Tips

Login Google Classroom (GC) KPM & Cara Sign In Murid/ Guru

Perhatian kepada pelajar dan guru yang bersekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tahukah anda cara menggunakan portal pembelajaran secara online yang dikenali sebagai Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa)? Sekiranya tidak, berikut dikongsikan maklumat berkenaan Login Google Classroom (GC) & Cara Sign In Murid/ Guru sebagai panduan untuk semua.

Umum mengetahui bahawa GC merupakan sistem pembelajaran online yang menggantikan sistem Frog VLE sebelum ini. KPM berkata perkhidmatan 1Bestarinet ditamatkan pada 30 Jun 2019 dan perkhidmatan talian internet ke sekolah di seluruh Malaysia akan dibekalkan oleh Telekom Malaysia, Celcom Axiata dan Maxis.  Dengan cabaran musim pandemik melanda dunia, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) dapat dilaksanakan dengan mudah dan efektif menggunakan sistem ini.

Login Google Classroom (GC) & Cara Sign In Murid/ Guru

Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan cara sign in murid/ guru ke dalam sistem sebagai panduan untuk semua.  Anda juga boleh merujuk bahagian maklumat lanjut sekiranya menghadapi sebarang masalah semasa menggunakan GC.

Baca juga: Takwim Penggal Persekolahan Terkini

Klik Pautan

Kepada guru atau murid yang ingin mengakses GC menggunakan komputer, sila buka pautan berikut:

  • DELIMa (https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login)

Muat Turun Aplikasi GC

Bagi guru atau murid yang ingin mengakses GC menggunakan telefon pintar atau tablet pula boleh memuat tuturn aplikasi GC pada pautan di bawah:

Cara Sign In

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti satu per satu untuk anda log masuk dan menggunakan sistem GC.  Cara sign in terbahagi kepada dua iaitu untuk murid dan guru:

A) Murid/ Pelajar

  1. Guru kelas akan memberikan ID pengguna dan kata laluan untuk log masuk ke akaun Google Classroom
  2. Ibu dan bapa boleh membantu memastikan murid log masuk dengan tepat

Untuk mendapatkan panduan lengkap dan menyeluruh tentang penggunaan sistem ini, anda boleh merujuk pautan yang disediakan di bawah:

B) Guru

  1. Layari portal DELIMa
  2. Log masuk menggunakan akaun moe-dl anda
  3. Klik pada simbol (+) dan klik Create Class
  4. Masukkan butiran kelas anda
  5. Seterusnya anda perlu masukkan murid ke dalam kelas melalui tab People dengan menggunakan akan moe-dl mereka
  6. Muat naik bahan pengajaran serta tugasan pada tab Classwork dan klik Create

Guru juga boleh merujuk kepada panduan video yang telah dirakamkan oleh KPM sebagai panduan kepada semua. Pautan tutorial video boleh dibuka pada pautan di bawah:

Manfaat Penggunaan

Pelbagai kelebihan menggunakan GC yang memanfaatkan guru dan murid seperti penjelasan berikut:

  1. Proses mengadakan kelas dan penyertaan pelajar yang lebih mudah
  2. Penyediaan tugasan atau latihan adalah lebih mudah dengan Google Docs
  3. Rekod pengajaran dan senarai pelajar dapat disimpan dan diakses dengan mudah
  4. Pengumuman berkaitan dapat dilakukan pada bahagian Class Stream sama seperti News Feed di aplikasi Facebook
  5. Bahan rujukan , latihan dan tugasan boleh disimpan di bahagian Materials
  6. Penilaian ringkas pelajar boleh dibuat dengan menggunakan kuiz yang mudah
  7. Pelajar dapat menyemak kalendar untuk mengenalpasti tarikh-tarikh penting seperti tarikh akhir untuk menghantar tugasan yang diberikan
  8. Pentadbir sekolah dapat mengakses serta menyelia tugasan dan perkembangan setiap kelas di sekolah

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan, sila hubungi atau rujuk:

Related : suite for education