Nota
Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa (Skema Jawapan)
Umum mengetahui, setiap pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu lulus dalam mata pelajaran Sejarah. Oleh itu, calon perlu bersedia dengan baik untuk menjawab soalan kertas 1, kertas 2 dan kertas 3 Sejarah. Berikut dikongsikan nota berkaitan Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa (Skema Jawapan) sebagai rujukan.
Sebagai pelajar Tingkatan 5, anda seharusnya mengetahui bahawa tema ini mengisahkan tentang peristiwa Perang Dunia Pertama. Peristiwa ini menandakan bermulanya konflik antarabangsa dan membawa kepada penubuhan badan-badan antarabangsa. Tetapi tumpuan tema ini adalah terhadap peranan dan sumbangan Malaysia dalam mempertingkatkan kerjasama serantau dan juga antarabangsa.
Isi Kandungan
Skema Jawapan Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa (Sejarah Kertas 3 Bab 9 Tingkatan 5)
Di bawah adalah nota-nota Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa (Skema Jawapan) sebagai panduan pelajar. Turut disertakan jumlah markah kepada sekam jawapan kepada soalan yang diberikan.
Baca juga: Faktor Pemilihan Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan Yang Menarik
Pengenalan
1. Jelaskan matlamat penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau.
- Berbaik-berbaik-baik dengan semua negara
- Jamin- menjamin keselamatan rakyat dan negara
- Kekal- memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara
- Galak-menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
- Aman- mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
- Global- menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia
- (5 markah)
Isi dan Huraian
1. Faktor dan matlamat penubuhan pertubuhan serantau.
Nyatakan faktor penubuhan pertubuhan seranatau berikut dan matlamat penubuhannya.
- ASA
- MAPHILINDO
- ASEAN
- (30 markah)
2. Sumbangan dan faedah yang diperolehi oleh negara Malaysia dalam pertubuhan serantau.
Jelaskan sumbangan dan faedah yang diperolehi oleh negara Malaysia dalam pertubuhan serantau berikut;.
- ASA
- MAPHILINDO
- ASEAN
- (15 markah)
3.Peranan dan sumbangan Malaysia demi kemajuan negara.
Bagaimanakah kita membuktikan keberkesanan peranan Malaysia di peringkat serantau berjaya membawa faedah kepada negara kita.
- Malaysia dipandang tinggi di peringkat antarabangsa
- Kepimpinan negara diiktiraf di peringkat dunia
- Perpaduan rakyat Malaysia menjadi contoh kepada negara lain
- Pelabur luar banyak melabur di negara kita
- Menjadi tumpuan pekerja asing
- Menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia
- Pengiktirafan sebagai negara aman dan selamat
- Perkembangan ekonomi negara
- Peningkatan taraf hidup rakyat
- Penigkatan nilai eksport
- Sistem pendidikan bertambah pesat
- Kemudahan infrasruktur negara bertambah baik
- Kestabilan politik negara
- Kelicinan pentadbiran negara
- Kedaulatan negara terjamin
- (15 markah)
4. Kejayaan negara setelah memanfaatkan peranan dan sumbangan dalam hubungan serantau.
Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kejayaan yang dicapai oleh negara sepanjang penglibatan dalam hubungan serantau sehingga kini.
- Memajukan ekonomi negara
- menarik pelabur asing
- menambah peluang pekerjaan
- menaikkan taraf hidup rakyat
- mempelbagaikan sumber pendapatan rakyat/negara
- menjamin keamanan negara
- meluaskan hubungan dengan negara luar
- menstabilkan sistem politik negara
- cemerlang dalam bidang sukan
- berjaya dalam perusahaan automobil
- (10 markah)
5. Cabaran masa depan Malaysia untuk bersaing dengan negara- negara jiran.
Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk bersaing deangan negara jiran.
- Tekanan daripada negara maju
- Teknologi negara masih rendah
- Masih bergantung dengan modal asing
- Kekurangan tenaga mahir
- Bergantung kepada tenaga pakar dari luar negara
- (10 markah)
6. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.
- Mendalami ilmu pengetahuan
- Menguasai kemahiran yang diperlukan
- Menguasai teknologi baru
- Sedia menerima perubahan
- Bersikap kreatif dan inovatif
- (10 markah)
7. Penerapan nilai-nilai murni /ikhtibar/patriotisme daripada penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau.
Nyatakan nilai-nilai murni/ikhtibar/patriotisme daripada penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau.
- Kreatif
- Inovatif
- Bertanggungjawab
- Gigih berusaha
- Rajin
- Berani membuat perubahan
- Tabah
- Bersatu padu
- Semangat keusahawanan
- Berubah sikap untuk memajukan diri
- (10 markah)
Kesimpulan
Rumusan
- Hubungan luar amat penting untuk kemajuan negara
- Keamanan negara harus sama-sama dipelihara
- Sama-sama bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara
- Perpaduan rakyat menjamin kemakmuran negara
- Kestabilan politik amat penting dalam menjaga kedaulatan negara
- (5 markah)
Nota: mana-mana jawapan lain yang munasabah juga diterima berdasarkan penanda kertas masing-masing
Contoh Soalan Kertas 3 Sejarah SPM
Tema Umum : Malaysia Dan Kerjasama Antarabangsa
Malaysia telah menjalinkan hubungan dengan negara serantau bagi menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Berdasarkan fakta yang diperoleh, bincangkan sejarah perkembangan pembentukan hubungan Malaysia dengan negara serantau.
1) Huraikan secara ringkas hubungan luar Malaysia dengan negara-negara lain. (5 Markah)
- Dasar tersendiri
- baik dengan semua negara
- menjamin keselamatan rakyat dan negara
- memelihara kepentingan nasional
- mengekalkan kedaulatan negara
- menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
- keamanan sejagat
- bilateral
- multilateral
- melalui kerjasama antarabangsa
2) Memahami faktor-faktor asas penggubalan dasar luar Malaysia dari aspek (30 Markah) :
Sejarah
- Sejak zaman kesultanan Melayu Melaka
- Hubungan dengan negara luar seperti cina, arab, siam dan kepulauan melayu.
- Berbentuk perdagangan
- hubungan Melayu serumpun
- Selepas merdeka menyertai komanwel
- hubungan diplomatik dengan Britain dan negara komenwal yang lain
- ancaman komunis – mengancam keselamatan
- Pro-Barat dan anti komunis
Ekonomi
- mengamalkan pasaran bebas
- Malaysia pengeluar utama bijih timah / getah
- menggalakkan pelaburan asing
- menyediakan peluang pekerjaan
- 1980, dasar pandang ke timur
- pelaburan dari Jepun dan Korea
- meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia
- Hubungan dengan negara-negara Islam
- hubungan dengan membangun
- mengharap pasaran dan modal dari negara-negara maju.
Politik
- Sistem Demokrasi berparlimen
- menentukan hala tuju masa depan sendiri
- prinsip keamanan sejagat
- menyokong Palestine
- menyokong semua resolusi PBB
- mengakui prinsip-prinsip dan piagam PBB
- memelihara kedaulatan negara lain.
Geografi
- Kedudukan yang strategik
- perairan menjadi laluan utama
Demografi
- menjalin hubungan diplomatic
- menentang dasar Aparteid
- rakyat Malaysia bebas mengamalkan budaya dan agama masing-masing
3) Memahami perkembangan Dasar Luar Malaysia (15 markah)
Tahap 1, Tuanku Abdul Rahman
- Dasar luar Malaysia memperlihatkan dasar Pro barat yang anti komunis
- Dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel
- Faktor Politik
- Merujuk kepada ancaman komunis di negara-negara Asia tenggara dan di Malaysia oleh parti Komunis Malaya
- Malaysia memerlukanbantuanpertahanandaripadanegaranegarakomanwelterutama Britain, Australia dan New Zealand
- Malaysia telah menandatangani perjanjian pertahanan Inggeris –Tanah Melayu (AMDA)
- Faktor sosial
- Terputusnya hubungan diplomatik dengan Filipina 1963-1965
- Singapura keluar daripada Malaysia 1965
Tahap 2, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn
- Dasar luar Malaysia mulai berubah kepada dasar berkecuali
- Kurangnya peranan perjanjian pertahanan (AMDA)
- kurang Pengaruh Britain di timur
- ZOPFAN
- Menjalin hubungan diplomatik dengan negara komunis, china dan Jerman
Tahap 3, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad
- Mengekalkan dasar-dasar tahap kedua
- Memberi penekanan terhadap ekonomi
- Mengadakan hubungan erat dengan negara ASEAN
- Menyelesaikan krisis Vietnam dan kampuchea
- Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala
- Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara maju dan negara-negara dunia ketiga
4) Malaysia telah menyertai beberapa pertubuhan serantau secara aktif. Apakah peranan yang dimainkan oleh Malaysia sehingga kini? (10 markah)
Peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan ASEAN
- asas yang kuat dalam kerjasama serantau
- mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di KL pada 1971
- menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur
- mewujudkan zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN)
- mengekalkan keamanan
- dan kestabilan
- tidak bersekongkol dengan Blok Barat dan Blok Timur
- mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar
- mengisytiharkan ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear
- pada mesyuarat Menteri-menteri Luar pada tahun 1984
- membentuk kerjasama dalam bidang ekonomi
- projek baja urea di Bintulu dan Acheh
- mengumumkan Zon Kawasan Perdagangan Bebas (AFTA)
- menyarankan penubuhan EAEC
- dan kerjasama ASEAN + 3
- penubuhan SEAMEO
- pembinaan RECSAM di Pulau Pinang
5) Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Serantau telah memberikan banyak manfaat kepada Malaysia. Jelaskan
- mengekalkan Malaysia sebagai Zon Aman. Bebas dan Berkecuali
- menjadi orang tengah antara MILF dan kerajaan Filipina
- Malaysia bekerjasama dengan Thailand bagi memeterai perjanjian damai dengan PKM
- Malaysia menjadi orang tengah isu Myanmar
- pembinaan RECSAM
- mengemukakan konsep ASEAN +3
- menjadi tuan rumah sukan SEA
- melancarkan Tahun Melawat ASEAN
- menganjurkan Festival Filem ASEAN
- pemimpin Malaysia dilantik sebagai pemimpin di peringkat ASEAN
6) Berikan cadangan anda untuk memastikan Malaysia terus bergiat aktif dalam pertubuhan serantau (10 markah)
- melahirkan pemimpin bersuara lantang di peringkat serantau
- menghantar bantuan kemanusiaan ke negara yang memerlukan
- menjadi pemimpin /mengetuai pertubuhan serantau
- menganjur sukan di peringkat serantau
- menyertai pameran bertaraf antarabangsa
- terlibat dalam pertandingan-pertandingan berkaitan R&D
- menghasilkan penyelidikan / buku / novel bertaraf antarabangsa
- menjadi perantara/orang tengah kepada negara sedang bergolak
- menjadi pelopor hab halal dunia
- meningkatkan kerjasama persempadanan antara negara
7) Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme hasil daripada hubungan Malaysia dengan Pertubuhan Serantau (10 markah)
- hormat menghormati
- bertolak ansur
- kerjasama dengan negara luar
- mempertingkatkan semangat cintakan tanah air
- melahirkan masyarakat berharmoni dalam warganegara Malaysia
- menjadi masyarakat yang mementingkan budaya ilmu
- mengekalkan keselamatan dan kestabilan politik
- prihatin terhadap perkembangan dunia
- sedia menerima perubahan
- kepentingan memelihara perpaduan
8) Apakah manfaat /faedah hubungan Malaysia dengan Pertubuhan Serantau (5 markah)
- bersedia dari fizikal dan mental diri untuk memajukan bangsa dan negara
- bersedia untuk bersaing dalam dunia global yang mengalami perubahan pesat
- bersikap proaktif strategik dasar luar negara
- mengekalkan keamanan
- mengekalkan kemakmuran dan kedaulatan / kemerdekaan negara
- rakyat hidup dalam negara yang aman dan damai
- negara memerlukan pemimpin yang cekap, berintegriti, dan berwibawa serta pentadbiran yang sistematik
Sekian sahaja perkongsian berkaitan skema jawapan Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa. Diharapkan nota ini dapat membantu pelajar mengulang kaji serta membuat persediaan sebelum menjawab Sejarah Kertas 3 SPM.
Related : contoh soalan spm bab 9