Nota

Skema Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM & Contoh Soalan

Perhatian kepada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang wajib menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran Sejarah. Anda dikehendaki untuk menduduki tiga kertas peperiksaan iaitu Kertas 1 yang berbentuk objektif, Kertas 2 dan Kertas 3 yang berbentuk subjektif. Sebagai rujukan dan panduan kepada pelajar, berikut dikongsikan skema jawapan Sejarah Kertas 3 SPM Tingkatan 4 & 5 bagi menghadapi peperiksaan.

Sebelum peperiksaan, tema umum akan diedarkan kepada pelajar supaya anda dapat mencari dan menyediakan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk soalan. Selain itu, anda juga dikehendaki berbincang dengan guru subjek Sejarah masing-masing tentang kehendak soalan peperiksaan serta bahan yang perlu dirujuk. Perbincangan dengan rakan secara berkumpulan juga adalah salah satu teknik yang baik untuk memahami dan mendapatkan keyakinan untuk menjawab soalan Sejarah Kertas 3.

Contoh Soalan Dan Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM (1249/3)

Di bawah dikongsikan pautan skema jawapan mengikut tema untuk rujukan pelajar. Selain itu, turut dikongsikan tips yang dapat membantu pelajar ketika menjawab Kertas 3 mata pelajaran Sejarah.

Baca juga: Faktor Pemilihan Malaysia Sebagai Lokasi Pelancongan Popular

Senarai Tema Tingkatan 4 & 5

Berikut adalah senarai tema soalan Kertas 3 Sejarah berdasarkan soalan-soalan sebenar pada tahun-tahun sebelum ini beserta skema jawapan.

Buka pautan berikut dan rujuk bahan yang anda perlukan sebelum menduduki peperiksaan:

Form 4

  1. Bab 1 : Tamadun Awal Manusia
  2. Bab 2 : Peningkatan Tamadun
  3. Bab 3 : Tamaduan Awal Di Asia Tenggara
  4. Bab 5 : Kerajaan Islam Di Madinah
  5. Bab 6 : Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya
  6. Bab 7 : Islam Di Asia Tenggara
  7. Bab 9 : Perkembangan Di Eropah
  8. Bab 10 : Perkembangan Ekonomi Sebelum Dan Selepas Kedatangan British
  9. Bab 10 : Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

Form 5

  1. Bab 1 : Nasionalisme Di Asia Tenggara
  2. Bab 2 : Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua
  3. Bab 3 : Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa
  4. Bab 4 : Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia
  5. Bab 5 : Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka
  6. Bab 6 : Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia
  7. Bab 7 : Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Malaysia
  8. Bab 8 : Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
  9. Bab 8 : Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan
  10. Bab 9 : Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
  11. Bab 9 : Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Sekiranya anda ingin merujuk nota-nota bagi setiap bab dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, sila buka pautan berikut:

Teknik Menjawab Kertas 3 Sejarah

Pada hari peperiksaan, calon hanya dibenarkan untuk membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan peperiksaan.

Oleh itu, pastikan persediaan yang lengkap telah dilakukan sebelum hari peperiksaan. Di bawah dikongsikan teknik menjawab soalan sebagai panduan untuk semua:

  1. Baca dengan Teliti serta fahami kehendak soalan
  2. Cari kata kunci soalan dan padankan dengan kata kunci topik yang dikehendaki pada bahan yang anda bawa masuk ke dewan peperiksaan
  3. Pastikan tulis nombor soalan dalam kertas jawapan
  4. Jawapan anda hendaklah dalam bentuk karangan. Bukan ‘point-form’ atau penggunaan tanda sempang ‘-‘.

Diharapkan perkongsian di atas dapat membantu pelajar dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

Related : kemunculan dan perkembangan nasionalisme lembaga peperiksaan contoh soalan dan skema jawapan, sijil pelajaran malaysia untuk mendapatkan sejarah kertas 3 tingkatan kertas 3 tingkatan 4, untuk makluman peperiksaan spm tugasan spesifik lembaga peperiksaan malaysia, tema umum yang diberikan, malaysia dan perkembangan nasionalisme sehingga perang dunia kedua,