Nota

Download Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSM (Digital)

Panduan buat pelajar Tingkatan 3 yang mencari salinan buku teks digital untuk dimuat turun. Adakah anda mencari Buku Teks Digital bagi mata pelajaran Sejarah? Sekiranya ya, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSM (Digital) sebagai rujukan untuk semua. Anda boleh memuat turun atau download buku di pautan yang disediakan di bawah.

Untuk makluman semua, Buku Teks Digital Sejarah ini merupakan kesinambungan kepada Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Tema bagi penulisan buku ini adalah berdasarkan Kedatangan Kuasa Asing dan telah diperincikan kepada lapan bab. Tema tersebut terdiri daripada dua tajuk utama iaitu Tajuk 7, Campur Tangan Asing dan Penjajahan Kuasa Barat serta Tajuk 8, Tindak Balas Masyarakat Tempatan.

Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 3 (Form 3)

Dengan adanya buku teks digital, pelajar boleh membuat persiapan sebelum memasuki kelas atau menduduki peperiksaan. Oleh itu, di bawah dikongsikan sukatan bab dan pautan untuk muat turun salinan Digita buku teks khusus untuk pelajar dan juga guru.

Sukatan Bab Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSM

Berikut adalah subtopik mengikut bab-bab yang akan dipelajari oleh pelajar Tingkatan 3 dalam mata pelajaran Sejarah:

Baca juga: Cara Mengatasi Masalah Kegemukkan Dalam Kalangan Remaja

Bab I Kedatangan Kuasa Barat

  • Kestabilan dan Kemakmuran Negara Kita
  • Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara Kita
  • Persaingan Kuasa Barat Untuk Mendapatkan Tanah Jajahan
  • Perbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita

Bab II Pentadbiran Negeri-Negeri Selat

  • Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
  • Perjanjian London 1824 dan Kesannya Tehadap Alam Melayu
  • Pembentukan Negeri-negeri Selat
  • Pentadbiran Negeri-negeri Selat

Bab III Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

  • Kekayaan Hasil Bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
  • Peluasan Kuasa British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
  • Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
  • Pentadbiran Negeri-negeri melayu Bersekutu

Bab IV Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

  • Pemerintahan Kesultanan Melayu di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
  • Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
  • Peluasan Kuasa British di Johor
  • Sistem Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Bab V Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah

  • Latar Belakang Pemerintahan Tempatan di Sarawak dan Sabah
  • Peluasan Kuasa Dinasti Brooke di Sarawak
  • Peluasan Kuasa Syarikat Borneo Utara British di Sabah
  • Bentuk Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah

Bab VI Kesan Pentadbiran Barat Terhadap Ekonomi dan Sosial

  • Pengenalan Ekonomi Moden oleh Kuasa Barat di Negara Kita
  • Pentadbiran Barat Berkaitan Ekonomi
  • Kesan Ekonomi Akibat Pentadbiran Barat di Negara Kita
  • Kesan Sosial Akibat Perkembangan Ekonomi di Negara Kita

Bab VII Penentangan Masyarakat Tempatan

  • Matlamat dan Bentuk Penentangan Masyarakat Tempatan
  • Sistem Pentadbiran Barat Memberikan Kesan Terhadap Kuasa Pemerintahan dan Kehidupan Masyarakat Tempatan
  • Penentangan Masyarakat Tempatan Terhadap Kuasa Barat
  • Kesan Penentangan Masyarakat Tempatan

Bab VIII Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat

  • Reaksi Pemerintahan Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor Terhadap tindakan Barat
  • Tindakan Raja Melayu Menangani Cabaran Barat
  • Usaha Pembesar Melayu dalam Pemodenan Negeri
  • Keberkesanan Peranan Pemerintah Tempatan dalam Menangani Cabaran Barat

Muat Turun Buku Teks Digital Sejarah Tingkatan 3

Anda boleh memuat turun Buku Teks mata pelajaran Sejarah bagi Tingkatan 3 pada pautan berikut:

Diharapkan perkongsian berkenaan di atas dapat membantu anda. Semoga usaha anda membuat persiapan menghadapi peperiksaan membuahkan hasil yang cemerlang.

Related : Jadual waktu, pages 1 50 text version, bab 2