Jadual
Jadual Peperiksaan SPMU 2025 (SPM Ulangan)

Pemberitahuan kepada pelajar ulangan bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU), jadual dan tarikh peperiksaan SPMU 2025 kini boleh dirujuk. Berikut dikongsikan tarikh peperiksaan ujian bertutur dan ujian bertulis untuk Jadual Peperiksaan SPMU bagi tahun 2025. Di samping itu, ingin dimaklumkan juga kepada para pelajar serta ibu bapa/penjaga. Mereka boleh melihat Takwim Pentaksiran dan Peperiksaan Awam yang telah di keluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) pada tahun 2025 ini.
Secara ringkas, peperiksaan SPMU 2025 telah dibahagikan kepada dua sesi yang berasingan. Sesi waktu ujian berturur akan diadakan 16 hingga 17 Julai 2025. Manakala, sesi ujian bertulis akan diadakan dari 15 hingga 17 Julai 2025. Seperti yang telah dimaklumkan oleh LPM, kertas sesi Julai hanya melibatkan 3 kertas subjek sahaja iaitu Matematik, Sejarah dan Bahasa Melayu. Kepada calon SPMU untuk sesi November, mereka akan menduduki ujian/peperiksaan pada tarikh yang sama dengan calon peperiksaan SPM.
Isi Kandungan
Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2025 (SPM Ulangan)
Berikut dikongsikan jadual Peperiksaan SPMU tahun 2025 meliputi tarikh ujian bertulis dan ujian bertutur sebagai rujukan. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh, hari, masa dan mata pelajaran (subjek).
Tarikh Peperiksaan SPMU
Sesi Jun (Julai):
- Ujian Bertutur : 16 & 17 Julai 2025
- Ujian Bertulis : 15, 16 & 17 Julai 2025
Jadual Peperiksaan SPMU 2025 (Lengkap)
Untuk makluman semua, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan Jadual Peperiksaan untuk SPMU sesi Jun (Julai) 2025 yang lengkap secara rasmi seperti berikut
Nota Dan Arahan Peperiksaan SPM Ulangan 2025
- Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.
- Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM (Ulangan) 2025.
- Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Pelajar hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon.
- Calon dikenakan bayaran RM 30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
- Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM (Ulangan) 2025 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon
Bagi sebarang maklumat terperinci berkenaan Jadual waktu Peperiksaan SPMU, para pelajar atau ibu bapa boleh membuat semakan dari masa ke semasa di portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia di sini:
Untuk maklumat lanjut berkaitan peringatan serta arahan kepada calon untuk peperiksaan SPMU ini. Mereka boleh memuat turun (download) Jadual dan tarikh Peperiksaan SPMU 2025 dalam bentuk PDF.
Semoga perkongsian Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2025 ini memberi panduan untuk pelajar supaya mereka sentiasa bersiap sedia pada hari peperiksaan akan datang!