Nota

Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM PDF (Download Online)

Disemak dan dikemaskini pada pukul

Di bawah adalah perkongsian berkaitan Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM Digital PDF untuk rujukan pelajar dan guru-guru. Salinan digital ini dapat membantu anda untuk membuat pembelajaran atau pengajaran secara maya atau kendiri di rumah masing-masing. Pelajar boleh membuat ulang kaji dan rujukan untuk menyiapkan kerja rumah manakala guru boleh membuat persediaan sebelum menjalankan proses pengajaran di bilik darjah.

Buku teks yang ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bertujuan menyediakan murid untuk menghadapi globalisasi berasaskan ilmu pengetahuan abad ke 21.  Buku teks ini juga mengandungi elemen-elemen istimewa seperti induksi bab, glosari dan imbasan QR Code sebagai nilai tambah dalam menarik minat minat murid untuk mendekati ilmu geografi serta menerapkannya dalam kehidupan seharian

Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM Digital (Download Online Dalam PDF)

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Geografi Tingkatan 2 menjadi penanda aras untuk penulisan buku teks geografi Tingkatan 2.

KSSM telah digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Berikut dikongsikan maklumat seperti tema, sukatan bab dan pautan untuk memuat turun Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM Digital PDF.

Tema Dan Bab Geografi Tingkatan 2

Di bawah merupakan tema serta bab yang disusun untuk pelajar Tingkatan 2 dalam mata pelajaran ini secara terperinci.

Baca juga: Koleksi Buku Teks Digital Asas BTDA Tingkatan 1 Hingga 5

Tema Kemahiran Geografi

Bab I Skala dan Jarak 

  1. Skala
  2. Jarak
  3. Menentukan jarak sebenar menggunakan skala
  4. Menentukan jarak sebenar berpandukan skala pada peta

Bab II Peta Topografi 

  1. Maksud peta topografi
  2. Garisan Timuran dan Garisan Utaraan
  3. Rujukan Grid
  4. Ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya
  5. Mentafsir peta topografi

Tema Geografi Fizikal: Cuaca dan Iklim

Bab III Pengaruh Pergerakan Bumi Terhadap Cuaca dan Iklim

  1. Pergerakan Bumi
  2. Putaran Bumi
  3. Peredaran Bumi

Bab IV Cuaca dan Iklim di Malaysia

  1. Jenis dan ciri iklim di Malaysia
  2. Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia di Malaysia
  3. Kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia
  4. Perubahan cuaca dan iklim di Malaysia

Tema Geografi Manusia: Pengangkutan dan Telekomunikasi

Bab V Pengangkutan di Malaysia

  1. Pengangkutan darat di Malaysia
  2. Pengangkutan udara dan air di Malaysia
  3. Pengangkutan awam di Malaysia
  4. Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan di Malaysia
  5. Kepentingan pengangkutan darat, udara dan air di Malaysia
  6. Kepentingan pengangkutan awam di Malaysia
  7. Amalan pengangkutan lestari

Bab VI  Telekomunikasi di Malaysia 

  1. Alat komunikasi di Malaysia
  2. Kemajuan alat komunikasi di Malaysia
  3. Kepentingan telekomunikasi di Malaysia
  4. Kesan telekomunikasi terhadap pembangunan negara
  5. Penggunaan alat telekomunikasi secara beretika

Tema Geografi Kawasan: Asia

Bab VII Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya Terhadap Kegiatan Manusia di Asia

  1. Kepelbagaian iklim di Asia
  2. Ciri iklim mengikut zon di Asia
  3. Zon iklim sejuk
  4. Zon iklim sejuk sederhana
  5. Zon iklim panas sederhana
  6. Zon iklim panas

Bab VIII Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia

  1. Jenis pengangkutan di Asia
  2. Kemajuan pengangkutan di Asia
  3. Kesan pengangkutan terhadap masyarakat, ekonomi dan alam sekitar di Asia

Tema Isu dan Pengurusan Alam Sekitar

Bab VIV Pemanasan Global

  1. Maksud pemanasan global
  2. Faktor-faktor pemanasan global
  3. Kesan-kesan pemanasan global
  4. Langkah-langkah mengurangkan kesan pemanasan global

Bab X Teknologi Hijau

  1. Konsep teknologi hijau
  2. Ciri-ciri produk teknlogi hijau
  3. Contoh produk teknologi hijau
  4. Kepentingan teknologi hijau
  5. Amalan berkonsepkan teknologi hijau

Kerja Lapangan 

Bab XI Panduan Kerja Lapangan

  1. Pemilihan isu dan tajuk
  2. Menentukan objektif
  3. Penentuan kaedah kajian
  4. Cara merekod, mengumpul dan menganalisis data atau maklumat
  5. Merumus dan menulis laporan kajian

Muat Turun Buku Teks

Anda boleh membuka pautan di bawah untuk memuat turun salinan digital buku teks Geografi Tingkatan 2 sebagai panduan untuk semua:

Semoga perkongsian di atas ini memberikan manfaat kepada pelajar dan guru serta objektif pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya.