Sekolah

List Barang Keperluan Asrama SBP, MRSM dan KV

Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tempat ke sekolah berasrama. Antara sekolah popular yang mempunyai asrama di dalam sekolah ialah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Kolej Vokasional (KV). Selain itu, terdapat juga asrama berpusat bagi menempatkan pelajar-pelajar yang tinggal jauh daripada sekolah-sekolah menengah kebangsaan dan lain-lain. Pastinya anda tertanya-tanya apakah senarai barang keperluan yang perlu di bawa untuk memasuk asrama? Hal ini kerana umum sedia maklum bahawa asrama merupakan tempat tinggal bagi para pelajar yang tidak pulang ke rumah.

Justeru itu, sebelum mendaftar masuk ke asrama sama ada SBP, MRSM mahupun Kolej Vokasional, pelajar-pelajar perlu mengetahui senarai barang-barang keperluan bagi menjalani kehidupan seharian di asrama. Setiap asrama mempunyai peraturan masing-masing terhadap barang yang boleh dan dilarang tetapi perkongsian ini akan menyenaraikan barang yang umum dan wajar untuk dibawa ke asrama. Terdapat juga barang persekolahan yang perlu dibeli di koperasi sekolah bagi tujuan penyeragaman pelajar-pelajar dalam pakaian dan sebagainya.

Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa atau penjaga untuk memastikan anak-anak mereka yang bakal menginap di asrama mempunyai barang keperluan yang cukup dan selesa. Hal ini kerana majoriti asrama mempunyai peraturan curfew di mana pelajar hanya dibenarkan keluar mengikut waktu yang dibenarkan sahaja dan majoriti asrama terletak di kawasan luar bandar. Oleh itu, urusan membeli barang adalah sukar dan persiapan rapi perlu dilakukan bagi memdudahkan anak-anak anda menyesuaikan diri dalam kehidupan baru di asrama.

barang umum asrama List Barang Keperluan Asrama SBP, MRSM dan KV

Senarai Semak Barang Memasuki Asrama SBP, MRSM dan Kolej Vokasional

Berikut adalah senarai barang keperluan pelajar yang menginap di asrama sekolah terutamanya pelajar-pelajar SBP, MRSM, dan Kolej Vokasional. Senarai semak ini merangkumi pelbagai jenis barang seperti jenis pakaian, alatan harian dan alatan khusus bagi para pelajar lelaki dan perempuan.

Antara barang keperluan umum ialah:

  • baldi
  • gayung
  • tuala
  • selipar
  • selimut
  • kain buruk
  • surat khabar
  • tisu
  • penyangkut dan penyepit baju
  • berus basuh baju
  • sabun basuh baju
  • sabun mandi
  • ubat gigi
  • berus gigi
  • sudu
  • garfu
  • bekas makanan
  • cawan
  • jam loceng

Senarai Barang Keperluan Asrama Sekolah Berasarama Penuh (SBP)

Merujuk kepada buku tawaran kemasukan pelajar ke SBP, terdapat dua senarai utama barang keperluan murid yang akan memasuki SBP iaitu senarai keperluan murid lelaki dan senarai keperluan murid perempuan. Beberapa jenis barang seperti pakaian adalah berbeza mengikut sekolah dan anda boleh merujuk di kolum catatan.

barang asrama sbp 1 List Barang Keperluan Asrama SBP, MRSM dan KV

barang asrama sbp 2 List Barang Keperluan Asrama SBP, MRSM dan KV

barang asrama sbp 3 List Barang Keperluan Asrama SBP, MRSM dan KV

barang asrama sbp 4 List Barang Keperluan Asrama SBP, MRSM dan KV

List Barang Keperluan Asrama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Senarai barang keperluan rasmi bagi pelajar-pelajar asrama MRSM akan dikemaskini. Anda boleh merujuk senarai  umum yang dikongsikan di atas sebagai panduan sebelum mendaftar masuk ke MRSM.

Senarai Barang Keperluan Asrama Kolej Vokasional (KV)

Berikut merupakan senarai barang keperluan bagi pelajar-pelajar asrama KV :

BilanganBarangJantina (Lelaki/Perempuan)Jumlah
1Pakaian Seragam KolejL & P2 pasang
2Stoking hitam (tanpa tanda jenama)L & P2 pasang
3Kasut Sekolah Warna Hitam (kulit /PVC/ Kanvas) L & P2 pasang
4Tudung Kepala Warna PutihP2 helai
5Kasut Sukan Warna PutihL & P1 pasang
6Alatan tulis (pen, pensil dan sebagainya)L & PMengikut keperluan
7Selipar Getah, Tuala Mandi, Penyangkut BajuL & PMengikut keperluan
8Baju TidurL & P1 pasang
9  Garpu dan suduL & P1 pasang
10Surah Yasin (pelajar Islam)L & P1 buah
11 Alatan Permainan (seperti raket badminton, tenis ) L & PJika perlu
12SelimutL & P1 helai
13 Pakaian Melayu Lengkap Warna putih (Pelajar Islam) – Tanpa sampinL1 pasang
14 Kain Pelekat/ Sarung (Pelajar Islam) L & P2 helai
15Songkok Hitam (pelajar Islam)L1 buah
16Keperluan Mencuci Pakaian (Sabun, berus)L & PMengikut keperluan
17Tudung Kepala Lain-Lain WarnaP2 helai
18 Telekung (pelajar Islam)P1 pasang
19BantalL & P1 biji
20Track Bottom (Biru tua / hitam)L & P 2 helai
21Kemeja T berkolar warna putih (Lelaki: Lengan Pendek, Perempuan Lengan panjang)L & P2 helai

Semoga perkongsian di atas sedikit sebanyak membantu pelajar terutamanya dan ibu bapa dalam membuat persediaan sebelum mendaftar masuk ke asrama.