Nota

Download Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 KSSM (Digital)

Sebagai pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anda perlu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Sejarah. Hal ini kerana, ia merupakan salah satu syarat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Matrikulasi. Oleh itu, berikut dikongsikan Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 KSSM (Digital) untuk memudahkan pelajar mengulangkaji dan rujukan sebelum menduduki peperiksaan.

Subjek Sejarah Tingkatan 5 mengandungi 10 Bab berdasarkan tema Malaysia dan masa hadapan.  Tajuk pertama adalah Pengukuhan Kedaulatan Negara, tajuk kedua Pembentukan Malaysia, tajuk ketiga pula Kemakmuran Negara dan tajuk keempat adalah Malaysia di Persada Dunia. Kandungan ini dapat membantu murid untuk menghayati sejarah secara empati, membentuk jiwa yang patriotik dan pemikiran anak bangsa yang kritis.

Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 KSSM (Download Secara Digital)

Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan untuk rujukan semua. Anda boleh merujuk sukatan bab yang ditulis dalam buku teks tersebut serta muat turun salinan digital pada pautan yang disediakan,

Sukatan Bab Sejarah Tingkatan 5 KSSM

Berikut adalah bab beserta pecahan bahagian isinya untuk rujukan:

Bab 1 : Kedaulatan Negara

  • Konsep kedaulatan
  • Ditakrifkan sebagai kekuasan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara
  • negara – kemerdekaan negara mulai 1957
  • pembentukan Malaysia pada 1963 mengukuhkan / memantapkan negara
  • takrifan
    • bahasa yunani – supernuus atau superanus – agung/ tertinggi . merujuk kepada negara yang bebas dan merdeka
    • bahasa inggeris – sovereignty / negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan
    • bahasa arab – daulah/ kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan
    • bahasa Melayu – daulat / kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara
  • o pandangan tokoh
    • Aristotle – kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. Merujuk kepada kerajaan yang terikat oleh undang-undang
    • Ibnu Khaldun – kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya
    • Jean Bodin – kuasa tertinggi dalam sesebuah negara, mempunyai sifat kekal dan mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya
    • Tunku Abdul Rahman – kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat
    • Tun Dr Mohamed Salleh Abas – kedaulatan merupakan asas negara yang merdeka , memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa bersama dengan hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negara tanpa telunjuk asing
  • o Jenis kedaulatan
    • Kedaulatan tradisional- pemerintahan berkuasa mutlak / mempunyai kuasa sepenuhnya untuk semua urusan negara. negara kedaulatan raja-raja Melayu. Ianya diperkukuh melalui konsep taat setia kepada raja
    • Kedaulatan moden· Muncul seiring dengan revolusi yang tersetus di negara England dan Perancis· Dikaitkan dengan kuasa rakyat ( menentang raja ) dan kerajaan yang mempunyai perlembagaan

      · Juga dikaitkan dengan konsep negara bangsa ( gabungan pelbagai negeri/ menjadi negara)

      Kedaulatan undang-undang

      · Merujuk kepada kerajaan dan rakyat terikat dengan perlembagaan dan undang-undang yang ada

      Kedaulatan antarabangsa

      · Merujuk pada pengiktirafan oleh PBB terhadap sesebuah negara/ tidak boleh dicabuli/ dicerobohi oleh negara lain

      · Prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa ( semua negara yang merdeka adalah bebas dan berdaulat )

  • Ciri negara yang berdaulat
  • Kepentingan mewujudkan negara berdaulat
  • Langkah mempertahankan kedaulatan

Bab 2 : Perlembagaan Persekutuan

  • Latar belakang sejarah, Perlembagaan Persekutuan
  • Sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan
  • Ciri utama Perlembagaan Persekutuan
  • Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965

Bab 3 : Raja berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

  • Latar belakang pemerintahan beraja dan Demokrasi Berparlimen
  • Sejarah dan kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja
  • Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan
  • Amalan demokrasi dan pengasingan kuasa
  • Keunikan amalan demokrasi berparlimen di negara kita

Bab 4 : Sistem Persekutuan

  • Latar belakang Sistem Persekutuan di negara kita
  • Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
  • Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
  • Faktor yang mengukuhkan Sistem Persekutuan

Bab 5 : Pembentukan Malaysia

  • Konsep Gagasan Malaysia
  • Perkembangan idea dan usaha pembentukan Malaysia
  • Reaksi tempatan dan negara jiran terhadap pembentukan Malaysia
  • Langkah pembentukan Malaysia
  • Perjanjian Julai 1963 dan peristiwa Pengisytiharan Malaysia
  • Konfrontasi dan usaha menanganinya

Bab 6 : Cabaran selepas Pembentukan Malaysia

  • Cabaran dalaman Malaysia
  • Pemisahan Singapura
  • Menangani ancman komunis
  • Isu pembangunan dan ekonomi
  • Tragedi hubungan antara kaum

Bab 7 : Membina Kesejahteraan Negara

  • Perpaduan dan Integrasi Nasional
  • Dasar Pendidikan Kebangsaan
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan
  • Dasar Kebudayaan Kebangsaan
  • Sukan sebagai alat perpaduan
  • Rukun negara sebagai tonggak kesejahteraan negara

Bab 8 : Membina Kemakmuran Negara

  • Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
  • Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
  • Pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
  • Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional
  • Pencapaian DEB dan DPN

Bab 9 : Dasar Luar Malaysia

  • Latar belakang Dasar Luar
  • Asas penggubalan Dasar Luar
  • Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
  • Malaysia dalam Komanwel
  • Cabaran mengukuhkan Dasar Luar
  • Malaysia dalam Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
  • Malaysia dalam pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)
  • Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

Bab 10 : Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia

  • Malaysia dalam isu global kontemporari
  • Peranan malaysia dalam hubungan ekonomi antarabangsa
  • Pelibatan rakyat dalam isu kemanusiaan dan keamanan
  • Usaha mengekalkan kelestarian global
  • Wawasan Malaysia menuju masa hadapan

Muat Turun Buku Teks Secara Atas Talian

Klik pada pautan di bawah untuk memuat turun salinan lengkap secara digital buku teks Kementerian Pendidikan Malaysia yang terbaharu untuk subjek di atas iaitu berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM):

Sekian sahaja perkongsian di atas. Ia diharap dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).