Nota

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme

Perhatian kepada pelajar Tingkatan 4 sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Adakah anda mencari rujukan tambahan untuk mengulang kaji dan membuat persiapan sebelum menghadapi peperiksaan? Sekiranya ya, berikut adalah Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme sebagai panduan buat pelajar.

Terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai oleh pelajar dalam bab ini antaranya adalah memahami kronologi perkembangan nasionalisme di Barat, Asia dan negara kita. Meneroka bukti kejayaan gerakan nasionalisme dan membuat interpretasi ketokohan pemimpin nasionalis negara.

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Peningkatan Tamadun (Sejarah Form 4 Chapter 2)

Di bawah adalah Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme. Ia merangkumi latar belakang tamadun dan faktor-faktor peningkatan setiap tamadun mengikut aspek-aspek yang dikongsikan.

Baca juga: Format Kertas Sejarah SPM Terkini 2021 (1249)

Maksud Nasionalisme

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta kepada bangsa dan negara, semangat kebangsaan yang menjurus kepada perjuangan menentang penjajah untuk membela bangsa dan negara dan bina identiti sendiri. Selain itu, ia juga dianggap gerakan untuk membebaskan politik, ekonomi dan sosial dari kuasa asing. Di bawah adalah pendapat tokoh-tokoh terkenal berkenaan maksud nasionalisme:

  • Hans Kohn : Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya
  • Professor William R. Roff : Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua
  • Dato’ Onn Jaafar : KIta hendaklah menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki sendiri
  • Dr. Burhannuddin al-Helmi : Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan dan perpaduan yang kuat.
  • Dr. R. Sungtharalingam : Nasionalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setipa bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri dan memindahkan kedaulatan kepada rakyat.
  • Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid : Nasionalisme Melayu bukanlah gejala baharu hasil penggabungan Tanah Melayu oleh British, tetapi nasionalisme Melayu telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  • Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim : Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri

Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

Penetangan terhadap pemerintahan beraja yang telah menindas, menggugat hak dan kebebasan rakyat menjadi permulaan nasionalisme di Barat

Revolusi Keagungan di England (1688)

  • Peristiwa peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah
  • Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat menjadi titik permulaan
  • Ahli parlimen memberontak dan menolak pemerintahan raja berkuasa mutlak akibat daripada tindakan Raja James II yang membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang dan beliau melarikan dir ke Perancis kerana tiada sokongan

Revolusi Amerika (1776)

  • Revolusi yang berlaku di Amerika bermula apabila British tidak menjaga hak penduduk Amerika
  • Penentangan mereka terhadap akta yang dikuatkuasakan iaitu untuk memungut cukai, seperti Akta Pelayaran, Akta Setem, Akta Teh dan Akta Gula.
  • George Washington telah menubuhkan kongres dan isytihar perang terhadap British untuk menuntut kemerdekaan Amerika
  • Pada Julai 1776, kongres telah meluluskan Pengisyhtiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson yang menegaskan penduduk berhak menubuhkan kerajaan baharu sekiranya kerajaan tidak boleh menjaga kepentingan rakyat
  • Revolusi Amerika berakhir berakhir pada 1783 selepas British akui kemerdekanan Amerika.

Revolusi Perancis

  • Revolusi ini berlaku kerana dua individu iaitu Jean Jaccques Roussea dan Voltaire, ahli pemikir yang memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan.
  • Raja Louis XVI memerintah secara autokratik dan golongan bangsawan telah memonopoli pelbagai keistimewaan sekaligus membebankan rakyat dengan pelbagai cukai

Perkembangan Nasionalisme di Asia

Nasionalisme di India

  • Kebangkitan rakyat tempatan di Dahagi India 1857 untuk menentang imperialisme British. India merdeka pada 15 Ogos 1947, Jawaharlal Nehru adalah Perdana Menteri pertama India

Nasionalisme di Cina

  • Bagi mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang China menjadi antara faktor nasionalisme di China. Selain itu, untuk bebas daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing. Dr. Sun Yat Sen menjadi tokoh gerakan rakyat telah mengemukakan tiga prinsip ideologi perjuangan, nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial

Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir

  • Lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam telah diancam oleh imperialisme Barat pada abad ke-19. Tercetusnya gerakan Pan Islamisme dan gerakan islah

Nasionalisme di Jepun

  • Maharaja Mikado Meiji ingin mengelak ancaman imperialisme Barat dan mahukan kemajuan. Berpandukan prinsip dan semangat bushido rakyat Jepun membina semangat nasionalisme. Hasilnya Jepun menjadi kuasa imperialisme di Asia

Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Filipina

  • Kemunculan nasionalisme di Filipina untuk menghapuskan penjajah asing. Jose Rizal memimpin gerakan nasionalis pertama yang berbentuk propaganda. Menubuhkan Liga Filipina. Emilio Aguinaldo menubuhkan Katipunan dan bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol. Namun, pengisytiharan kemerdekaan oleh Aguinaldotidak diiktiraf Amerika Syarikat dan diletakkan di bawah penguasaan mereka.

Myanmar

  • Wujud kerana perjuangan kelas menengah, sami Buddha (Pongyi), Thakin (siswazah universiti  dan petani untuk menentang imperialis British.

Vietnam

  • Perancis yang mengubah sosiopolitik dan sosioekonomi Vietnam yang diketuai oleh golongan bangsawan bagi memperjuangkan pemulihan sistem pemerrintahan beraja

Indonesia

  • Untuk memperjuangkan pendidikan dan mengubah nasib rakyat Indonesia

Thailand

  • Gerakan bertujuan untuk mempertahankan kedaulatan dan menuntut penglibatan rakyat dalam pentadbiran.

Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita

Kesedaran bermula daripada pejuang tempatan menghadapi ancaman Siam dan British semasa Kesultanan Melayu Melaka.

  • Sultan Mahmud Shah cuba mendapatkan Melaka semula dengan melakukan 3 kali serangan terhadap Portugis tetapi gagal
  • Pejuang tempatan seperti Penghulu Dol Said, Dato’ bahaman, Rentap dan Mat Salleh yang menuntut kebebasan daripada ancaman luar dan mendaulatkan wilayah masing-masing
  • Kesedaran juga muncul daripada perjuangan tokoh agama seperti gerakan Islah, golongan berpendidikan Inggeris melalui penulisan kreatif dan akhbar.

Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme di Negara Kita

Peranan Agama

  • Pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir terdedah dengan falsafah perjuangan gerakan Islah di Mesir
  • Gerakan ini menyeru umat Islam untuk berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis

Penulisan Kreatif

  • Penulisan novel, cerpen dan puisi tentang kisah penderitaan rakyat semasa dijajah meniupkan semangat kepada rakyat
  • Contohnya, cerpen Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai dan novel Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid

Media Cetak

  • Menjadi sumber saluran maklumat dan penyebaran berita terkini
  • Akhbar Sekolah Melayu digunakan sebagai bahan bacaan di sekolah
  • Akhbar Jawi Peranakan menegur campur tangan British dalam soal agam Islam dan Bahasa Melayu
  • Akhbar Fajar Sarawak mengkritik dasar pemerintahan Brooke yang mengabaikan hak dan kepentingan bumiputera Sarawak

Sistem Pendidikan

  • Penubuhan madrsah hasil pendidikan moden Islam seperti di Madrsah al-Attas di Johor Bahru (1914), Madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang (1916) dan Madrasah al-Idrisiyah di Kuala Kangsar (1926)
  • Madrasah ini menerima idea nasionalisme daripada kunjungan para ulama Kaum Muda dari Sumatera Barat dan pelajar pulang dari Mesir
  • Pada masa yang sama, ramai pemimpin lahir dari institusi seperti Raffles Instituition di Singapura, Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Maktab Perguuran Sultan Idris
  • Idea tokoh falsafah Islam dan Barat telah didedahkan kepada pelajar.

Kemunculan golongan intelektual

  • Golongan intelektual lahir hasil daripada perkembangan sistem pendidikan
  • Golongan ini telah menggunakan akhbar dan menubuhkan persatuan untuk menyebarkan nasionalisme

Pengaruh luar dan serantau

  • Kebangkitan Pan-Islamisme di empayar Uthmaniyah menyedarkan umat Islam
  • Gerakan Islah di Mesir menggesa pembaharuan progesif dalam masyarakat Islam
  • Jepun muncul sebagai kuasa besar dunia yang menewaskan Rusia
  • Gerakan Revolusi China hasil pimpinan Dr. Sun Yat Sen untuk menubuhkan Republik China
  • Idea perjuangan Mahatma Ghandi di India yang menentang tanpa kekerasan
  • Perjuangan Jose Rizal di Filipina dan Soekarno di Indonesia meniupkan semangat rakyat untuk menentang penjajah

Perkembangan Nasionalisme

Terdapat tiga faktor penting yang menyumbang ke arah perkembangan nasionalisme iaitu hasil peloporan golongan intelektual, media massa ketika itu dipenuhi dengan penulisan bertemakan nasionalisme dan kewujudan pertubuhan atau persatuan yang bersifat politik serta sosioekonomi rakyat.

Perjuangan Golongan Intelektual

  • Tokoh seperti Sheikh Muhammad Tahir jalalluddin Syed Sheikh al-Hadi dan haji Abbas Mohd Tahar yang digelar Kaum Muda memberi idea melalaui gerakan Islah.
  • Penubuhan madrasha membantu perkembangannya dan menyatukan masyarakat Melayu untuk membangkitkan semangat nasionalisme
  • MCKK yang melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris telah melatih anak bangsawan yang diserap dalam pentadbiran British. Lalu mereka menggunakan kedudukan mereka untuk menuntu hak pendidikan bagi orang Melayu
  • Manakala Intelektual Berpendidikan Melayu melahirkan ramai tokoh penulis yang mahir dan nasionalis

Perjuangan Melalui Penulisan

  • Akhbar dan majalah digunakan untuk mengetengahkan isu hak dan masa depan bangsa, pentadbiran, ekonomi dan sosial negara
  • Akhbar Utusan Melayu diterajuai oleh Mohammad Eunos Abdullah manakala the Malay Mail dan The Malaya Tribune menerajui sektor akhbar berbahasa Inggeris
  • Bagi masyarakat Cina, akhbar dicetak bagi memupuk pemikiran mengekalkan identiti, memperjuangkan nasib wanita dan perasaan cinta akan negara China. Akhbar nanyang Siang Pao di Pulau Pinang mula mempersoalkan kesatuan sekerja dan keadilan sosioekonomi bagi masyarakat kelas bawahan.
  • Masyarakat India pula The Indian dan Indian Pioneer telah meuatkan pemikiran dan kepentingan perpaduan masyarakat India di Malaysia
  • Kemunculan karya-karya kreatif seperti novel dan cerpen bertemakan nasionalisme juag menyumbang kepada perkembangan ini

Perjuangan Melalui Persatuan

  • Kesatuan Melayu Singapura : Memperjuang kepentingan pendidikan orang Melayu serta mendorong pembukaan persatuan di negeri-negeri lain seperi Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan
  • Persaudaraan Sahabat Pena : Ditubuhkan untuk bertukar-tukar pendapat dan ahlinya bersatu. Melaksanakan kongres atau persidangan bagi menghimpunkan wakil persatuan
  • Kesatuan Melayu Muda : Berjuang melalui akhbar Majlis dan berhasrat untuk menentang British dengan mewujudkan satu gagasan yang dinamakan Melayu Raya melalui gabungan Tanah Melayu dan Indonesia
  • Persatuan Orang Cina Peranakan British (SCBA) untuk menggalakkan pelajaran tingi dan teknikal dalam kalangan masyarakat Cina serta menuntut peluang berkhidmat dalam kerajaan
  • Central India Association of Malaya (CIAM) ditubuhkan oleh Dr. A.M. Soosay yang menggabungkan 12 persatuan India dan 4 dewan perniagaan

Kesan Perkembangan Nasionalisme

Politik

  • Penambahan orang Melayu dalam pentadbiran British
  • Dasar mengembalikan kuasa sultan, residen dan Majlis Mesyuarat Negeri yang tercabar kerana pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
  • Kelab bacaan dan drama ditubuhkan di sekolah

Ekonomi

  • Kaum Muda menggesa orang Melayu memajukan diri dalam pendidikan dan ekonomi sehingga tertubuh persatuan kebajikan untuk membangkitkan semnagat berniaga
  • Za’ba membangkitkan isu kepntingan pendidikan tinggi dan kurikulum bahasa Inggeris
  • Akhbar The Malay Mail dan The Malaya Tribune mengasaskan dana untuk membantu orang melayu melanjutkan pelajaran ke luar negara

Sosial

  • Tuntutan untuk mendapatkan pendidikan oleh setiap lapisan masyarakat telah diwujudkan di madrasah dan sekolah Melayu
  • Lepasan SITC telah meningkat termasuk daripada golongan wanita yang meningkatkan martabat wanita dan taraf pendidikan masyarakat.
  • Masyarakat India dan Ceylon telah menubuhkan persatuan untuk menjaga kebajikan mereka.

Contoh Soalan Bab 2

1. Bincangkan latar belakang perkembangan nasionalisme di Barat

Nasionalisme telah berkembang di Barat kerana penetangan masyarakat terhadap pemerintahan beraja. Ia menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat. Sebagai contoh, Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis. Perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing mempengaruhi semua.

2. Jelaskan peranan institusi seperti Maktab Perguruan Sultan Idris dalam perkembangan nasionalisme di negara kita.

Institusi seperti Maktab Perguruan Sultan Idris melahirkan ramai golongan intelektual seperti Abdul Hadi Hassan dan Harun Aminurrashid. Institusi ini juga melahirkan semangat kebangsaan bangsa Melayu dan menjadi pemangkin kepada melahirkan penulis yang berjaya dan intelektual.

3. Nyatakan maksud nasionalisme.

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Sleain itu, ia juga bermaksud perjuangan menentang penjajah asing di negara kita dan usaha untuk meningkatkan kedaulatan negara ke tahap yang lebih baik.

4. Jelaskan iktibar daripada Revolusi Amerika dan Revolusi Perancis.

Iktibar daripada kedua-dua peristiwa ini ialah kerajaan yang memerintah perlu menjaga kebajikan rakyat. Contohnya, kerajaan tidak memperkenalkan cukai yang membebankan rakyat. Kerajaan perlu menjamin hak rakyat. Kesimpulannya, golongan pemerintah tidak boleh menindas rakyat biasa. Selain itu, pemerintah perlu mendapat kelulusan perwakilan di parlimen sebelum membuat sebarang keputusan. Hal ini supaya keputusan atau yang dibuat oleh kerajaan adil kepada semua rakyat. Rakyat perlu mempunyai ilmu pengetahuan agar dapat memajukan dirinya. Hal ini supaya rakyat tidak mudah dimanipulasi oleh pemerintah.

5. Sekiranya anda seorang wartawan, apakah yang akan anda suarakan kepada generasi hari ini?

Sebagai seorang wartawan, saya akan suarakan kepada generasi hari ini berkaitan kepentingan menuntut ilmu. Generasi hari ini harus menguasai kepakaran dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi. Hal ini dapat menyumbang kepada kemajuan negara. Kesimpulannya ilmu sangat penting bagi setiap individu untuk memajukan diri dan negara.

6. Apakah kebaikan pelajar menyertai kegiatan persatuan pada peringkat sekolah?

Kebaikan pelajar menyertai kegiatan persatuan pada peringkat sekolah ialah dapat menyemai nilai kepimpinan. Hal ini dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa pada masa hadapan. Dapat membentuk sahsiah pemimpin yang berkaliber. Contohnya, dapat menerapkan nilai bertanggungjawab. Seterusnya, dapat membentuk keupayaan berinteraksi. Kesimpulannya, kegiatan persatuan berupaya melahirkan pemimpin yang seimbang.

Semoga perkongsian Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Peningkatan Tamadun dapat membantu anda dalam mengulangkaji mata pelajaran Sejarah sebelum menduduki peperiksaan.