Tips

Kesalahan Bahasa Yang Lazim Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu (BM)

Setiap pelajar pastinya mengimpikan markah yang tinggi bagi subjek Bahasa Melayu (BM). Oleh itu, langkah pertama yang perlu diambil ialah dengan mengurangkan kesalahan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Hal ini kerana kesilapan-kesilapan mudah seperti kesalahan tatabahasa dan ejaan dalam karangan akan menjejaskan markah keseluruhan. Dengan latihan tubi dan bimbingan yang baik, kesalahan ini dapat dikurangkan sekali gus dapat meningkatkan potensi untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam subjek ini.

Selain pengisian yang tepat dan bagus, penulisan karangan yang cemerlang perlu mengandungi ciri-ciri pengolahan bahasa yang menarik, pengenalan/ pendahuluan terbaik, mempunyai unsur-unsur keindahan, kepelbagaian struktur ayat dan peribahasa. Dengan meminimakan kesalahan dalam karangan, para pelajar dapat menghasilkan sebuah karangan yang memperlihatkan penggunaan bahasa yang baik dan lancar, kosa kata yang luas serta tanda baca yang betul. Antara kesalahan lazim yang dilakukan ialah kesalahan frasa jamak atau penggunaan tatabahasa. Oleh yang demikian, para pelajar perlu memahami dan mangenal pasti kesalahan bahasa yang lazim dalam penulisan karangan Bahasa Melayu agar dapat mempratikkan tips ini dalam penulisan masing-masing.

infografik kesalahan lazim dalam karangan Kesalahan Bahasa Yang Lazim Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu (BM)

Jenis Kesalahan Bahasa Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu

Berikut adalah bentuk kesalahan-kesalahan yang lazim dilakukan oleh pelajar ketika menjawab soalan penulisan karangan bahasa Melayu dan cara penulisan yang betul :

Kesalahan Ejaan

SalahBetul
  • Mengalakkan
  • Menyakinkan
  • Mengenegahkan
  • Kebaikkan
  • Kenaikkan
  • Was-was
  • Di tubuhkan
  • Disana
  • Beristirehat
  • Rumahtangga
  • Resepi
  • Tanggung jawab
  • Menggalakkan
  • Meyakinkan
  • Mengetengahkan
  • Kebaikan
  • Kenaikan
  • Waswas
  • Ditubuhkan
  • Di sana
  • Beristirahat
  • Rumah tangga
  • Resipi
  • Tanggungjawab

Kesalahan Penggunaan Kata ialah Dan adalah

SalahBetul
  • Cara belajar yang bijakialah dengan membina jadual.
  • Impian saya adalah ingin menjadi pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.
  • Cara belajar yang bijakadalah dengan membina jadual.
  • Impian saya ialah ingin menjadi pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.

Kesalahan Penggunaan Kata ia

SalahBetul
  • Tempat ini menjadi pilihan saya kerana ia memiliki keistimewaan yang tersendiri.
  • Tempat ini menjadi pilihan saya kerana tanah tinggi ini memiliki keistimewaan yang tersendiri.
  • Tempat ini menjadi pilihan saya keranakawasan ini memiliki keistimewaan yang tersendiri.
  • Tempat ini menjadi pilihan saya kerana tempat ini memiliki keistimewaan yang tersendiri

Kesalahan Penggunaan Kata Hubung

SalahBetul
  • Salah satu faktor yang menjadikan negara kita tumpuan pelancong asing ialah kerana negara kita memiliki tempat-tempat pelancongan yang menarik
  • Salah satu faktor yang menjadikan negara kita tumpuan pelancong asing ialah negara kita memiliki tempat-tempat pelancongan yang menarik

Kesalahan Penggunaan Penanda Wacana

SalahBetul
  • Hal ini kerana
  • Justeru itu
  • Oleh kerana itu
  • Sehubungan itu
  • Selain daripada itu
  • Selain dari itu
  • Hal ini demikian kerana
  • Oleh itu
  • Oleh sebab itu/oleh itu
  • Sehubungan dengan itu
  • Selain itu
  • Selain itu

Kesalahan Frasa Nama

SalahBetul
  • Mini bas
  • Goreng pisang
  • Tempat meletak kereta
  • Seni mempertahankan diri
  • Pusat membeli-belah
  • Tapak membuang sampah
  • Bas mini
  • Pisang goreng
  • Tempat letak kereta
  • Seni pertahanan diri
  • Pusat beli-belah
  • Tapak pembuangan sampah

Kesalahan Frasa Kerja

SalahBetul
  • Ibu bapa dapat mengikat kembali ikatan kekeluargaan agar anak-anak tidak berasa tersisih.
  • Gejala buli menambahkan lagi masalah sedia ada yang sedang dihadapi negara.
  • Pihak persatuanmerakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini.
  • Ibu bapa dapat mengikat ikatan kekeluargaan kembali agar anak-anak tidak berasa tersisih.
  • Gejala bumi menambahkan masalah sedia ada lagi yang sedang dihadapi negara.
  • Pihak persatuan merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini

Kesalahan Frasa Adjektif

SalahBetul
  • Ibu bapa dapat mengikat kembali ikatan kekeluargaan agar anak-anak tidak berasa tersisih.
  • Gejala buli menambahkan lagi masalah sedia ada yang sedang dihadapi negara.
  • Pihak persatuanmerakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini.
  • Ibu bapa dapat mengikat ikatan kekeluargaan kembali agar anak-anak tidak berasa tersisih.
  • Gejala bumi menambahkan masalah sedia ada lagi yang sedang dihadapi negara.
  • Pihak persatuan merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini

Kesalahan Frasa Jamak

SalahBetul
  • Antara maklumat-maklumat.
  • Himpunan kata-kata.
  • Longgokan kayu-kayu.
  • Deretan rumah-rumah.
  • Kebanyakan barang-barang.
  • Antara maklumat.
  • Himpunan kata.
  • Longgokan kayu.
  • Deretan rumah.
  • Kebanyakan barang.

Kesalahan Penggunaan Penjodoh Bilangan

SalahBetul
  • Sebuah keluarga
  • Sebuah mimpi
  • Satu keluarga
  • Suatu mimpi

Kesalahan Kata Kerja Berapitan Diper-…i

SalahBetul
  • Diperolehi
  • Diperbaiki
  • Diperkuasai
  • Diperdalami
  • Diperakui
  • Dipersetujui
  • Diperhalusi
  • Diperoleh
  • Dibaiki
  • Dikuasai
  • Didalami
  • Diakui atau diperakukan
  • Disetujui
  • Dihalusi

Kesalahan Kata Kerja Berapitan Ber-…-an (jumlah subjek yang banyak)

SalahBetul
  • Lampu-lampu merah bergantungan di dinding.
  • Bintang-bintangbertaburan di langit.
  • Daun-daun kering berguguran di halaman rumah.
  • Lampu merah bergantungan di dinding.
  • Bintang bertaburan di langit.
  • Daun kering berguguran di halaman rumah.

Kesalahan Penggunaan Kata Kerja Berapitan Memper-…-i

SalahBetul
  • Memperolehi
  • Memperbaiki
  • Memperkuasai
  • Memperdalami
  • Memperakui
  • Mempersetujui
  • Memperhalusi
  • Memperoleh
  • Membaiki
  • Menguasai
  • Mendalami
  • Mengakui
  • Menyetujui
  • Menghalusi

Kesalahan Bahasa Kerana Meninggalkan Imbuhan

SalahBetul
  • Ibu bapa lebih pentingkan kerjaya.
  • Pelajar yang kerap timbulkan masalah di sekolah.
  • Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya.
  • Pelajar yang kerap menimbulkan masalah di sekolah.

Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama

SalahBetul
  • Bersempena dengan kempen ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melancong dalam negeri sendiri.
  • Sebab itulah Genting Highlands juga digelar “Taman Tema Sekeluarga”.
  • Bersempena dengan kempen ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melancong di dalam negeri sendiri.
  • Oleh sebab itulah Genting Highlands juga digelar “Taman Tema Sekeluarga”.

Kesalahan Penggunaan Ungkapan Yang Mana Dan Di Mana Sebagai Kata Hubung

SalahBetul
  • Saya telah membaca berita di mana kejayaan anda disiarkan.
  • Kejayaan anda itu yang mana saya akan jadikan pendorong untuk menulis cerpen-cerpen yang lain.
  • Saya telah membaca berita yang menyiarkan kejayaan anda.
  • Kejayaan anda itu akan saya jadikan pendorong untuk menulis cerpen-cerpen yang lain.

Kesalahan Kerana Menggunakan Ungkapan Ini Kerana Pada Permulaan Ayat

SalahBetul
  • Ini kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi.
  • Hal ini dikatakan demikian kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi.

Kesalahan Penggunaan Ayat Pasif

SalahBetul
  • Rencana-rencana itu saya akan bukukan.
  • Kisah itu anda telah riwayatkan dengan jelas.
  • Rumah itu sedang mereka dirikan bersama-sama
  • Rencana-rencana itu akan saya bukukan.
  • Kisah itu telah anda riwayatkan dengan jelas.
  • Rumah itu sedang didirikan oleh mereka bersama-sama.

Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar mengenal pasti kesalahan bahasa yang lazim dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.