Nota

Novel Silir Daksina : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran

Makluman kepada pelajar Tingkatan 5 yang berada di negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Adakah anda mencari nota bagi komponen sastera untuk rujukan? Jika ya, di bawah dikongsikan nota berkaitan Novel Silir Daksina : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran. Novel ini merupakan rujukan komponen sastera Bahasa Melayu Tingkatan 5 bagi tahun 2016-2021.

Novel komsas Form 5 ini telah dihasilkan oleh Nizar Parman yang merupakan anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Beliau telah menamatkan pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah dan merupakan seorang guru di SK Seri Lalang, Kluang. Novel ini merupakan hasil penulisan sulung beliau dan telah memenangi tempat kedua sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 bagi kategori novel remaja.

Baca juga: Bagaimanakah Perintah Kawalan Pergerakan Penting Untuk Rakyat Malaysia

Sinopsis Dan Tema Novel Silir Daksina (Komsas Tingkatan 5 SPM)

Berikut dikongsikan nota-nota penting berkaitan Novel Silir Daksina yang merangkumi  sinopsis, tema, persoalan, nilai & pengajaran serta lain-lain untuk panduan semua.

1) Sinopsis

Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah Kayan berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya. Kampung tersebut merupakan kampung kelahiran Haiqal tetapi telah menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu telah menarik minat Haiqal untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang oleh uminya.

Masyarakat Kampung Seri Purnama menerima kehadiran Haiqal dengan baik. Dia kemudiannya mula membongkarkan kehidupan sebanar ayahnya melalui orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Haiqal mendapati watak-watak yang dilukis oleh ayahnya didalam manuskrip tersebut seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.

Abdullah Kayan merupakan penggiat aktiviti kebudayaan di kampung tersebut. Beliau juga adalah guru yang aktif menulis sehingga mewujudkan aksara di kampungnya. Disebabkan kecintaannya terhadap bidang tersebut, beliau telah meninggalkan keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Kini, perjuangan itu diwariskan kepada Haiqal. Adakah haiqal mampu melaksanakan hasrat ayahnya kerana manuskrip lama itu menyimpan banyak rahsia yang perlu dihuraikan?

2) Tema

Tema yang dibawa dalam novel ini adalah tema kekeluargaan. Haiqal yang mengalami konflik keluarga berpunca daripada penceraian ibu dan bapanya sehingga menyebabkan dia dipisahkan oleh ibunya daripada ayah kandung, Abdullah Kayan.

3) Persoalan 

a. Persoalan kegigihan seorang remaja dalam merungkaikan misteri kehidupan sebenar ayah kandungnya.

Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa

b. Persoalan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya

Abdullah Kayan yang merupakan bapa kepada Haiqal terlalu sayang akan anaknya yang dipisahkan oleh isterinya sehingga menghasilkan manuskrip tentang perasaan rindu kepada anaknya

c. Persoalan usaha untuk mengangkat keseninan tarian zapin

Penduduk Kampung Seri Purnama dan Abdullah Kayan telah berusaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin di kampung tersebut.

d. Persoalan hubungan baik antara dua bangsa yang berlainan budaya

Hubungan antara Tauke Lim dan Amirulnizam serta penduduk kampung begitu baik walaupun mereka berlainan bangsa

e. Persoalan sikap kerjasama oleh penduduk

Penduduk Kampung Seri Purnama sentiasa bekerjasama dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dijalankan di kampung tersebut seperti Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim di situ.

4) Watak & Perwatakan

Watak Utama:

a. Haiqal Hakimi/ Aiman

  • Anak kepada Umi dan Abdullah Kayan
  • Seorang remaja yang berbakat dalam bidang seni sastera (memenangi pertandingan mendeklamasikan puisi dan menulis sajak serta puisi)
  • Seorang anak yang penyayang (menyayangi umi, walid, ayah kadungnya dan adik tiri)
  • Seorang yang baik hati (Haiqal memujuk Ratna yang menangis kerana kurang cemerlang dalam keputusan SPM)
  • Sorang yang taat pada perintah agama (Haiqal menunaikan solat Subuh apabila tiba di stesen bas Batu Pahat sebelum tiba di kampung ayahnya

Watak Sampingan:

b. See Hwa/ Ai Ling

  • Anak kepada Tauke Ling
  • Seorang yang fasih berbahasa Melayu
  • Seorang yang pandai mendeklamasikan puisi (pernah memenangi pertandingan mendeklamasikan sajak semasa di sekolah rendah)
  • Seorang yang suka memasak (gemar memasak makanan yang pedas)

c. Abdullah Bin kayan/ Amirulnizam

  • Ayah kandung Haiqal
  • Seorang yang cintakan sastera (sanggup berpisah daripada isterinya berbanding bidang sastera)
  • Seorang yang penyayang (merindui dan menyayangi Haiqal)
  • Seorang penari zapin (penari zapin di Kampung Seri Purnama)

d. Tauke Ong/ Tauke Lim

  • Seorang yang sangat rajin (melakukan dua kerja iaitu pada waktu pagi menoreh getah, manakala waktu petang menjual pisang dan pinang di pekan)
  • Seorang yang murh hati (suka membelanja kawan-kawan di warung)
  • Seorang yang jujur dan amanah (menguruskan harta peninggalan ayah Haiqal dengan baik)

e. Ratna

  • Seorang yang minat dalam perniagaan (mengambil alih pengurusan gerai makan daripada ibunya.
  • Seorang yang suka mengusik (mengusik Haiqal yang leka berkhayal)
  • Seorang pendengar yang setia (sudi mendengar masalah yang dihadapi oleh Haiqal)

f. Umi

  • Ibu kepada Haiqal. Bercerai dengan ayah kandung Haiqal sejak Haiqal kecil dan berkahwin dengan walid
  • Seorang usahawan berjaya (umi mempunyai kedai batik di Pasar Payang)
  • Seorang yang penyayang (menyayangi Haiqal sehingga tidak membenarkan ayah kandung Haiqal menjaga Haiqal)
  • Seorang yang ego (tidak suka dan hargai bakat seni bekas suaminya)

5) Plot

Binaan Plot

Pengenalan

  • Haiqal mempunyai konflik jiwa untuk mengenali ayah kandungnya, Abdullah Kayan.
  • Konflik timbul setelah dia menerima manuskrip yang merupakan tulisan ayah kandungnya daripada See Hwa
  • Haiqal telah diberitahu bahawa walid bukan ayah kandungnya sebelum memasuki sekolah tadika
  • Haiqal tidak dapat menziarahi arwah ayahnya kerana dia sedang menghadapi peperiksaan UPSR

Perkembangan

  • Kisah Abdullah bin Kayan diceritakan dalam manuskrip Cikgu Amirulnizam/ Zikgu Zam di kampung halamannya, Kampung Seri Purnama.
  • Amirulnizam bertugas sebagai cikgu di sekolah rendah dan aktif dalam aktiviti sastera dan budaya
  • Cikgu Zam menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama yang telah terkubur dan Balai Raya menjadi merisah dengan pelbagai aktiviti zapin dan sastera yang lain.
  • Cikgu Zam juga mempunyai bakat dalam bidang penulisan novel, cerpen dan puisi
  • Tauke Lim, Pak Cik Bakar, Haji Salleh dan orang-orang kampung yang lain menyokong Cikgu Zam
  • Cikgu Zam bercadang untuk menubuhkan Aksara di kampung tersebut tetapi kehidupannya dirasakan kosong kerana anaknya tiada di sisi.
  • Oleh sebab itu, dia menumpahkan kasih dan sayangnya terhadap anaknya kepada Ai Ling
  • Cikgu Zam telah menghidap penyakit dan dirahsiakannya
  • Sebelum akhir hayatnya, Cikgu Zam telah menulis sebuah amsnuskrip dan diserahkan kepada Ai Ling untuk diserahkan kepada anaknya.
  • Setelah dia meninggal dunia, manuskrip tersebut dihantar oleh Ai Ling kepada Haiqal yang berada di Kuala Terengganu

Perumitan

  • Haiqal berasa rindu kepada ayahnya dan ingin menjejaki kehidupan ayahnya di Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat.
  • Haiqal tahu bahawa uminya tidakakan membenarkan hasratnya
  • Haiqal telah menceritakan konflik yang sedang dihadapinya kepada Ratna di kedai makan milik Ratna.

Puncak

  • Haiqal berbincang dengan umi dan walidnya tentang hasratnya selepas selesai menunaikan solat maghrib
  • Umi Haiqal tidak membenarkannya ke kampung arawah ayahnya.
  • Umi mengugut Haiqal untuk tidak memberikan wang kepadanya jika dia ingin meneruskan hasratnya.
  • Walid memahami perasaan haiqal dan merestukan serta menampung perbelanjaan Haiqal untuk ke Batu Pahat

Peleraian

  • Haiqal tiba di Kampung Seri Purnama dan menjejaki bekas kenalan arwah bapanya
  • Haiqal juga mencadangkan menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama
  • Justeru segala latihan dan persiapan dilakukan. Haiqal telah memberitahu umi dan walidnya tentang perancangannya
  • Lazim yang sepatutnya berpasangan dengan Haiqal telah ditimpa kemalangan jalan raya dan Haji Salim mencadangkan See Hwa menggantikan tempat Lazim
  • Persembahan Haiqal dan See Hwa mendapat sambutan Yang Berhormat datuk Syaiful Azizi dan penduduk kampung
  • Haiqal ternampak umi, walid dan adik tirinya menyaksikan persembahannya dan berasa amat gembira

Teknik Plot

  • Pemerian – penulis menceritakan Tauke Lim yang sudah tinggal di kampung tersebut
  • Imbas kembali – ingatan Haiqal terhadap peristiwa dimana dia hampir terlanggar seornag budak kecil
  • Saspens – peristiwa dimana Haiqal diberitahu oleh uminya bahawa walid bukan ayah kandungnya
  • Kejutan – Haiqal terkejut apabila umi, walid dan adir tirinya datang pada malam persembahan tarian zapin walaupun uminya melarang haiqal untuk menyertainya.
  • Monolog – Cikgu Zam menrindui anaknya, Haiqal

6) Latar

Latar Tempat

  • Kuala Terengganu – Rumah Umi dan Walid
  • Kampung Seri Purnama – Rumah ayah kandung Haiqal
  • Balai Raya Kampung Seri Purnama – Tempat simpanan album, novel, bahan sastera yang menunjukkan kegiatan ayah Haiqal dalam bidang sastera dan budaya
  • Gerai Makan milik ratna – Haiqal dan ratna berbual-bual di gerai makan tersebut sambil menikmati makanan yang disediakan
  • Rumah Tauke Ong – Haiqal ke rumah Tauke Ong untuk memujuk See Hwa supaya berpasangan dengannya untuk menari Zapin.
  • Pusara Abdullah Bin Kayan – Haiqal telah membacakan yasin dan berdoa agar ayahnya ditempatkan di sisi orang yang baik-baik
  • Stesen Bas Batu Pahat – Haiqal tiba di stesen bas Batu Pahat dari Terengganu untuk ke kampung ayah kandungnya.

Latar Masa

  • Pagi – Tauke Lim dan isteri menoreh getah
  • Petang – Peristiwa di mana Haiqal teringat akan peristiwa dia hampir terlanggar seorang budak kecil
  • Malam – Cik Zam berbual-bual semasa tamat latihan zapin
  • Usia enam bulan – umi memberitahu Haiqal bahawa walid bukan ayah kandungnya
  • Lapan belas tahun – Tauke Lim menetap di kampung Seri Purnama

Latar Masyarakat

  • Masyarakat peniaga – Tauke Lim yang berniaga pisang dan pinang di pekan
  • Masyarakat yang cinta akan sastera dan seni budaya bangsa – Pak Cik bakar, Haji Salim dan Cikgu Zam melibatkan diri dalam seni tarian zapin bagi memperkasa seni warisan Melayu.
  • Masyarakat yang berpendidikan – See Hwa belajar di kolej manakala Haiqal belajar di tingkatan enam
  • Masyarakat yang berbilang kaum – Kampung Seri Purnama mempunyai penduduk yang tersiri daripada Pak Cik Bakar, Wak Min, Haji Salim, Tauke Lim dan See Hwa
  • Masyarakat yang penyayang – Cikgu Zam amat menyayangi dan merindui anaknya Haiqal yang tinggal jauh setelah bercerai dengan isterinya. Cikgu Zam meluahkan perasaan sayang pada anaknya dalam manuskrip

7) Gaya Bahasa

  • Diksi: Badai yang telah melanda jiwaku
  • Bahasa asing: Inggeris (persepsi, teori) Arab (Ustazah, Alhamdulillah) Indonesia (Sore, Omong kosong)
  • Peribahasa: Alah bisa tegal biasa
  • Simpulan bahasa: mereka berdua berdiri di gigi pantai
  • Simile: hatinya bagai ditarik-tarik
  • Personafikasi: Pantai Batu buruk pastinya tersenyum
  • Sinkope: Cikgu tak menari malam ini? Tanya Tauke Lim

8) Nilai 

Nilai Setiakawan

Haiqal dan Ratna berkawan rapat

Nilai Tanggungjawab

Tauke Ong tidak mahu membeli kereta baharu kerana ingin menggunakan wang tersebut untuk membesarkan anak-anaknya

Nilai Kasih Sayang

Haiqal amat sayang akan ayahnya

Nilai Budi Bahasa

Ai Ling dan Ratna melayan Haiqal dengan baik semasa baru berkenalan

9) Pengajaran

1. Kita seharusnya mempunyai sifat cinta akan seni dan budaya bangsa – Abdullah Kayan yang memulihara tarian zapin

2. Kita hendaklah menghargai persahabatan – Haiqal dan Ratna yang saling menghargai antara satu sama lain

3. Kita hendaklah tabah melaksanakan sesuatu kerja – Abdullah tabah dan berusaha untuk menghidupkan kembali tarian zapin

Related : mahu haiqal anaknya aiman, tarian zapin jincat hasratnya untuk ai ling bertanya