Nota

Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM (Muat Turun Digital)

Umum sedia maklum bahawa pelajar Tingkatan 4 diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran Sejarah. Oleh itu, pelajar seharusnya menguasai mata pelajaran tersebut untuk mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan. Bagi membantu pelajar dan guru, berikut dikongsikan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM (Digital) sebagai rujukan untuk semua.

Terdapat 10 bab yang telah disusun bagi pelajar Tingkatan 4 berdasarkan tema Pembinaan Negara Bangsa. Tema ini terbahagi kepada tiga tajuk utama iaitu Nasionaslime di Malaysia Sebelum Perang Dunia Kedua, Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air dan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Kandungan yang disediakan ini diharap dapat membentuk murid yang menghayati sejarah secara empati yang menjadikan jiwa lebih patriotik dan kritis.

Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 4

Perincian maklumat berkaitan sukatan bab dan juga pautan muat turun dikongsikan di bawah. Guru dan juga pelajar boleh merujuk maklumat berikut untuk membuat persiapan sebelum mengajar atau mengulangkaji sebelum menghadapi peperiksaan

Sukatan Bab Sejarah Tingkatan 4 KSSM

Di bawah adalah subtopik bab-bab berdasarkan buku teks mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 yang akan ditelaah oleh pelajar:

Baca juga: Nota Ringkas Sains Tingkatan 4 (Dalam Bahasa Melayu)

Bab I Warisan Negara Bangsa

Kerajaan Alam Melayu mempunyai ciri-ciri pembentukan negara bangsa sebelum kedatangan Barat. Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Funan dan Champa diwarisi oleh kerajaan Srivijaya, kemudiannya Kesultanan Melayu Melaka dan diteruskan oleh Kesultanan Johor-Riau.

Ciri-ciri negara bangsa ini meliputi raja, undang-undang, wilayah pengaruh dan rakyat. Kesultanan Melayu Melaka meneruskan warisan ini dengan mengungguli sistem pentadbiran dan perundangan sebelum kedatangan Barat. Ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka meliputi kerajaan, rakyat, kedaulatan, wilayah pengaruh, undang-undang dan lambang kebesaran. Di samping itu, hubungan pemerintah dengan rakyat yang wujud secara timbal balik kekal sebagai warisan bemilai sehingga kini.

  • Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat
  • Ciri-ciri Negara Bangsa Kesulanan Melayu Melaka
  • Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-Undang
  • Peranan Pemerintah dan Rakyat

Bab II Kebangkitan Nasionalisme

Perkembangan idea nasionalisme di Barat telah mempengaruhi kebangkitan nasionalisme diAsia dan Asia Tenggara termasuklah di negara kita. Gerakan nasionalisme berkembang seiring dengan cara. matlamat dan ketokohan pemimpin nasionalis. Perkembangan nasionalisme di negara kita tercetus daripada pelbagai faktor yang seterusnya memberikan kesan kepada usaha membina tamadun bangsa dan negara.

  • Maksud Nasionalisme
  • Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat
  • Perkembangan Nasionalisme di Asia
  • Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
  • Latar Belakang Kemunculan Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
  • Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme di Negara Kita
  • Perkembangan Nasionalisme
  • Kesan Perkembangan Nasionalisme

Bab III Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita

Konflik dunia yang merangkumi Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua tercetus akibat perkembangan imperialisme dan nasionalisme dalam persaingan merebut kuasa politik dan ekonomi. Perang dunia bermula di Eropah, kemudiannya merebak keAsia pasifik. pemerintahan tentera Jepun di negara kita telah mencetuskan tindak balas rakyat dan menyemarakkan nasionalisme dalam kalangan rakyat.

  • Nasionalisme Di Negara Kita Sebelum Perang Dunia
  • Latar Belakang Perang Dunia
  • Perkembangan Perang Dunia Kedua
  • Perkembangan Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
  • Faktor Kedatangan Jepun Ke Negara Kita
  • Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita
  • Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun
  • Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun
  • Keadaan Negara Selapas Kekalahan Jepun

Bab IV Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita

British Military Adrninistration (BMA) atau Pentadbiran Tentera British diisytiharkan di negara kita selepas tamatnva Perang Dunia Kedua. Selepas itu. British melaksanakan pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu. Pelaksanaan Malayan Union yang mencetuskan bantahan besar-besaran daripada penduduk tempatan rnenyebabkan British rnenggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Di Sarawak, Charles Vyner Brooke (Vyner Brooke) berlindak menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.

Tindakan beliau mencetuskan reaksi rnenyokong dan menentang daripada penduduk tempatan. Majoriti penduduk Sarawak rrenentang penyerahan Sarawak kepada British. Keadaan di Sabah berbeza kerana British berjaya rnengambil alih Sabah daripada Syarikat Borneo Utara British (SBUB) tanpa sebarang penentangan.

  • British Military Administration (BMA) atau Pentadbiran Tentera British
  • Gagasan Malayan Union
  • Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Malayan Union
  • Penyerahan Sarawak oleh Brooke kepada British
  • Penentangan Penduduk Tempatan Terhadap Penyerahan Sarawak
  • Penyerahan Sabah Kepada British
  • Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Penyerahan Sabah Kepada British

Bab V Persekutuan Tanah Melayu

Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan oteh British untuk menggantikan Malayan Union. Terdapat pelbagai faktor Persekutuan Tanah Melayu l94g ditubuhkan. Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang berbeza daripada Malayan Union diterima oleh penduduk tempatan. Pembentukan Perjanjian persekutuan Tanah Melayu 1948 lebih menggambarkan toleransi penduduk negara ini menuntut kemerdekaan.

  • Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Seterusnya

Bab VI Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat

Perkembangan pengaruh komunis di negara kita berlaku sebelum meletusnya perang Dunia Kedua. Komunis melakukan pelbagai tindakan untuk melumpuhkan ekonomi negara dan menggugat kestabilan politik. Matlamat komunis adalah untuk merampas kuasa daripada British dan menggantikannya dengan sebuah Republik Komunis.

Namun begitu, British berjaya menawan hati dan fikiran rakyat untuk bersama-sama membanteras ancaman komunis. Zaman darurat telah membawa pelbagai kesan kepada politik, ekonomi dan sosial di negara kita,

  • Latar Belakang Pengaruh Komunis Di Negara Kita
  • Ancaman Komunis Di Negara Kita
  • Usaha Menangani Ancaman Komunis
  • Kesan Zaman Darurat Terhadap Negara Kita

Bab VII Usaha Ke Arah Kemerdekaan

Kesedaran politik selepas Perang Dunia Kedua mencetuskan aspirasi rakyat untuk urencapai kemerdekaan. Idea negara merdeka dicetuskan oleh pelbagai golongan untuk membentuk negara yang berdaulat. Usaha mencapai kemerdekaan dilakukan bagi memenuhi -qesaan British supaya perpaduan rakyat berbilang kaum dapat diwujudkan sebagai prasyarat unruk merdeka.

Oleh sebab itu, penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC), pembentukan Sistem Ahli dan sistem pendidikan kebangsaan serla kerjasarna parti politik dilakukan sebasai usaha ke arah kenterdekaan.

  • Latar Belakang Idea Negara Merdeka
  • Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
  • Pembentukan Sistem Ahli
  • Pembentukan Sistem Pendidikan Kebangsaan
  • Penubuhan Parti Politik

Bab VIII Pilihan Raya

  • Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu
  • Proses Pilihan Raya Umum Pertama
  • Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan
  • Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu

Bab VIV Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Kesungguhan Raja-raja Melayu, para pemimpin dan rakyat dalam usaha menuntut kemerdekaan telah membawa misi kemerdekaan ke London. Misi rombongan ini berjaya mendapatkan persetujuan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada negara kita melalui Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu.

Berikutan persetujuan ini dan setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu, maka Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk yang akhirnya rnenghasilkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Sementara itu, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani bagi membentuk sebuah negara yang merdeka. Kandungan perjanjian ini berjaya menunjukkan nilai toleransi dan pengorbanan serta permuafakatan rakyat derni kestabilan dan kemakmuran negara.

  • Usaha Rundingan Kemerdekaan
  • Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
  • Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka
  • Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Bab X Pemasyhuran Kemerdekaan

Merdeka yang ditakrifkan sebagai kebebasan dan usaha mendaulatkan nusa dan bangsa telah diperjuangkan oleh pelbagai pihak. Tarikh 31 Ogos 1957 menjadi detik bersejarah bagi negara kita. Rakyat berjuang untuk membebaskan negara daripada cengkaman kuasa asing. Bagi memastikan detik bersejarah pemasyhuran kemerdekaan ini diingati, pelbagai persediaan telah dibuat.

Selain itu, kemerdekaan meninggalkan kesan yang penting untuk dihayati oleh generasi kini. Kita perlu menghayati pengorbanan, mempertahankan perpaduan dan nilai kesetiaan dengan tidak berbelah bahagi supaya negara kekal berdaulat.

  • Pengertian Kemerdekaan
  • Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
  • Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
  • Kesan Kemerdekaan Terhadap Negara Kita
  • Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu

Muat Turun Buku Teks Digital Sejarah Form 4

Untuk memuat turun Buku Teks Tingkatan 4 mata pelajaran Sejarah, anda boleh buka pautan berikut mengikut bab:

Sekian sahaja, perkongsian yang berguna kepada pelajar dan juga guru untuk mendapatkan bahan rujukan untuk ulangkaji dan pengajaran. Selamat mengulangkaji pelajaran dan menghadapi peperiksaan.

Related : penting untuk abad ke-21 pendidikan malaysia, sekolah rendah ibu bapanya al quran untuk menguasai, untuk menawan, download buku teks tingkatan 3 tingkatan 4 dan 5 teks kbsm tingkatan 4 buku teks pdf buku teks kbsm tingkatan tingkatan 4 empat kbsm tingkatan 4 sejarah buku teks sejarah tingkatan 4 kssm sejarah spm tingkatan 4 pengenalan buku teks digital bumi gemilang sekolah menengah teks digital sejarah tingkatan, bangsa bangsa, arkib negara, kementerian pendidikan malaysia, dewan bahasa dan pustaka, ciri negara bangsa kesultanan,