Sekolah

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Seluruh Malaysia

Bermula tahun 2010, sebanyak 20 buah sekolah telah diumumkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort pertama oleh Menteri Pelajaran pada 25 Januari 2010. Sehingga kini, terdapat 127 buah sekolah yang telah diiktiraf sebagai SBT di seluruh Malaysia dengan sebanyak lima kohort, iaitu kumpulan kajian yang mempunyai satu atau lebih ciri-ciri yang sama. Hanya sekolah yang berada di bawah jagaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang boleh diiktiraf sebagai SBT. Jenis sekolah seperti sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah teknik dan sekolah berasrama penuh (SBP) adalah antara sekolah yang layak untuk diangkat sebagai SBT.

Terdapat beberapa perbezaan antara sekolah biasa dan SBT. Salah satunya adalah sekolah yang menerima pengiktirafan SBT diberi peruntukan khas, insentif dan latihan untuk pemimpin, guru dan Anggota Staf Sokongan (AKS). Pihak pengurusan sekolah juga diberi autonomi dalam aspek pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia berdasarkan prestasi dan pemilihan murid.

sekolah berprestasi tinggi terkini Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Seluruh Malaysia

Maksud Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Dan Kelebihannya

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) adalah satu inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengiktiraf sekolah-sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.

Sekolah-sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama dalam negara.

Terdapat tiga rasionalisasi menghargai dan memberi pengiktirafan SBT kepada sekolah. Rasionalisasi yang pertama adalah untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik dimana usaha meningkatkan kualiti pencapaian sekolah melalui peningkatan tahap autonomi untuk membolehkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pendidikan seperti pengurusan organisasi, pengurusan instruksional, pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia.

Rasionalisasi kedua adalah menghasilkan murid cemerlang dimana menghasilkan murid cemerlang yang berkaliber antarabangsa supaya dapat melanjutkan pelajaran di institut pendidikan terbaik di dunia dan seterusnya menjadi personaliti unggul dalam semua bidang yang diceburi.

Rasionalisasi ketiga pula merapatkan jurang antara sekolah-sekolah dalam sistem dimana menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi melalui penandaarasan, bimbingan dan jaringan dengan SBT.

Senarai SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi) Terkini Seluruh Malaysia

Berikut adalah senarai penuh Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) mengikut peringkat sekolah iaitu sekolah rendah dan menengah yang merangkumi nama sekolah, kohort dan negeri:

*Nota – MRSM tidak berada di dalam senarai ini kerana ianya di bawah kelolaan MARA

Sekolah Rendah
BilanganKohortNama sekolahNegeri
11Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara Kuala Lumpur
21Sekolah Kebangsaan Zainab 2Kelantan
31Sekolah Kebangsaan Bandar Uda (2)Johor
41Sekolah Kebangsaan Bukit DamansaraKuala Lumpur
51Sekolah Kebangsaan Convent, TaipingPerak
61Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1Kuala Lumpur
72Sekolah Kebangsaan Convent, MuarJohor
82Sekolah Kebangsaan Seri BiramPahang
92Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad TajuddinKedah
102Sekolah Kebangsaan SetiawangsaKuala Lumpur
112Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Kuantan Pahang
122Sekolah Kebangsaan Ulu LubaiSarawak
132Sekolah Kebangsaan Sultan IsmailTerengganu
142Sekolah Kebangsaan Jalan 3Selangor
152Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah AlamSelangor
162 Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tung Hua SibuSarawak
172Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Perempuan China 2-DPulau Pinang
182Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lick HungSelangor
192Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa HKedah
203Sekolah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim Johor
213Sekolah Kebangsaan Infant Jesus ConventJohor
223Sekolah Kebangsaan Ibrahim Kedah
223Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1Terengganu
233Sekolah Kebangsaan Tengku MahmudTerengganu
243Sekolah Kebangsaan Assunta Convent (M)Pahang
253Sekolah Kebangsaan Minden Height Pulau Pinang
263Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kwang Hwa, Bayan LepasPulau Pinang
273Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2 Johor
283Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan Terengganu
293Sekolah Kebangsaan Bertam IndahPulau Pinang
303Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma Kedah
313Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (2) Melaka
323Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar 2 Johor
333Sekolah Kebangsaan Seri GayaSabah
343Sekolah Kebangsaan (P) Methodist (2), MelakaMelaka
353Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani Johor
363Sekolah Rendah Kebangsaan Seri InderaPerlis
373Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ave Maria ConventPerak
383Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok BinMelaka
393Sekolah Jenis Kebangsaan (C) UnionPulau Pinang
404Sekolah Kebangsaan Tengku MariamJohor
414Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (1)Melaka
424Sekolah Kebangsaan Convent, Tanah RataPahang
434Sekolah Kebangsaan Sultan Idris IIPerak
444Sekolah Kebangsaan Marian Convent Perak
454Sekolah Kebangsaan Convent, Green LanePulau Pinang
464Sekolah Kebangsaan Taman MegahSelangor
474Sekolah Kebangsaan Bukit JelutongSelangor
484Sekolah Kebangsaan Sri PetalingSelangor
494Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1) Putrajaya
504Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Rem Johor
514Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Han ChiangPulau Pinang
524Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kuen Cheng 2Kuala Lumpur
535Sekolah Kebangsaan Air MerahKedah
545Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf BaharuKelantan
555Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3Kelantan
565Sekolah Kebangsaan St ThomasPahang
575Sekolah Kebangsaan Lingga BaruSabah
585Sekolah Kebangsaan Saujana ImpianSelangor
595Sekolah Kebangsaan Kampong Raja, TerengganuTerengganu
605Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2)Putrajaya
615Sekolah Jenis Kebangsaan (T) RingletPahang
Sekolah Menengah
BilanganKohortNama sekolahNegeri
11Kolej Melayu Kuala Kangsar Perak
21Sekolah Seri PuteriSelangor
31Sekolah Sultan Alam ShahPutrajaya
41Kolej Tunku KurshiahNegeri Sembilan
51Sekolah Kebangsaan Convent, TaipingPerak
61Kolej Islam Sultan Alam ShahSelangor
71Sekolah Dato’ Abdul Razak Negeri Sembilan
81Sekolah Tun FatimahJohor
91Sekolah Menengah Sultan Abdul HalimKedah
101Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed PutraPerlis
111Sekolah Menengah Sains Muzaffar SyahMelaka
121Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. GeorgePulau Pinang
131Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri AmanSelangor
141Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah AsmaKedah
151Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin BakiKuala Lumpur
161 Sekolah Menengah King Edward VII Perak
172Sekolah Menengah Imtiaz, TerengganuTerengganu
182Sekolah Menengah Sains Alam ShahKuala Lumpur
192Sekolah Tuanku Abdul RahmanPerak
202Sekolah Berasrama Penuh Integrasi GombakKuala Lumpur
212Sekolah Menengah Sains MiriSarawak
222Sekolah Menengah Sains Seri PuteriKuala Lumpur
222Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang PasuKedah
232Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris PetraKelantan
242Sekolah Menengah Sains SelangorKuala Lumpur
252Sekolah Menengah Sains Muar Johor
262Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul RazakPahang
272Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub Pahang
282Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir Negeri Sembilan
292Sekolah Menengah Sains SabahSabah
302Sekolah Menengah Sains Kuching Sarawak
312Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu Negeri Sembilan
322Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor Selangor
332Sekolah Menengah Sains TapahPerak
342Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah BidongTerengganu
352Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil Banat Kelantan
363Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad JiwaKedah
373Sekolah Menengah Sains Tuanku JaafarNegeri Sembilan
383Sekolah Menengah Sains Kota TinggiJohor
393Sekolah Menengah Sains JohorJohor
403Sekolah Menengah Sains Sultan MahmudTerengganu
413Sekolah Menengah Sains Kepala BatasPulau Pinang
423Sekolah Sekolah Menengah Sains Pokok SenaKedah
433Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad ShahPahang
443Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor Selangor
453Sekolah Menengah Sains LabuanLabuan
463Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu RakitTerengganu
473Sekolah Berasrama Penuh Integrasi SelandarMelaka
483Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan Pahang
493Kolej Sains Pendidikan Islam Terengganu
503Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail Johor
513Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus ConventJohor
524Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, PekanPahang
534Sekolah Menengah Sains Kubang PasuKedah
544Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf BaharuKelantan
554Sekolah Menengah Sains MachangKelantan
564Sekolah Berasrama Penuh Integrasi JempolNegeri Sembilan
574Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan ShahPerak
584Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng Perak
594Sekolah Menengah Agama Persekutuan KajangSelangor
604Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa BaratJohor
614Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah Melaka
624Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-IrshadPulau Pinang
635Sekolah Menengah Sains Rembau Negeri Sembilan
645Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh ShahabudinPulau Pinang
655Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib  Pahang
665Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit JambulPulau Pinang