Nota

Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga : Tema, Persoalan, Pengajaran

Mata pelajaran Bahasa Melayu mempunyai pelbagai komponen pembelajaran seperti penulisan karangan dan Komponen Sastera (KOMSAS). Para pelajar digalakkan untuk sentiasa mengulang kaji setiap komponen tersebut supaya mudah untuk menjawab soalan ketika di dalam peperiksaan. Bagi menjimatkan masa dan memudahkan proses ulangkaji pelajar, berikut dikongsikan nota ringkas Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga : Tema, Persoalan, Pengajaran sebagai rujukan.

Untuk makluman pelajar, gurindam merupakan puisi Melayu Tradisional yang berbentuk bukan naratif. Gurindam di bawah merupakan karya Raja Ali Haji yang merupakan seorang pendidik yang berpengetahuan luas. Beliau telah lahir pada tahun 1809 masihi dan telah menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan Melayu terdahulu sepanjang hayat beliau. Beliau juga telah banyak berbakti dan memberikan sumbangan beliau meliputi bidang bahasa, kesusasteraan, sejarah dan agama kepada masyarakat Melayu pada zaman dahulu.

Nota Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga

Di bawah dikongsikan nota-nota penting berkaitan Tema, Persoalan, Pengajaran untuk panduan semua. Nota termasuk maksud, gaya bahasa dan bentuk gurindam.

Baca juga: Format Terkini BM

Maksud Gurindam

Rangkap 1:

Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

  • Mata hendaklah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang Tuhan

Rangkap 2:

Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.

  • Telinga pula haruslah dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian

Rangkap 3:

Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.

  • Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaat

Rangkap 4:

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.

  • Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita

Rangkap 5:

Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

  • Nafsu makan pula harus dikawal supaya tidak melakukan perkara yang dilarang

Rangkap 6:

Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

  • Kehidupan seseorang hendaklah dijalani dengan penuh semangat

Rangkap 7:

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

  • Kaki pula perlu dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat maksiat

Tema

Puisi Tradisional ini bertemakan nasihat memelihara anggota badan dan diri sendiri.

Persoalan

  1. Persoalan memelihara anggota badan daripada melakukan kemudaratan
  2. Persoalan kepentingan semangat dalam kehidupan
  3. Persoalan budi pekerti dalam kehidupan
  4. Persoalan kebaikan memelihara tutur kata

Bentuk

  • Puisi ini mempunyai 7 rangkap
  • Setiap rangkap mengandungi 2 baris
  • Jumlah perkataan antara dua hingga enam perkataan
  • Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata
  • Rima akhir aa

Gaya Bahasa

  1. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan g (Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan)
  2. Asonansi – pengulangan vokal a (Apabila terpelihara mata)
  3. Kata Ganda – cita-cita
  4. Bahasa Kiasan – (Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh)

Nilai

  1. Berbudi bahasa : seseorang seharusnya menjaga tutur kata agar mendapat banyak faedah
  2. Kesabaran : sabar dalam menjaga anggota badan daripada melakukan perkara yang sia sia
  3. Kesederhanaan : bersederhana ketika menghadap rezeki
  4. Kebijaksanaan : bijaksana dalam menuturkan kata-kata

Pengajaran

  1. Kita perlulah memelihara mata daripada melihat perkara yang dilarang Tuhan
  2. Kita haruslah menjaga tutur kata kita supaya disenangi orang
  3. Kita hendaklah besederhana dalam menghadap rezeki kerana ketamakan akan merugikan
  4. Kita digalakkan untuk sentiasa bersemangat dalam mencapai kejayaan kehidupan masing-masing

Diharapkan dengan perkongsian nota berkaitan dapat membantu pelajar mengulang kaji pelajaran komponen sastera Bahasa Melayu

Related : mengikut nafsu menimbulkan keinginan timbul pelbagai keinginan yang dapat merosakkannya makan agar tidak mendatangkan kemudaratan berjaya menguasai rangkap 1 baris menjaga penglihatan dengan baik memelihara pendengaran keinginan yang tidak baik kertas 2, soalan 2 2 d spm 2020