Karangan

Masalah Lari Dari Rumah Di Kalangan Remaja

Disemak dan dikemaskini pada pukul

Guru-guru sering kali menerima rungutan dan aduan daripada pelajar tentang kesukaran untuk menjawab penulisan karangan Bahasa Melayu. Pelajar seharusnya bersikap lebih rajin dengan melakukan latihan tambahan atupun merujuk contoh karangan secara atas talian. Berikut dikongsikan contoh karangan sebab-sebab remaja lari dari rumah sebagai rujukan kepada semua.

Karangan yang berkaitan dengan masalah sosial dalam kalangan remaja sering kali menjadi tajuk pilihan soalan. Kaedah ini bukan sahaja dapat memastikan pelajar menguasai penggunaan Bahasa Melayu, tetapi mengambil iktibar dan pengajaran daripada topik yang dibincangkan.

peta minda sebab remaja lari dari rumah

Punca-Punca Remaja Melarikan Diri Dari Rumah

Isi-isi penting

  • Menghadapi masalah keluarga
  • Tekanan pelajaran di sekolah
  • Pengaruh daripada rakan sebaya
  • Terjebak dengan masalah sosial
  • Kurang didikan moral dan agama
  • Mengalami kecelaruan identiti atau kesihatan mental

Baca juga: Kebaikan Aktiviti Gotong Royong

Contoh Karangan Sebab-Sebab Remaja Lari Dari Rumah

Pendahuluan

Marcapada ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan kemajuan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang tercetus dalam masyarakat kita sendiri. Antara polemik yang menjadi buah mulut masyarakat masa kini adalah isu remaja lari daripada rumah. Ada di antara mereka yang menghilangkan diri selama beberapa hari, minggu atau bulan sebelum pulang semula ke rumah mereka dan ada yang tidak kembali langsung ke rumah mereka. Golongan remaja lazimnya berani melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan oleh mereka kerana pada usia tersebut, mereka mempunyai keazaman dan semangat tetapi tidak cukup matang untuk membuat keputusan. Kebanyakan daripada mereka tidak memikirkan kesan jangka masa panjang sekiranya mereka melakukan tindakan sebegini. Adakah ibu dan bapa mereka merestui dan meredhai perbuatan mereka? Sesungguhnya tiada kasih sayang yang lebih berharga selepas kasih kepada Tuhan yang dapat kita nikmati melainkan kasih sayang daripada ibu dan bapa kita. Oleh itu, wajar untuk kita bincangkan sebab-sebab remaja melarikan diri dari tempat tinggal mereka.

Isi 1

Punca utama masalah kejadian remaja yang kian mengingkat ini kerana berlaku masalah di rumah yang mereka diami. Kepincangan rumah tangga semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini kerana tekanan kos sara hidup dan ketidak fahaman antara pasangan suami dan isteri. Data juga menunjukkan jumlah penceraian bertingkat dari tahun ke tahun dan kebanyakan pasangan yang terbabit mempunyai anak-anak yang remaja dan masih kecil. Remaja yang melihat ibu dan bapa mereka sering bertengkar seperti anjing dengan kucing pasti akan merasa tertekan atau murung dan menyebabkan mereka bertindak keluar daripada tempat tinggal mereka. Selain itu, kes keganasan rumah tangga seperti memukul anak, mencederakan dan melakukan salah laku seksual terhadap anak kandung sendiri telah menyebabkan golongan remaja trauma dan nekad untuk lari daripada situasi tersebut. Masalah berkaitan institusi kekeluargaan ini sukar untuk diselesaikan begitu sahaja kerana banyak pihak perlu memainkan peranan dan membuka hati untuk mempelajari ilmu serta adab yang sepatutnya diamalkan dalam keluarga. Kesannya, golongan remaja akan bertindak keluar dari rumah untuk mencari kehidupan yang lebih baik daripada hidup dianaktirikan oleh ibu, bapa atau ahli keluarga sendiri.

Isi 2

Sebab lain yang menyumbang kepada kes dalam kalangan remaja ini adalah kerana mereka mempunyai masalah di sekolah. Terdapat remaja yang tidak dapat menanggung tekanan yang diberikan oleh guru mahupun ibu dan bapa terhadap diri mereka atas pencapaian akademik. Ketegasan dan herdikan yang dianggap memberi terlalu berat oleh mereka telah menyebabkan mereka bertindak di luar kawalan. Golongan ini perlu menyedari bahawa bumi mana yang tak kena hujan. Maknanya, tiada perkara yang akan kita lalui tanpa rintangan dan juga halangan. Semangat dan iltizam yang ada pada diri masing-masing  bakal menentukan sejauh mana perjalanan para remaja dalam pelajaran ataupun kehidupan. Persis peribahasa, berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Remaja perlu menerima nasihat dan teguran yang diberikan oleh pendidik mereka dan berusaha untuk memperbaiki kesalahan diri serta sentiasa melakukan yang terbaik dalam setiap perkara. Guru serta ibu dan bapa juga hendaklah mendalami emosi dan pemikiran generasi muda masa kini kerana budaya dan persekitaran mereka lain jika dibandingkan dengan zaman mereka dahulu.

Isi 3

Golongan remaja juga bertindak untuk keluar dari rumah atas pengaruh dan galakan daripada rakan-rakan. Sudah menjadi asam garam masyarakat kita dimana pengaruh rakan menyumbang kepada tindakan negatif seseorang ketika diusia remaja. Kebanyakan remaja merasakan rakan mereka khususnya rakan sebaya adalah individu yang paling rapat dan memahami segala perkara yang dihadapi oleh diri mereka. Misalnya, golongan remaja akan lebih menyokong tindakan ini daripada perlu menghadap ibu dan bapa mereka yang selalu memarahi dan membebel terhadap perilaku mereka.Bak kata pepatah, turut rasa binasa, turut hati mati. Golongan ini tidak menyedari bahawa ibu dan bapa telah penat bekerja demi menyara kehidupan mereka sekeluarga dan memarahi anak-anak mereka kerana sayang dan tidak mahu mereka terpesong ke arah perkara yang tidak diingini. Jurang umur yang membezakan budaya dan pemahaman terhadap kasih dan sayang telah memakan diri golongan remaja terutamanya. Ibu dan bapa masa kini perlu membuka mata kerana remaja sekarang lebih memerlukan perhatian dan kasih sayang berbanding didikan orang tua dahulu. Intihannya, pengaruh rakan merupakan antara punca remaja bertindak melalkukan perkara ini disebabkan sifat besar kepala dan bodoh sombong.

Isi 4

Akhir sekali, sebab yang mendorong kes remaja lari daripada rumah kerana mereka terjebak dengan masalah sosial seperti merempit dan menghisap dadah. Kita sedia maklum bahawa masalah sosial merupakan barah yang semakin memburukkan kesejahteraan masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan bahawa pelaku masalah sosial ini ramainya terdiri daripada golongan remaja yang berasal daripada keluarga yang kurang berada dan miskin. Mereka ingin melakukan perkara yang memberi keseronokan tetapi sebaliknya memberi padah kepada diri dan juga masyarakat sekeliling mereka. Golongan yang kurang bernasib baik ini akan melarikan diri bagi mencari kebebasan untuk mereka melakukan aktiviti sosial seperti merempit atau menghisap dadah. Mereka akan bersikap seperti kerbau dicucuk hidung dimana jika rakan-rakan mengajak mereka pasti akan mengikut sahaja tanpa memikirkan akibat perilaku mereka. Izharnya, penglibatan remaja dalam masalah sosial merupakan antara punca remaja keluar dari rumah kerana mengejar keseronakan duniawi yang sementara sahaja.

Penutup

Konklusinya, banyak sebab yang menyumbang kepada kejadian ini oleh golongan remaja. Masalah ini perlu diatasi dan dipandang serius oleh setiap pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Permasalahan sosial yang timbul dalam kalangan remaja boleh diatasi dengan penglibatan aktif setiap ahli masyarakat serta ibu dan bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak masing-masing. Tidak semua daripada golongan remaja ini yang melakukan kegiatan yang negatif, hanya segelintir daripada mereka dan kerana nila setitik, rosak sesusu belanga. Sekiranya golongan remaja ini telah melakukan kesalahan dan berasa menyesal, tiada siapa yang menghalang dan setiap pihak perlu menyokong mereka berubah ke arah yang lebih baik. Bak kata pepatah, sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Semoga permasalahan yang melibatkan generasi muda dapat dibendung agar potensi sebenar diri mereka dapat dihasilkan dan memberi manfaat kepada diri mereka sendiri, keluarga masyarakat dan juga negara.

Related : pelajar cemerlang dilaporkan hilang keluarganya di pekan kuala anak bongsu daripada lima kanak kanak pihak polis tangan anak pekan kuala selangor membuat laporan prestasi di sekolah anak bongsukan bongsu daripada lima beradik kehilangan ahmad fitri mohammad shaffie 15 disedari ibunya mardiana ismail 58 ketika ingin menunaikan solat subuh kira kira jam 6.30 pagi rumah keluarganya di pekan, membuat laporan polis pulang ke rumah selepas petaling jaya, kanak kanak dan remaja