Tips
Cara Mengira Berapa Patah Perkataan Dalam Karangan BM
Karangan penulisan Bahasa Melayu (BM) merupakan subjek utama dalam silibus pelajaran di Malaysia. Oleh yang demikian, sangat penting buat pelajar untuk memahami salah satu asas bagi subjek ini, iaitu cara mengira bilangan patah perkataan dalam penulisan karangan BM. Hal ini kerana, jumlah patah perkataan dalam satu penulisan karangan atau rumusan akan mempengaruhi markah bagi subjek ini.
Dengan mengikuti had patah perkataan yang ditetapkan dalam kertas soalan, risiko kehilangan markah disebabkan melebihi patah perkataan yang dibenarkan dapat dielakkan. Oleh itu, pelajar disarankan untuk memahami kehendak dan syarat soalan sebelum menjawab soalan. Dengan menepati had jumlah patah perkataan yang dibenarkan, isi kandungan penulisan anda akan menjadi lebih tersusun sekaligus menghasilkan penulisan yang seimbang dari segi isi, huraian dan tiada kesalahan tatabahasa.
Selain itu, penggunaan kata-kata interaktif seperti peribahasa Melayu dan penanda wacana adalah digalakkan untuk menarik perhatian pembaca atau penanda kertas. Namun begitu, terdapat kekeliruan tentang cara mengira bilangan patah perkataan dalam kalangan pelajar sama ada sesuatu perkataan itu perlu dikira sebagai satu atau dua patah perkataan. Oleh itu, pelajar perlu mengambil tahu akan cara kiraan yang betul bagi memastikan pelajar-pelajar tidak mengarang dengan bilangan patah perkataan yang kurang atau lebih daripada apa yang dikehendaki oleh soalan dan memperoleh keputusan yang cemerlang.
Isi Kandungan
Panduan Pengiraan Jumlah Patah Perkataan Dalam Karangan Bahasa Melayu
Berikut adalah cara untuk pelajar mengira patah perkataan berdasarkan kategori perkataan dalam karangan penulisan BM bagi membantu rujukan para pelajar:
Kategori | Contoh | Bilangan patah perkataan |
Kata Nama Khas |
|
|
Kata Sendi |
|
|
Kata Ganda |
|
|
Peribahasa, ungkapan, dan cogan kata. |
|
|
Tarikh dan angka. |
|
|
Kata Majmuk |
|
|
Gelaran |
|
|
Penanda wacana |
|
|
Contoh Pengiraan Bilangan Patah Perkataan Dalam Karangan Bahasa Melayu
Berikut merupakan contoh ayat dalam karangan BM dan cara mengira jumlah bilangan patah perkataan:
Walau bagaimanapun (2), pihak Polis akan mengambil keterangan bekas Menteri Besar (1) tersebut pada 5 Disember 2010 (1) bagi mengambil kira (1) pandangan beliau terhadap kes yang melibatkan penghuni-penghuni (1) kediaman Rumah Mampu Milik Negeri Selangor (1) ke (0) atas tuntutan pampasan pembinaan Lebuhraya Pantas (1). Semoga keadilan dapat dituntut selaras dengan polisi kerajaan negeri yang berusaha memberikan khidmat yang lebih baik berbanding pemerintahan dahulu seperti peribahasa Melayu, buang yang keruh dan ambil yang jernih. (1)
Jumlah bilangan patah perkataan: 51 patah perkataan.