Nota

Nota Sains Tingkatan 4 KSSM (Bab 1 Hingga Bab 8)

Perhatian kepada pelajar Tingkatan 4 yang bersekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Adakah anda mengambil mata pelajaran Sains dalam pakej mata pelajaran sepanjang pembelajaran Tingkatan 4? Jika ya, perkongsian di bawah diharapkan dapat membantu semua pelajar. Sebagai panduan pelajar, berikut adalah Nota Ringkas Sains Tingkatan 4 iaitu dalam (Bahasa Melayu).

Mata pelajaran Sains Tingkatan 4 menekankan kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi (KBAR & KBAT), kemahiran saintifik, kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan serta menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian supaya setiap pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut diperlukan pada abad ke-21. Selain itu, pendekatan pengajaran dan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga didedahkan melalui aktiviti dan projek supaya pelajar berminat untuk menceburi bidang sains dan teknologi.

Nota Sains Tingkatan 4 (Dalam Bahasa Melayu)

Di bawah adalah sukatan bab dan koleksi Nota Ringkas Sains Tingkatan 4 (dalam Bahasa Melayu). Anda boleh merujuk maklumat berikut untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat persiapan sebelum menghadapi peperiksaan dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 4.

Baca juga: Koleksi Buku Teks Digital Asas BTDA Tingkatan 1 Hingga 5

Sukatan Bab Sains Tingkatan 4

Berikut adalah sukatan setiap bab dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 4 sebagai panduan semua:

Bab 1: Penyiasatan Saintifik

  • Menganalisa kaedah penyiasatan saintifik
  • Menyedari kepentingan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni semasa menjalankan kaedah penyiasatan saintifik

Bab 2: Koordinasi Badan

  • Memahami koordinasi badan
  • Memahami sistem saraf manusia
  • Menganalisa koordinasi saraf
  • Memahami peranan proprioreseptor dalam mengekalkan keseimbangan dan koordinasi
  • Memahami otak manusia dan kerencamannya
  • Memahami koordinasi kimia dalam badan
  • Menganalisa koordinasi antara sistem saraf dengan sistem endokrin
  • Menilai kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan dan kesihatan.
  • Menganalisa kesan pengambilan alkohol berlebihan terhadap koordinasi badan dan kesihatan
  • Menyedari kepentingan minda yang sihat dan baik

Bab 3: Keturunan Dan Variasi

  • Memahami proses pembahagian sel.
  • Memahami prinsip dan mekanisme pewarisan
  • Memahami penentuan seks anak dan kejadian kembar pada manusia.
  • Memahami mutasi
  • Menilai kesan penyelidikan genetik terhadap kehidupan manusia
  • Menganalisa variasi dalam hidupan
  • Menyedari kepentingan mematuhi etika dalam penyelidikan genetik

Bab 4: Jirim Dan Bahan

  • Menganalisa perubahan keadaan jirim
  • Memahami struktur atom
  • Mengaplikasi idea tentang nombor proton dan nombor nukleon dalam unsur
  • Memahami pengelasan unsur dalam Jadual Berkala
  • Memahami sifat bahan berdasarkan zarah yang terdapat di dalamnya
  • Memahami sifat-sifat dan kegunaan bahan logam dan bukan logam
  • Menganalisa kaedah penulenan bahan
  • Menghargai kepelbagaian sifat dan keadaan bahan memberi manfaat kepada
    manusia

Bab 5: Tenaga dan Perubahan Kimia

  • Memahami perubahan fizik dan kimia
  • Menganalisa perubahan haba dalam tindak balas kimia
  • Mensintesiskan siri kereaktifan logam
  • Mengaplikasikan siri kereaktifan Logam
  • Memahami elektrolisis
  • Memahami penghasilan tenaga elektrik daripada tindak balas kimia
  • Menghargai sumbangan inovatif Kebijaksanaan manusia memanfaatkan tindak balas kimia sebagai sumber tenaga

Bab 6: Tenaga Nuklear

  • Memahami bahan radioaktif
  • Menyedari keperluan mengendalikan bahan radioaktif dengan cara yang betul

Bab 7: Cahaya, Warna Dan Penglihatan

  • Mensintesiskan pembentukan imej oleh cermin satah dan kanta.
  • Mensintesiskan pembentukan imej oleh alatan optik
  • Menganalisa penyebaran cahaya
  • Menganalisia penyerakan cahaya
  • Menganalisa penambahan dan penolakan cahaya berwarna
  • Mengaplikasikan prinsip penolakan cahaya berwarna untuk menerangkan kehadiran objek berwarna.
  • Menganalisa kesan pencampuran pigmen
  • Menilai kepentingan warna dalam kehidupan harian
  • Menghargai penciptaan pelbagai alatan optik dalam memberi manfaat kepada manusia

Bab 8: Bahan Kimia Dalam Perindustrian

  • Memahami sifat sifat aloi dan kegunaannya dalam industri
  • Menganalisa penghasilan dan penggunaan ammonia dalam industri
  • Menganalisa kesan pembuangan bahan sisa industri terhadap alam sekitar
  • Menyedari kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari pencemaran sisa buangan industri untuk kepentingan manusia sejagat

Nota Ringkas Setiap Bab Sains Tingkatan 4

Berikut adalah pautan kepada koleksi nota-nota ringkas Sains Tingkatan 4 untuk rujukan semua:

Bagi ringkasan nota untuk semua bab dalam mata pelajaran sains Tingkatan 4, anda boleh membuka pautan di bawah:

Diharapkan perkongsian mengenai Nota Ringkas Sains Tingkatan 4 (Bahasa Melayu) dapat membantu pelajar khususnya pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains semasa Tingkatan 4.

Related : muat turun, padat sains tingkatan 4 kssm, untuk mendapatkan,