 2024.

Membuat Permohonan Rayuan Kemasukan Ke PraSekolah 2025

Perkongsian ini adalah untuk panduan kepada mereka yang ingin membuat permohonan rayuan PraSekolah 2025:

Kepada permohonan mereka yang tidak berjaya, ibu/bapa serta penjaga boleh mengemukakan rayuan tersebut melalui laman sesawang seperti berikut: https://eprasekolah.moe.gov.my

  1. Bagi permohonan online yang tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan melalui laman sesawang ePrasekolah dalam masa tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan dan pastikan id pengguna & katalaluan yang diguna untuk membuat rayuan adalah merupakan id pengguna & katalaluan yang sama semasa permohonan yang telah dibuat dahulu.
  2. Alternatif yang lain, anda juga boleh mengemukakan rayuan sama ada kepada sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri-negeri yang tiada PPD/ PPW
  3. Bagi permohonan yang dibuat secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau PPW/ PPD atau JPN
  4. Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai
    • akan dikemaskini(tertakluk kepada perubahan)
  5. Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dilakukan pada tempat rayuan yang telah dihantar. Anda juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya

Membuat Semakan Rayuan PraSekolah 2025

Segala perkara berkenaan keputusan rayuan Prasekolah 2025 anda. Ianya boleh disemak melalui laman sesawang seperti berikut: https://eprasekolah.moe.gov.my

Semakan ini dibuka bermula pada bulan September 2024 (tertakluk kepada sebarang pindaan). Sedia maklum juga kepada mereka yang membuat rayuan secara manual. Anda boleh membuat semakan PraSekolah di tempat permohonan rayuan yang dihantar sebelum ini. Untuk maklman, ibu/bapa serta penjaga juga akan diberitahu oleh pihak sekolah berkenaan mengenai permohonan bagi rayuan anda yang telahpun berjaya.

Helpdesk PraSekolah (Bantuan)

Sebarang bantuan atau pertanyaan boleh boleh dirujuk seperti:

  • Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
  • Pejabat Pendidikan Daerah/Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah) atau Boleh mengemukakan sebarang permasalahan anda melalui alamat e-mail: eprasekolah@moe.gov.my
  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Pengurusan Prasekolah)

Dengan ucapan tahniah kepada pelajar yang berjaya di dalam Semakan Keputusan PraSekolah 2025 Online. Untuk yang telah gagal terhadap permohonan anda, masih ada peluang lagi untuk anda membuat permohonan rayuan. Dengan penuh harapan, melalui perkongsian ini semoga mereka yang ada membuat rayuan dapat diterima untuk anak anda atau murid tersebut ke PraSekolah 2025.

Semoga perkongsian cara membuat permohonan/ Pendaftaran dan cara semakan keputusan Prasekolah ini boleh dijadikan panduan buat semua terutama ibu bapa yang pertama kali membuat permohonan secara online. Diharapkan semoga permohonan anda berjaya serta diluluskan.

Related : penjaga juga akan dimaklumkan, semak keputusan,