Nota

Nota Geografi Tingkatan 5 (Mengikut Tema)

Perhatian kepada pelajar Tingkatan 5 yang bersekolah di sekolah menengah kebangsaan, sekolah berasrama dan semua sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Adakah anda mengambil mata pelajaran Geografi dan bakal menduduki kertas peperiksaan Geografi untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Sekiranya ya, berikut dikongsikan koleksi Nota Geografi Tingkatan 5 sebagai rujukan untuk semua.

Pada asasnya, Geografi merupakan mata pelajaran yang menguji pemahaman pelajar tentang alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Pembelajaran Geografi juga diharapkan dapat menerapkan semangat patriotik serta mewujudkan sensitiviti pelajar terhadap fenomena alam semulajadi secara setempat dan global.

Pada peringkat menengah rendah, mata pelajaran Geografi lebih tertumpu kepada kemahiran Geografi seperti membaca peta, menentukan arah dan kedudukan sesuatu lokasi. Selain itu, ia juga menumpukan elemen Geografi yang lain seperti bentuk muka bumi dan cuaca serta iklim pada kadar yang sederhana. Pada peringkat menengah atas pula, elemen Geografi yang telah dipelajari semasa menengah rendah akan menjadi tema utama dan ditumpukan dengan lebih terperinci. Sebagai contoh, proses pembentukan dan taburan bentuk muka bumi serta pengaruh cuaca dan iklim.

Nota Geografi Tingkatan 5 SPM (Ikut Tema)

Berikut dikongsikan sukatan pelajaran atau tema dan koleksi nota Geografi Tingkatan 5 untuk dijadikan rujukan pelajar. Ia diharapkan dapat membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran serta membuat persiapan sebelum menduduki peperiksaan mata pelajaran Geografi.

Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan 5

  1. Dinamik Penduduk

    • Faktor mempengaruhi pertumbuhan penduduk Malaysia
    • Faktor yang mendorrong migrasi
    • Kesan Migrasi
    • Faktor mempengaruhi pertumbuhan penduduk
    • Kesan pertumbuhan penduduk
  2. Petempatan dan Pembandaran

    • Ciri-ciri petempatan bandar
    • Fungsi petempatan bandar
    • Fungsi petempatan luar bandar
    • Sebab kewujudan bandar satelit di Malaysia
    • Interaksi bandar dan desa
  3. Pengangkutan dan perhubungan

    • Kepentingan pengangkutan
    • Kesan Perkembangan Pengangkutan dan Perhubungan
    • Masalah alam sekitar akibat sistem pengangkutan
    • Kepentingan Sistem telekomunikasi
    • Faktor mempengaruhi perkembangan
  4. Sumber

    • Hutan
    • Mineral
    • Air
    • Pantai dan marin
    • Kepelbagaian biodiversiti
    • Tanih
    • Tenaga suria
    • Tenaga biojisim
  5. Kegiatan Ekonomi

    • Sektor pembuatan/perindustrian
    • Perkhidmatan
    • Pertanian, Perikanan, Penternakan Dan Perhutanan
    • Pembinaan
    • Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
    • Kesan Pembangunan Menjejaskan Kualiti Alam Sekitar
    • Kerjasama Antarabangsa

Muat Turun Nota Ringkas Geografi Tingkatan 5 (Download)

Berikut adalah pautan kepada koleksi-koleksi nota ringkas mata pelajran Geografi bagi rujukan pelajar Tingkatan 5:

Diharapkan perkongsian berkaitan Nota Geografi Tingkatan 5 dapat memberikan manfaat kepada pelajar. Semoga berjaya dalam menduduki peperiksaan SPM dan mendapat keputusan yang cemerlang.